Jan 29, 2010

Makan-makan

Ok. Santai-santai sebelum Saturday Blues (hari busy saya) esok.

Ini antara menu-menu yang belum dipaparkan sebelum ni. Ya ampun, kualiti gambar tak seberapa ye.Kamera tak canggih (agak outdated) selain skill cameralady yang ntah apa-apa (hehe).

Sausage Roll

Ini menu breakfast kami, juga bekal makan kak Dina ke sekolah. Rupa memang tak cantik tapi rasanya sedap. hehe

Senang je. Rebus sosej. Kemudian, masukkan ke dalam roti, gulung dan gamkan tepinya dengan tepung (tepung gandum bole, tepung jagung pun bole). Akhir sekali, masukkan ke dalam bancuhan telur (telur tu dah dikacau dan dimasukkan sedikit garam).

Tips: Kalau takut gulungan roti tu terbuka, bole la cucuk dengan lidi sementara menggoreng. Dah garing, jangan lupa cabut lidi tu. Nanti tercucuk pulak lelangit anak..

Kacang Pol
Sekali lagi, sila rujuk Dari Dapur Mina untuk resepinya. Ini pun first time mama masak dan makan kacang pol. Biasa nampak orang berjual di pasar Ramadhan. Kadang-kadang boleh jumpa di restoren atau gerai makan.
Sangat sesuai dimakan dengan roti. Jadi, kalau dah boring makan nasi, bole la try resepi kacang pol pulak. Anak-anak pun boleh makan sebab tak pedas. Kalau nak pedas, gaul dengan hirisan cili hijau sebelum makan.




Spaghetti Carbonara
Kegemaran anak-anak saya. Tapi, biasanya kami beli sos instant (Prego) jer, kemudian tambahkan hirisan bawang dan minced meat/chicken.
Kalau pakai kuah instant, tak boleh makan selalu..sebab banyak MSG dan pengawet.








Ayam panggang ala Kenny Rogers
Resepi kakak ipar saya. Semalam, menu berbuka puasa untuk encik suami dan juga dinner kami.











Senang saja. Kisar bawang putih, bawang besar, bawang merah, halia, madu, mentega, gula pasir, garam, sos lada hitam, kiub ayam dan herba campuran (mixed herbs). Gaul pada ayam dan perap sejam. Kemudian, sapu sikit mentega pada ayam dan bakar 1-2 jam. Best!

Ayam tu, eloknya dibakar seekor (tak perlu potong kecik-kecik). Tapi sebab saya dah terbeli bahagian-bahagian ayam selain faktor oven yang sangat comel. Saya bakar saja...yang penting boleh dimakan.


Bengkang Kentang
Yang ini, anak-anak memang suka sebab ia-nya manis. Kalau tak suka manis, bole kurangkan sukatan gula. Ni pun baru pertama kali cuba.










Caranya, rebus kentang 5-6 biji dan lenyek. Secawan marjerin, secawan gula halus, 1 biji telur, secawan tepung gandum dan 2 cawan santan. Kalau ikut resepi, kena pukul dengan mixer. Mama ni set-set pemalas sket, mama campurkan semua dalam blender dan kisar...haha..yang penting, menjadi. Sebelum masuk dalam oven, campurkan kentang yang dah dilenyek ke dalam campuran marjerin, gula,santan dan tepung. Bakar dalam 30-45 minit, atau sehingga garing.


Jom makan!


Jan 27, 2010

Ibu dan Ilmu

dari google
Jadi IBU ni seronok, apalagi kalau berpeluang tengok anak-anak membesar depan mata. Tapi, bukan mudah jadi IBU. Kalau ikut teori, jadi ibu kena master segala-galanya.Daripada bab penjagaan anak kepada bab penjagaan rumahtangga, juga penjagaan suami. Jadi IBU, kena berilmu.

Rasanya, setiap IBU kena ada sikit sebanyak asas-asas ilmu ni.

~Ilmu KESIHATAN
Kalaupun tak sehebat doktor, kira layak la jadik medical officer ataupun nurse. Jadi, kalau ahli keluarga (terutamanya anak-anak) sakit pening, bolehla nak bagi rawatan awal atau lebih baik lagi, pencegahan sebelum sakit.

~Ilmu DAPUR
Tak perlu la sehebat Chef Wan, Jamie Oliver, Delia Smith atau Martha Stewart, yang penting boleh la masak yang simple (yang penting menepati selera keluarga). Tapi kalau jadi PAKAR dapur pun bagus juga, mesti anak-anak happy dan montok-montoksekali.
~Ilmu AGAMA
Ibu harus TAHU mengaji (kalaupun tak sehebat dan sesedap bacaan seorang Qari). Ibu juga kena ada asas-asas ilmu agama yang lain (SOLAT pastinya yang paling utama).

~Ilmu EKONOMI
Ibu kena tahu menguruskan wang; bagaimana untuk mencari, menggunakan dan menjimatkan wang. Samada ibu itu bekerja atau surirumahtangga, berpelajaran tinggi atau setakat SPM saja, itu semua bukan ukuran. Yang penting, harus BIJAK wang. Walaupun orang selalu kata, duit bukan segala-galanya. Tak dinafikan, bila ada RM, hati senang. Takde RM, mata berkunang-kunang...hehe.

Bagi yang ada anak ISTIMEWA, kena lengkapkan diri tentang segala hal yang relevan dengan situasi anak. Apa, Mengapa, Bila, Di-Mana, Bagaimana? adalah soalan-soalan yang perlu diketahui jawapannya bagi setiap permasalahan yang berlaku pada anak-anak.

dari google
Bagaimana nak tambah ILMU?? rasanya ni semua orang pun tahu...

Pertama, membaca...membaca....dan membaca.
Majalah, buku-buku, kitab, suratkhabar. Tak mampu membeli, sewa. Tak nak sewa, pinjam (dari library, keluarga, kawan-kawan). Malas meminjam, google di internet. Sangat banyak sumber rujukan dan bacaan.

Kedua, banyak bertanya.
Bertanya dengan yang pakar (doktor, pakar terapi, guru, keluarga/saudara mara, ibu-ibu lain, kawan-kawan yang berpengalaman). Ingat, 'Malu bertanya, sesat jalan'.

