Nov 30, 2009

Jom Berbalas Pantun :p

Throwback percutian kami di PD tempoh hari :)




Adik Zarif si Ben10 jadian,
Kecil-kecil cili api,
Main pasir aktiviti kegemaran,
Tak padan kecik, sangat kuat bergusti!


Kak Dina kuat berangan,
Mulut becok, kuat merajuk dan ratu muncung,
Adik Zarif rakan seangkatan,
Kalau bergaduh, dua-dua macam angin puting beliung!


Adik Zarif, kak Dina dan mama,
3 member dalam hobbit family,
Inilah dia, dua orang pembantu kanan saya,
kalau dua orang ni takde, hidup saya senyap sunyi...


TukAyah tauke besar Harom Kasturi,
Kak Dina merangkap tukang rasa dan tukang perabih nasi,
Main pasir together-gether sambil gelak suka hati,Time cuti sajalah nak bergurau senda macam ni.


Abil, oh Abil, waris TukAyah yang comel lagi istimewa,
Mempunyai aura yang cukup disenangi,
Menjaganya tidak boleh sambil lewa,
Dengan Abil, hidup kami penuh warna warni.


Oh adik, oh kakak,
seronoknya bercuti di PD,
Di mana sahaja, adik dan kakak kuat bertekak,
Bila bergaduh, rasa macam nak baling dengan baldi!
hehehe...


Encik suami, Dina, Zarif, Abil,
Aset saya yang paling berharga,
Kepada Tuhan saya berserah,
Moga bersama hingga ke Syurga.....


Kak Dina si lincah, suka melompat
Ketua pengawas dalam famili,
suka posing dengan senyum kelat,
agaknya sebab nak cover gigi!


Suka menghafal irama dan lagu,
Bukan calang-calang orang boleh menjaga,
Nampak saja senyap, tapi semuanya dia faham, dia tahu,
Abil si hiper, otaknya bergeliga!


Love life and life will love you back,
Love people and they will love you back.

-Arthur Rubinstein
You don't choose your family, they are God's gift to you,
as you are to them!

-Desmond Tutu


5 comments:

mina said...

kat mana tu syida?. seronok betul tgk budak2 tu mandi manda. bercanda di tepian pantai. pantai tu kat mana?. kolam renang tu pulak kat mana?. kasi info ek...musim2 hujan ni, blur lak nak bawak anak2 makcik jalan2.

Syahida said...

selesa beach resort, PD.dah dua kali kami ke sini...pool & pantai dua2 ada dalam kawasan hotel.very convenient...

norasyikin said...

oits...pas ni wat pantun psl the yep's lak tau ;)

norhamimah said...

ni dia pantun 2 kerat dari makcik jemen:

amboi seronoknye hobbit sekeluarga bercuti,
makcik dok tgk gambar..terase sangatlaa iri hati :P

Syahida said...

keen,bisa diatur!
mkcik jemen, tak tahan aku bc pantun ko!kihkih...