Ketiga, belajar dari pemerhatian dan pengalaman.
Pandang, lihat, kaji dan belajar. Yang baik dicontohi. Yang sesuai jadikan amalan. Yang tak baik dan kurang sesuai jadikan iktibar dan pengajaran. .

Keempat, aktif ber-persatuan.
Cara ni, umpama pakej 2 dalam 1. Bak kata pepatah melayu, sambil menyelam minum air sirap...hehe. Libatkan diri dalam kumpulan/ kelab/persatuan yang bermanfaat. Bukan sekadar borak-borak kosong sambil sesi 'buat ketupat'...hehe. Sambil bersosial, sambil berkongsi maklumat dan tips-tips berguna. Sambil bermesra, sambil bertukar-tukar pandangan dan ilmu.

Kelima, menyertai kursus/taklimat/ceramah/latihan yang berkaitan.
Dimana-mana ada saja kursus-kursus dianjurkan oleh badan-badan yang berkenaan. Mungkin boleh buat pelaburan untuk belajar dalam sesi-sesi sebegini. Hadir bukan untuk sijil tapi untuk ilmu yang sangat-sangat berharga.



It's NOT easy being a mother. If it were easy, fathers would do it.
~from The Golden Girls (the TV show)



Jan 25, 2010

Saya suka HIJAU!















Semalam, masih dalam semangat berkabung, kami sefamili keluar mencari pokok untuk bilik tuisyen saya. Last minute touch-up..hehe

















Kami ke Taman Century. Pokoknya cantik-cantik tapi tuan kedai tidak mesra alam. Bye-bye.

Akhirnya, kami ke nursery yang paling dekat dengan rumah kami.Jumpa juga pokok yang berkenan di hati walaupun tak banyak pilihan sebenarnya. Harga pun ok, boleh tawar-menawar.

















Semua nursery yang kami pergi, penuh dengan pokok-pokok limau. Mesti persediaan untuk Tahun Baru Cina la tu...Sampai di rumah, dengan penuh bersemangatnya, saya terus letakkan dalam bilik tuisyen.

Lepas ni mungkin nak belikan kak Dina sepasu pokok bunga. Sibuk anak dara sorang ni nak jaga pokok bunga. Seronok juga sekali sekala ke nursery tapi kena ready dengan RM-nya..hehe.
















Oh ya, bila pilih pokok untuk hiasan dalaman rumah, pilihlah spesies pokok yang selamat dan tidak beracun. Lebih-lebih lagi kalau ada anak kecil. Tangan-tangan comel tu memang sentiasa nak cubit sana, cubit sana, pegang sana, pegang sini. Kalau tersalah pilih pokok, hilang manfaatnya, bala pulak yang dapat nanti.






















Kelebihan pokok sebagai hiasan dalam bilik/rumah/pejabat;
~ Agen pembersih udara semulajadi
~ Selain cantik, juga dikatakan boleh meredakan stress dan mengelakkan penyakit-penyakit akibat stress (sakit kepala, selsema, kemurungan).
~Menjadikan kita lebih gembira.

Kajian menunjukkan pesakit di hospital yang katilnya berdekatan tingkap yang menghadap taman dan pokok-pokok sembuh lebih cepat berbanding pesakit yang katilnya menghadap dinding kosong.

He who plants a garden, plants happiness.~unknown




Jan 24, 2010

Ahad yang Boring?

dari google
Hari ni Ahad, 24hb. Ahad yang keempat untuk tahun 2010 ni. Biasanya, hari Ahad ialah hari bangun lewat sedunia...hehe. Yelah, Isnin-Sabtu kena bangun pagi-pagi untuk ke sekolah dan terapi. Semalam, walaupun sepatutnya ada sekolah ganti, dapat la rehat sikit sebab Johor cuti (sempena kemangkatan Sultan Johor). Al-Fatihah.

Perkataan BORING memang terngiang-ngiang di telinga saya setiap kali kakak tak bersekolah, biasanya hari Ahad la kan. "Boring la ma...."
Ahad lepas, ni aktiviti anak-anak saya. Saya tengok Abil asyik duduk atas katil sepanjang hari membelek ensiklopedianya. Adik dengan kakak pulak asyik bertekak berdua, sampai saya pun dah panas telinga. Terus saya panggil tiga-tiga orang ke bilik . Ini yang kami buat.....


Sediakan gunting, gam, krayon, kertas lukisan dan majalah lama
Kakak sibuk menggunting....
Adik main dengan krayon sebab belum pandai menggunting

Abil dengan aktiviti kegemarannya, menampal dan menggunting

Ini setakat idea 'bidan terjun' je, saya ajar Abil dan kakak gunting bentuk-bentuk pakaian, tampal, kemudian lukis kepala, kaki dan tangan. Untuk adik , lukisan free hand sebab adik baru nak belajar pegang krayon/pensel dengan betul.

Untuk aktiviti-aktiviti yang lebih menarik, boleh tengok sini.....


Arts for Children and Adults with Special Needs
Arts and Craft for Kids
Fun Family Crafts

Sunday clears away the rust of the whole week. ~Joseph Addison




Jan 22, 2010

Menu Sedap!

Isnin lepas, saya sibuk mencuba resepi baru, Ayam Panggang Istimewa. Nak tahu resepi dan bahan-bahannya, sila ke Dari Dapur Mina (terima kasih Makcik Mina! sharing is caring...hehe).

Dipendekkan cerita, resepi ayam panggang ni, sangat senang. Tak perlu perap lama-lama. Cuma gaul semua, bakar selama 2 jam.

Saya ikut semua macam dalam resepi, kecuali satu dua bahan yang disesuaikan mengikut citarasa sendiri.










Kentangnya saya belah dua (jangan potong hingga putus dua, hampir-hampir putus gitu) dan saya selitkan marjerin dengan pisau di tengah-tengahnya. Taburkan garam dan lada hitam di atasnya. Tomato pulak, saya masukkan waktu minit-minit kecederaan i.e. 10 minit yang terakhir. Saya suka makan tomato keras-keras, tidak terlalu masak.



Bila makan kentang tu, memang teringat pada baked potato (with onion and cheese) di tepi jalan pekan Lancaster (tempat saya belajar dulu). Aduhaiiii....sedappppnya!












Kemudian, untuk melengkapkan juadah, saya buat nasi butter.Senang saja nasi butter ni. Letak butter/marjerin, tumis jer bawang+halia blend, campak buah pelaga dan bunga lawang seketul dua, letak sedikit kiub ayam, garam secukup rasa. Masukkan air(ikut sukatan) dan kemudian, beras (bila air sudah mendidih).





Seronok tengok encik suami berselera makan untuk berbuka puasa. Kak Dina pulak tak habis-habis memuji . Adik dan Abil bertambah-tambah nasi.











Saya ter-paling suka kentang tu.Rasa tak nak berhenti sebab selama ni bakar kentang dalam oven, tak pernah dapat selembut dan se-empuk tu.Y ummy! lepas ni kena borong kentang berkilo-kilo...haha

Saya terpaksa asingkan ayam dan kentang dalam dulang yang berlainan sebab oven saya sangat comel...hehe

'Pelanggan' yang sangat-sangat berpuas hati. Alhamdulillah :)



I have a good collection of cookery books. This is not so much because i like cooking, but because i like EATING.
~Louise Brown



Hiperaktif

dari google
Bila sebut je perkataan hiperaktif, biasanya umum akan membayangkan seorang kanak-kanak yang agresif, terlalu bersemangat/teruja, tidak boleh bertenang, sukar diajar dan tak tahan jika melakukan sesuatu aktiviti dengan lama.

Ada juga yang beranggapan bahawa anak hiperaktif anak yang buas, pemarah, ganas, suka memberontak dan sukar dikawal, selain tidak boleh duduk diam, suka melakukan perkara-perkara berbahaya dan sangat berani.

Anggapan-anggapan di atas ada yang betul, ada yang kurang tepat dan ada juga yang salah. Hiperaktif, aktif, buas dan agresif adalah berbeza. Anak yang AKTIF tampak lasak dan sentiasa bertenaga, mungkin juga kadangkala agresif dan berani, tetapi selalunya tidak bermasalah dari segi memberi tumpuan ketika belajar atau membuat sebarang aktiviti dan boleh fokus dengan baik.

Daripada pembacaan dan pemerhatian saya, anak hiperaktif tak semestinya agresif dan buas TETAPI mempunyai masalah untuk fokus dan memberi perhatian, tak kiralah samada ketika belajar atau sebarang aktiviti lain. Ia sebenarnya adalah sejenis gangguan otak (minimal brain dysfunction syndrome), juga dikenali sebagai ADHD (Attention Deficit and Hyperactive Disorder).



Pengalaman sendiri

~ Semasa berumur 1.5-4 tahun, Abil sangat-sangat aktif dan tidak boleh duduk diam walaupun untuk beberapa saat. Hadir untuk check-up di hospital sangat-sangat meletihkan sebab kena mengejarnya ke sana ke mari tanpa henti. Tidak mahu dipegang. Sukar menerima arahan. Bagaimanapun, Abil tidak agresif, tidak buas.

~4.5-5 tahun, Abil masih lagi aktif tapi sudah mampu mengikut arahan-arahan mudah dan lebih berdisiplin. Boleh fokus belajar dan membuat aktiviti untuk beberapa minit. Outing menjadi agak mudah berbanding keadaan sebelumnya. Perubahan hasil intervensi awal , OT (Occupational Therapy), urut dan Yoga (di pusat intervensi). Juga, pengambilan susu coklat Dutch Lady (kotak) dikurangkan perlahan-lahan.

~5-6 tahun, Abil masih lagi aktif, terutama di tempat baru dan suasana baru (terlebih teruja). Berdisiplin bila ayahnya ada bersama. Boleh mengikut lebih banyak arahan dan boleh berdisiplin jika mahu (ikut mood). OT/terapi sensori diteruskan . Kebolehan fokus bertambah baik, terutama apabila diet-nya dijaga. Berhenti terus daripada minum susu coklat.

~6-7 tahun, tahap hiperaktif Abil semakin kurang, tidak lagi seligat dulu, tapi masih ligat (hehe). Agak mudah dikawal (bergantung pada mood, tempat dan masa). Kebolehan untuk fokus agak baik jika diberi perhatian sepenuhnya (one-to-one) dan diberikan pelbagai aktiviti berlainan untuk satu jangkamasa. Biasanya, outing adalah stress-free dan sangat selesa. Terapi sensori dan hydroAroma masih berjalan secara konsisten. Urut dan terapi AlQuran(sebelum dan semasa tidur) di rumah.


Tak semua anak autisme bersifat hiperaktif dan bukan semua anak hiperaktif adalah autistik. Dalam kelas tuisyen saya pun, ada anak normal yang mempunyai masalah ADHD. Walaupun dalam keadaan duduk di atas kerusi, kaki atau tangannya sentiasa bergerak dan beliau juga tak boleh fokus dengan baik. Perlu diberi rehat setiap 5-10minit semasa belajar dan kaedah mengajar juga perlu terancang dan menarik untuk membolehkannya memberi perhatian.


BUKAN SALAH IBU MENGANDUNG (ye ker??)

Sebenarnya, masalah hiperaktif boleh berpunca dari diet ibu mengandung yang tidak seimbang. Sebabnya, pemakanan ibu boleh menjejaskan kesempurnaan fungsi otak sejak bayi berada dalam kandungan lagi.

Makanan seperti gula, coklat, minuman bergas dan makanan ringan (jajan) boleh menyebabkan kecacatan minima pada otak dan mengakibatkan hiperaktif. Kesimpulannya, hiperaktif bukan sesuatu yang muncul selepas kelahiran tetapi proses pembentukannya bermula seawal 16 hari kehamilan. (sumber; Pa&Ma Nov2004)

Jika anak anda seorang hiperaktif, jangan risau. Masih belum terlambat untuk membetulkan keadaan. Yang paling penting, kena hantar anak ke sesi terapi dan program intervensi awal secara konsisten dan sekerap mungkin.



Lain-lain Tips;

@ Ajar anak berdisiplin. Kena tegas dengan anak (tegas tapi lembut , banyakkan bersabar). Latih anak mendengar arahan-arahan mudah. Contoh; kutip mainan sendiri, susun kasut di rak, kutip baju kotor dan banyak lagi.

@ Libatkan anak dengan aktiviti menarik (untuk ajar dia fokus). Pilihan aktiviti bergantung pada peringkat usia dan minat anak. Contoh; main blocks, puzzle, melukis, sandplay, baling-tangkap bola. Boleh tanya encik google kalau kehabisan idea...

@Jaga diet-nya. Kurangkan atau hapuskan makanan/minuman manis dari dietnya. Beri makanan tambahan (yang bagus untuk otak); contoh kismis, madu, minyak ikan omega-3, lesithin.

@Jangan biarkan anak-anak menonton TV dan bermain game di komputer terlalu lama (terutama untuk anak-anak yang agresif dan buas) atau pantau program yang ditonton dan jenis games yang mereka main. Bawa mereka berlari dan bermain di padang, beri mereka peluang menggunakan segala tenaga-tenaga berlebihan dalam badan.

@Berdoalah selalu.


You will always be your child's favourite toy.
~Vicky Lansky





Jan 19, 2010

Tengku Ratu (muncung!)


Ini BUKAN Tengku Ratu,
anak kepada kareografer, Linda Jasmine dan pelakon, Que Haidar.

Ini Tengku Ratu.........munCUNG! hahaha
Tengku Ratu munCUNG ni sebenarnya sangat comel dan fotogenik.
Tapi, kalau dia marah atau merajuk, munCUNGnya barangkali panjang sedepa.

Setiap hari mesti ada insiden untuk dia me-munCUNGkan diri.
Kadang-kadang, kalau angin taufan melanda, setiap 5 minit dia munCUNG.
Arghhhhh! tengok munCUNGnya saja boleh 'terbakar' diri.
Mana taknya, susah betul nak kasi dia puas hati.Align Center
Mujur la, ada sorang jer pakar munCUNG dalam famili ni.
Kalau hero-hero pun kuat munCUNG, habissss.
Lambat pulak tu nak tunggu munCUNG tu hilang.
Agaknya anak perempuan memang dilahirkan untuk munCUNG ye??

Seingat mama, masa mengandungkan Tengku Ratu munCUNG ni dulu,
jarang saya emosi.
Rasanya masa mengandungkan Abil dulu, emosi saya lebih banyak turun naik.
Pendekata, memang tak larat nak layan Tengku Ratu ni bila dia munCUNG sana, munCUNG sini.

Nak snap gambar Tengku Ratu munCUNG ni masa dia tengah marah...
nak bagi pembaca warkah jadi juri...haha

Berapakah panjang munCUNG-nya??
Tapi takut pulak dia munCUNG berhari-hari
atau boikot saya sampai berminggu-minggu...

Wahai Tengku Ratu munCUNG yang selalu fikir saya tak sayangkannya..
Mama sayang semua.
Tengku Ratu munCUNG tak tahu yang saya sangat-sangat bersyukur ada-nya dia..
Bijak, boleh diharap dan sangat berdikari.

Cuma satu jer ...MUNCUNG tak boleh blahhh.hehe


A daughter is a little girl who grows up to be a friend.
~ unknown Author



Jan 17, 2010

Oh! Hamster


Ini pet kami. Dah dua tahun kami bela. Sebenarnya, cik hamster yang ada sekarang ni yang paling lama bertahan. Sebelumnya, encik suami pernah beli sepasang. Dari sepasang, membiak jadi 3-4 pasang.

Akhirnya ada yang bergaduh, sakit, mati dan sebagainya. Sekarang, kami hanya bela seekor saja jenis Syrian Hamster. Kata suami saya, Syrian hamster ni memang kena hidup seorang diri (solitary animal).

Saya bukan penggemar pet. Kenapa? sebab saya malas nak jaga. hehe


Pet ni satu tanggungjawab, betul tak? Bukannya setakat jadi hiasan atau permainan, duduk dalam sangkar atau kurungan, cukup sekadar bagi makan saja. Pet ni, macam anak juga, kena dibersihkan dan dimandikan, perlu dijaga kesihatannya, mesti dipantau selalu. Menguruskan tiga orang anak saya ni pun dah cukup besar tanggungjawabnya. Menjaga pet? saya surrender!

Mula-mula, Dina nak bela kucing. Saya reject permintaan-nya sebab Abil allergic, kak Dina sendiri ada resdung, masing-masing senang kena batuk dan selsema.




Kak Dina minta nak bela ikan pula. Saya fikir, ok juga sebab seronok tengok ikan dalam akuarium selain tak perlu risau tentang alahan dan sebagainya. Tapi, nanti nak dibersihkan akuarium-nya selalu. Maintenance-nya agak demanding juga. Suami saya pun agak sibuk untuk bersihkan selalu. Saya pula memang jenis tiada kompromi bab-bab kebersihan ni.



Kenapa kami pilih hamster?

~sebab dia hanya duduk dalam cage-nya, tak perlu dibelai-belai dan main-main macam kucing. Nanti habis melekat semua bulu-bulu dalam rumah.

~sebab saiznya yang kecil dan comel, lebih kurang sebesar tapak tangan.

~sebab maintenance-nya agak mudah. Hanya perlu tukar habuk kayu dalam 'rumah'nya sekali sekala supaya tidak berbau, bagi makan dan tukar air minumannya. Dari segi kos pun sangat ok, berbanding pet lain.


~yang paling penting, sebab suami saya dah bersetuju nak jagakan, bukan saya. hehe



Tips memilih Haiwan peliharaan


@ Pastikan anak-anak tidak ada masalah kesihatan jika anda memelihara haiwan. Masalah alahan paling diberi keutamaan. Jika ada, tapi masih mahu pelihara juga, perlu beri perhatian rapi tentang penjagaan haiwan tersebut dan pantang larang untuk anak.
Atau, pilih haiwan yang jarang menimbulkan alahan seperti ikan dan kura-kura. Menurut pakar, usia paling sesuai memelihara pet ialah 6 tahun ke atas.

@Pilih berdasarkan tatacara pemeliharaan-nya. Ada pet yang sangat 'cerewet' penjagaannya. Ada pet yang mudah jatuh sakit kalau dijaga sambil lewa. Ada pet yang kerap perlu dibersihkan. Ada yang makanannya mahal dan kos-nya sangat tidak berpatutan. Tanya diri sendiri apakah piawai anda. Juga, samada mampu atau tidak untuk bertanggungjawab ke atas pet tersebut.


@Tepuk dada, tanya selera. Ikut la citarasa masing-masing. Mahu pet yang aktif dan lincah macam kucing dan arnab, atau yang pasif macam kura-kura? Mahu yang cantik dilihat dan menarik macam ikan, atau yang mysterious macam iguana? Mahu yang kecil macam hamster dan tikus putih atau, yang boleh terbang macam burung?


Kebaikan memelihara Haiwan

+Bagi anak yang sudah cukup dewasa (sebab itu disyorkan sesuai untuk 6 tahun ke atas), mereka boleh diajar erti tanggungjawab dan kasih sayang. Mereka boleh dilatih untuj memberi makan, membersihkan tempat tinggalnya, melayan-nya dengan baik.
+Menambah pengetahuan dan pengalaman, selain memecah kebosanan. Bila terasa boring dengan TV dan permainan, boleh 'main' atau tengok-tengok pet dalam kurungan. Kalau macam kami, encik suami memang buat research tentang Syrian Hamster dan kemudian, bercerita pada semua. Anak-anak juga ada cerita untuk dikongsi dengan kawan-kawan. Boleh dijadikan modal untuk bersosial dan menjadi topik perbualan.
+Mengurangkan stress dan rasa sunyi. Melihat pet bergerak-gerak saja sudah buat kita gembira. Aksi-aksi comel mereka, macam anak-anak juga, sangat menghiburkan. Tapi ingat, kalau pet tak dijaga dengan baik, ia bukan mengurangkan stress, sebaliknya menambah stress!


Untuk anak-anak autistik,

$Pet mengajar mereka berinteraksi dan bersosial, melalui belaian dan usapan. Kadangkala, mereka lebih selesa dengan haiwan berbanding manusia.
$Mengajar mereka perkara baru dan menarik, terutama bagi mereka yang obses atau minat dengan haiwan.





$Peluang untuk mereka terlibat sama dalam menjaga pet tersebut. Tugas-tugas mudah seperti memberi makan dan menukar air minuman boleh diserahkan pada mereka.

JANGAN LUPA! Basuh tangan anak-anak dengan bersih setiap kali selepas bermain dengan haiwan peliharaan mereka. Juga, jangan biarkan mereka 'mendera' haiwan tersebut.

Kalau tak dapat bela pet, bawaklah anak-anak singgah ke Pet Shop atau Petting Zoo selalu...mesti mereka suka!


Animals are such agreeable friends -
they ask no questions, they pass no criticisms.
~George Elliot



Jan 16, 2010

Jom Tidur! Zzz


Sejak masuk sekolah, adik Zarif sangat kuat tidur.Pantang jumpa bantal.Pantang terbaring atas lantai.Pantang duduk bersandar dalam kereta."Adik ngantuk la" pelat-pelat dia berkata.

Hampir setiap kali balik dari sekolah, mesti ZZzzzzzzz. Kadang-kadang saya tahankan juga. Tunggu siap makan malam, mandi dan tukar baju, baru saya benarkan dia tidur. Tapi selalunya, tak boleh tahan, dia mesti dah lena dulu, minima sejam dua. Alhamdulillah, walaupun dah tidur petang, waktu malam dia tak larat nak berjaga. Paling lewat pun jam 10-10.30 malam, mesti dia dah tidur semula sampai pagi.



Mujur la adik bersekolah sesi petang, mula jam 1 tengahari sampai pukul 4 petang. Tiga jam je, tapi penatnya mak aiii.... haha. Dah minum susu pun masih penat juga. Tapi tak apalah, yang penting tidurnya cukup.


Jumaat lepas, adik tertidur dalam kereta waktu ikut saya ambil Abil balik dari sekolah pukul 12 tengahari. Sampai rumah, saya kejut dan goncang-goncang adik tapi pengsan habiss...langsung tak bergerak. At last, saya give up dan biarkan adik tidur. Takpelah, terpaksa ponteng nampaknya hari ni, sebab jam dah pukul 1 tengahari.


Entah macamana, adik terbangun sendiri sebab nak ke tandas. Menangis-nangis sebab mata mengantuk lagi tapi terjaga....saya biarkan aje. Malas nak layan karenah budak baru bangun tidur. Tak lama lepas tu, adik berhenti menangis dan terus mintak dihantar pergi sekolah. Kebetulan memang dah siap pakai uniform. Saya tengok jam dah 1.30. Hmmm, hantar jelah walau dah lewat setengah jam. Budak umur 4 tahun je pun, bukan kuliah kat universiti pun...hehe..

Kagum saya tengok adik bersemangat nak pergi. Cikgu pun tergelak jer bila dengar alasannya lewat ke sekolah :)

Oh ya, saja saya nak berkongsi sedikit tips...


Tips untuk ajar anak-anak tidur awal waktu malam
(untuk anak-anak usia 3-10 tahun)

+ Biarkan mereka aktif di waktu siang, terutamanya waktu petang. Bila badan mereka penat, automatik mereka akan lena awal. Dengan syarat, jangan benarkan mereka tidur siang. Kalau nak juga tidur siang, tidur sekejap saja (tidak lebih 1 jam) di antara jam 1-4 petang.

+Hadkan masa menonton TV. Kalau boleh, cukup la setakat jam 9-9.30 malam. Simpan jer kad Astro tu. Merengek ker, menangis ker, biarkan aje...jangan pula dimarah, dipukul dan sebagainya. Bawa mereka sama-sama ke bilik, kalau perlu lepak-lepak sekejap dengan mereka sambil borak-borak atau bercerita. Sekejap je tau, kalau bukak kisah 1001 malam pun, sambung episod seterusnya untuk esok lusa...hehehe.

Saya pun jarang bacakan buku cerita, sekali dua adalah...hehe...biasanya borak-borak sambil sesi urut mengurut..hehehe.

+Makan malam sebelum maghrib atau sejurus selepas maghrib. Bila perut kenyang, biasanya mata cepat mengantuk. So, kalau makan pukul 7 malam, biasanya jam 8-8.30 mereka dan menguap-nguap. Tapi ada jugak yang masih melompat. Mak ayah kena tegas la kot...awal-awal memang susah. Bila dah biasa dan dijadikan rutin, pasti tak jadi masalah...

+Tutup semua lampu. Ini biasanya saya buat kalau anak-anak hyper semacam dan susah nak tidur. Warning sekali dua taknak dengar jugak...saya hambat dengan rotan (bukan pukul yer, acah-acah jer). Pastu, tutup semua lampu, luar dan dalam bilik. Kalau anak-anak bising gelap sangat, saya buka lampu tidur atau buka lampu tandas jer. Okla kan, boleh sahut kempen jimat tenaga elektrik...selain mesra alam...hehe

Kalau ada tips-tips lain, bolehla kongsi sama-sama :D

A good laugh and a long sleep are the best cures in the doctor's book.
~Irish Proverb





Hari ini Lebih Baik


Hari ini saya rasa adalah tahap yang paling selesa menjaga Abil. Belum pernah lagi saya rasa sebelum ni, sepanjang hampir 7 tahun menjaga makan pakai serta keperluan emosi, mental dan fizikal seorang anak yang bernama Nurhan Nabil.

Abil masih belum berdikari sepenuhnya, masih perlu dibantu mengurus diri. Perkembangan mentalnya juga masih belum selari dengan kanak-kanak normal seusianya tapi agak memuaskan jika dibandingkan dengan kanak-kanak autistik yang sebaya. Masih banyak yang perlu dikejar, sebab saya sendiri tidak dapat melatih Abil secara intensif hanya 10-15 minit setiap hari selain pengisian di sekolah dan sesi terapi.

Progress Oh! Progress :)

dari google

# Emosi Abil lebih stabil walaupun kadangkala dietnya tidak teratur. Dah lama tak nampak Abil mengaruk dan mengamuk tanpa sebab yang diketahui.

Mungkinkah kesan terapi AlQuran di waktu malam? atau terapi hydro dan sensori di Happyland saban minggu? atau Abil yang sekarang sudah lebih matang? atau kerana sudah lama tiada libasan cinta sebab mama dan Ayah dah mula redha dan menerima? susu Pediasure-kah? penangan vitamin-kah? Teori mama, semua sekali kot....

# Abil patuh pada arahan. Masih suka berlari melihat kenderaan, tapi tidak 'gelojoh' dan hyper seperti dulu. Dipanggil nama sekali saja, Abil terus datang menerpa walaupun tak menyahut. Kalau tidak dipimpin tangannya pun, sudah boleh mengawal diri daripada berlari sini sana.

Faktor usia? Saya ada juga terbaca, tahap keaktifan anak akan reda seiring usia. Tapi, saya harap ibu-ibu jangan 'take for granted' dengan statement ni. Untuk mengurangkan hyper, ini yang saya amalkan secara konsisten; urut anak (terutama-nya di bahagian sendi-sendi) hampir setiap hari, jaga diet mereka (kurangkan yang manis, banyak MSG dan pewarna) dan pastikan anak buat aktiviti yang mengeluarkan peluh (melompat atas trampoline, melompat, berguling, berbasikal/skuter, bawa ke playground/taman dan macam-macam lagi).

# Abil lebih tenang dengan perubahan dan suasana baru. Tahun ni, Abil lebih relaks dan 'menerima' persekitaran baru dengan agak mudah. Tahun lepas, tantrum setiap hari. Mogok makan pun selalu juga. Kali ni, semua ok.

# Rutin ke tandas yang sangat stabil. Agaknya fasa Fear Factor mama sudah berakhir (harap-harapnya la...). Sebelah malam pun, tak perlu dikejutkan bangun sekerap dulu. Biasanya, tak perlu kejut pun. Boleh pergi kemana-mana tandas dalam rumah, tak lagi 'rigid' dan memilih macam dulu. Masih belum pandai cebok sendiri bila buang air besar tapi mama lega dengan perkembangan yang ada ni....sangat legaaa....

Mama sendiri tak pasti samada ini hanya fasa sementara atau akan terus berkekalan. Malas dan takut nak fikir. Mama rasa lebih baik mama menikmati kemudahan dan keselesaan yang Tuhan bagi ni. Lebih baik fikirkan macamana nak menggunakan masa yang ada untuk mengajar Abil perkara-perkara baru dan catch up mana-mana aspek yang masih ketinggalan.

Oh ya! mama lupa...Abil dah mula pandai membaca sukukata...ba-ca, ma-ma, ja-la, to-to. Ah!seronoknya...anak mama tak buta huruf lagi :D

dari google

Nobody really cares if you are miserable,
so you might as well be happy.

~Cynthia Nelms


Jan 14, 2010

Jom Naik Keretapi

dari google
Ahad lepas, on the way ke Taman Bunga Istana, kami melintasi Stesen Keretapi di bandar. "Dah lama tak naik keretapi kan mak?" kak dina tanya. "A-ah..."ringkas saya jawab.

"Jom la naik keretapi lagi..."sambung kakak lagi. "Ish!nak buat apa...kereta kan ada..." respon saya.


Lebih kurang 2 tahun sudah, waktu kereta kami terlibat dengan kemalangan, 3-4 kali juga kami menggunakan perkhidmatan KTM untuk berulang alik ke rumah Maktuk . Selain naik keretapi, merasa jugalah anak-anak saya naik bas ekspress ke KL. Hampir setengah tahun kereta kami tersadai di bengkel gara-gara masalah insurance claim. Masa tu, memang terasa hilang nikmat berkenderaan sendiri dan insaf merasai kepayahan mereka yang tidak mampu berkenderaan sendiri.


Tidak ada apa yang pelik atau luar biasa tentang naik keretapi, mahupun bas ekspress ke KL atau destinasi lain. Tapi, menaiki kenderaan awam dengan anak istimewa dan hyper agak sedikit sulit dan boleh tahan cabarannya.


Hendak 1000 daya, MAHU 1000 cara, betul tak??


Lagipun, sehingga 2 tahun lepas, saya sendiri tak pernah merasa naik keretapi di tanah air sendiri. Semasa belajar dulu, banyak kali jugalah merasa berkeretapi di England, semuanya kenangan manis belaka. Kali ini, berkeretapi dengan anak -anak.



First time, kami book 1 kabin, lengkap dengan 2 katil (double decker) dan toilet, juga makan malam dan sarapan pagi untuk 2 orang. Bajet lebih kurang RM250-300 untuk 1 kabin. Masa tu, tak kisah berbelanja lebih sebab teruja nak tido dalam kabin.

Selain itu, ada tandas sendiri dan keadaan Abil. Pastinya tak ganggu orang lain kalau kami duduk sefamili dalam 1 kabin.



Saya tak dapat tido sepanjang 6-7 jam dalam kabin. Sempit. Encik suami share dengan Abil, saya pula share dengan adik dan kakak.Fuhh...sakit-sakit badan.

Satu lagi, rupanya bising betul bunyi tren bergerak atas landasan. Kami travel malam dan tiba subuh esok harinya. Jadi, anak-anak tak berapa ligat dan tidur hampir sepanjang perjalanan. Kak Dina sempat mandi shower dalam toilet kabin. haha





Perjalanan-perjalanan KL-JB selepas itu, kami hanya beli seat biasa, second class. Pernah juga saya book bunk bed, bukan seat dan bukan katil dalam kabin. Memang koc-nya dikhaskan untuk katil double decker saja. 









Rasanya naik keretapi dengan katil ni paling selesa. Saya beli 4 katil, bajet dalam RM200. Kak Dina dan Abil ada katil sendiri, kami beli tiket untuk katil atas-bawah, sebelah menyebelah. Ada tabir dan privacy semasa tidur bukan masalah.Cuma kena berkongsi toilet saja. Naik kali kedua, ketiga dan seterusnya, saya sudah boleh tido dengan aman sebab dah lali dengan bunyi tren bergerak.

Kesimpulannya, jangan jadikan anak-anak kecil alasan untuk anda merasai adventure. Naik tren ni hanya sekadar mini adventure sahaja. Orang putih angkut baby masuk hutan, hiking dan sebagainya. Apa sangatlah setakat travel dengan anak-anak dengan pengangkutan awam. Yang pastinya, mereka sangat teruja dan seronok. Buktinya, kak Dina tak serik dan nak naik tren lagi kalau berpeluang...hehe

Tips-tips berguna
dari google
+ Bekalkan sedikit makanan, elakkan makanan manis seperti gula-gula, minuman atau biskut coklat sebab anak hyper akan menjadi ber-double double ligatnya. Saya bekalkan anak-anak saya biskut tawar, kekacang, buah dan air mineral atau drinking water.

+Bahan bacaan, buku-buku untuk conteng atau mainan kecil. Ini untuk melekakan mereka dan mengelakkan kebosanan untuk perjalanan yang agak panjang. Untuk Kak Dina, saya belikan Kuntum dan majalah-majalah seumpamanya. Buku cerita pun bagus juga. Saya bekalkan pensel warna dan buku mewarna untuk Abil, mainan doodle pun boleh. Untuk adik, boleh bawa mainan kegemarannya. Pastikan ia-nya ringan dan tidak terlalu besar, nanti jadi beban pulak.

+Pilih waktu perjalanan yang sesuai. Kalau boleh, biar waktu anak-anak tidur atau kurang aktif. Juga elakkan travel waktu musim perayaan atau cuti sekolah (kecuali terpaksa).


+Pakaikan anak-anak pakaian yang selesa. Pakai baju nipis tak apa, bekalkan baju tebal untuk dipakai bila sejuk, terutama kalau naik kenderaan berhawa dingin. Stokin jangan lupa....


+Minimakan beg/bagasi anda. Bawak yang wajib-wajib dan penting-penting saja. Nanti senang nak angkut beg, dukung atau pimpin tangan anak lagi. Backpack dan beg troli adalah yang terbaik.


+Bercerita tentang perjalanan yang bakal ditempuhi. Tunjukkan gambar keretapi/bas, terangkan keadaan dan suasana di dalamnya, apa yang patut dan tak patut dilakukan semasa perjalanan dan apa saja yang berkaitan. Ini membantu anak-anak lebih familiar dengan persekitaran baru.


+Beri peluang anak-anak enjoy semasa dalam kenderaan, dalam keadaan terkawal dan tidak menganggu orang lain.



The most wonderful thing about family travel;
it provides you with experiences that will remain locked forever in the scar tissue of your mind.
~Dave Berry




Jan 13, 2010

Belajar keTandas

dari google
Potty Training, salah satu kemahiran penting untuk kanak-kanak. Mengajar kanak-kanak normal pun bukan mudah, inikan pula melatih anak istimewa. Anak normal biasanya menunjukkan tanda-tanda mereka sudah bersedia bila mereka melahirkan rasa tak selesa memakai pampers, atau sudah boleh memberitahu bahawa mereka membuang air di dalam pampers mereka. Kebiasaannya, ini berlaku sekitar umur 2-4 tahun, bergantung pada individu.

OK, bagaimana nak latih anak autisme ke tandas dan buang pampers-nya, terutamanya anak autisme yang non-verbal.



dari google
Pengalaman saya. Teacher LUMOS (semasa Abil bersekolah di situ) yang cadangkan kami start potty train Abil pada umurnya 4 tahun, Secara peribadi, saya rasa umur 4 tahun cukup ideal untuk memulakan latihan rutin tandas yang betul.

Panduan di bawah adalah berdasarkan pengalaman saya dan bukan 100% mengikut teori;



+ Ibu-ibu kena bersedia dari segi fizikal dan MENTAL. Kena bersabar dan gigih membersihkan 'accident-accident' kecil, mahupun besar. Juga, kena tahan marah dan berSABAR bila anak-anak terkucil atau ter-berak dalam seluar atau atas lantai.

+Mulakan dengan tidak memakaikan pampers selama setengah jam selama beberapa hari, kemudian tingkatkan tempoh kepada 1 jam, 2 jam dan seterusnya. Jangan putus asa dan ambil jalan mudah dengan memakaikan pampers semula jika sudah memulakan latihan. Kena bertahan sebab sukar untuk memulakan semula bila anak-anak rasa 'mudah' membuang dalam pampers.

+Untuk anak-anak yang non-verbal, bawa dia ke tandas setiap 2-3 minit di peringkat awal. Yess, memang sangat penat. Bayangkan dalam masa sejam, berapa kali anda kena bawa dia ke tandas. Ini kerana dia masih belum pandai mengawal pundi kencing-nya. Bila dia dah sedikit pandai, boleh tunggu lama sikit, mungkin setiap 10-15 minit, kemudian setiap setengah jam, seterusnya setiap sejam dua atau selang beberapa jam. Perhatikan tabiat minumnya. Bawa lebih kerap kalau anak minum banyak.


+Di peringkat awal, anak mungkin tidak tahu fungsi tandas, atau tak tahu 'membuang' di luar pampers. Gunakan model, kalau ada adik beradik lain. Ibu Ayah sendiri boleh tunjuk...jangan salah faham, bukan buang air depan anak....tapi sekadar duduk di toilet seat dan demonstrasi secara kasar. Mungkin anak lebih selesa gunakan potty atau toilet seat cover yang sesuai untuk saiz pinggul budak.



dari google
Juga, kena tunggu lama sikit hingga dia boleh kencing di tandas. Proses ni sangat memakan masa, kadang-kadang kena tunggu hampir 5 minit. Tapi, bila berjaya dipancut keluar, rasa macam menang Who wants to be a MILLIONAIRE! hahaha...kuncinya, kena SABAR dan selalu bagi kata-kata semangat pada anak.

+ Latih anak-anak tidak memakai pampers di sebelah siang dulu. Bila nampak progress, baru boleh proceed dengan tidur tanpa pampers. Progress di sini bermaksud, boleh kawal pundi kencing-nya dan tak perlu ke tandas terlalu kerap berbanding peringkat permulaan.

+Buang air besar agak payah sikit. Kena sentiasa alert dan tak boleh leka. Untuk anak normal jauh lebih mudah, sebab mereka boleh tunjuk atau cakap terus. Nampak saja anak seperti meneran, harus terus diangkat ke tandas. Kalau sedang 'membuang' separuh jalan pun, jangan biarkan. Bawa ke tandas dengan berhati-hati dan sepantas kilat sebab kita kena sampaikan mesej bahawa buang air HANYA di tandas, bukan dalam pampers, seluar atau lantai.

Kalau anak terus-terusan membuang dalam seluar dalam, katakan dengan nada yang keras bahawa perbuatannya salah dan sangat kotor. Tunjukkan najisnya yang busuk itu dan teruskan menasihat agar dia boleh faham dan tidak mengulangi perbuatannya. Yang penting, jangan memukul...bersikap tegas dan marah yang terkawal masih boleh diterima, InsyaAllah.


Kalau terkencing (selepas 2-3 bulan melatih), mungkin boleh suruh dia lap air kencingnya (selepas kita sendiri membersihkan kawasan tersebut). Ini supaya dia faham bahawa dia perlu bertanggungjawab atas perbuatannya dan sangat menyusahkan bila accident berlaku.

+Melatih tidur tanpa pampers juga perlu gigih. Saya mulakan dengan membawa Abil ke tandas (dalam keadaan dia tidur) setiap 1-2 jam di peringkat awal. Selepas beberapa minggu, saya bawa Abil setiap 3-4 jam. Kemudian, setiap 5-6 jam.



dari google
Ini bermakna, kita perlu kejutkan dia ke tandas 3-4 kali di peringkat awal. Kemudian 2-3 kali, dan sekurang-kurangnya sekali, apabila dia sudah pandai. Memang tidur kita akan terganggu tapi jangan risau, kena SABAR dan nantikan hasilnya bila mereka dah pandai nanti. Jangan tunggu mereka bangun sendiri. Sangat jarang perkara ini boleh berlaku di kalangan anak istimewa di peringat awal. Sekali lagi, siapkan MENTAL anda untuk proses mengganti cadar dan selimut serta menerima hakikat bahawa tilam anda kini diselaputi kencing.

Juga, elakkan anak-anak minum air terlalu banyak sejurus sebelum tidur. Kalau tak boleh kawal, kena bersedia untuk bangunkan mereka selewat-lewatnya sejam selepas mereka terlena dan sekali lagi selepas 2-3 jam.




Lain-lain tips (untuk anak autistik):


~ Tunjukkan gambar-gambar tandas atau anak-anak membuang air di potty atau tandas. Boleh cari di majalah atau di internet. Mereka adalah 'visual learner' dan lebih memahami melalui gambar berbanding sekadar kata-kata.

~Ajar anak untuk memberitahu, sekurang-kurangnya menyebut TANDAS. atau tunjuk ke arah tandas/gambar tandas/dan sebagainya. Macam Abil, suka sebut 'kencing', 'berak'. Agak kurang manis tapi takpelah, janji sampai mesej-nya dan mama tak perlu basuh najis-najisnya di luar tandas.

~Biar anak buka seluarnya dan masuk ke tandas sendiri. Sekurang-kurangnya dia akan pandai menuju sendiri ke tandas (bila perlu) tanpa perlu memberitahu kita. Kurang sikit accident....fuhh..

~Jangan marah keterlaluan. Anak mungkin rasa down dan kurang yakin dengan dirinya. Jangan pula terlalu 'give in' dan memaafkan saja setiap kali accident berlaku.

~Buang rasa MALAS dan KURANG sabar. Kena sentiasa gigih dan set-kan minda bahawa kita mahu anak-anak kita berdikari. Saya sendiri melatih Abil selama 2-3 tahun tanpa henti. Untuk pandai kencing di tandas saja, ambil masa hampir setahun. Saya kejutkan Abil semasa tidur sebanyak 3 kali setiap malam selama setahun setengah. Sekarang ini, baru lah dapat tidur lena sikit, hanya perlu kejut Abil sekali saja setiap malam. Kadang-kadang tak perlu sebab dah kencing dulu serta kurang minum sebelum tidur.

Outing juga sangat sukar dengan lawatan ke tandas. Tapi, alah bisa tegal biasa. Tak terkira juga berapa kali berdepan dengan cabaran Fear Factor. Syukur Alhamdulillah...bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Bila anak sudah mahir ke tandas, anda akan lebih relaks dan menghargai kemahirannya itu.

~Jangan rushing. Tidak ada apa yang dikejar atau mengejar. Asalkan jangan dipakaikan semula pampers walau apa pun cabaran dan kepayahan yang mendatang. Anak-anak akan pandai juga akhirnya. Beri mereka masa. Yang cepat akan pandai sesingkat 2-3 minggu, ada yang berbulan-bulan. Ada juga yang bertahun-tahun. Kata kuncinya, SABAR dan banyakkan berdoa.

Cukuplah sedikit sebanyak sebagai panduan. Harap-harap dapat membantu ibu-ibu di luar sana. Boleh juga praktikkan untuk anak normal. Boleh adjust ikut keadaan anak-anak dan ibu-ibu sendiri.



The only thing worth stealing is a kiss from a sleeping child.
~Joe Houldsworth