Jan 3, 2010

Rutin Ahad dan kisah sensori

Semalam, seperti biasa, memang rutin kami untuk keluar ambil angin petang-petang Ahad. Rasa tertekan kalau tidak keluar.Kami ke taman bunga. Kali ini kami main frisbee. Abil pulak setia dengan bola hijaunya.











Yang saya suka tentang Abil ialah, kebolehan sensori-nya yang agak baik. Boleh berlari, berjalan, melompat, memanjat, merangkak dan menjulur dengan sempurna. Dia juga boleh berjalan di atas titi atau tepi longkang dengan seimbang. Aktiviti-aktiviti ni nampak remeh, tapi sebenarnya sangat penting untuk menjana pertumbuhan otak yang baik.











Ada anak autisme yang berjalannya menjingkit-jingkit.Tapak kaki mereka terlalu sensitif. Dulu, masa umur Abil sekitar 2-3 tahun, pernah juga nampak Abil menjingkit-jingkitkan kakinya. Saya baru tahu bahawa ia satu tanda ketidakseimbangan sensori. Ada pula yang tidak boleh berlari dengan baik, sebaliknya hanya boleh berjalan cepat-cepat. Melompat juga kadang-kadang menjadi masalah pada sesetengah anak autisme.






Satu lagi perubahan yang saya lihat, Abil sekarang sudah boleh baling bola pada orang di depannya. Kalau dulu, dia langsung tak pandai untuk membaling. Mungkin juga kerana kurang daya fokus dan eye-contact yang hampir tiada. Alhamdulillah, ada juga peningkatan kesan dari pada sesi terapi yang berulang-ulang saban minggu.

Masalah sensori, walaupun nampak kecil, boleh menghalang seseorang individu daripada menjalani kehidupan seharian dengan lancar. Kadang-kadang masalah sensori timbul pada penglihatan (terlalu sensitif (hyper) atau langsung tidak sensitif (hypo) pada cahaya. Ada juga yang mempunyai pendengaran yang terlalu hyper (tidak tahan mendengar bunyi blender, motosikal, ambulans atau hairdryer). Ada pula yang langsung tidak respons atau hypo kepada sebarang bunyi, walaupun bunyi yang sangat kuat.

Masalah sensori juga boleh berlaku pada daya sentuhan. Contohnya Abil, sangat sensitif di bahagian kepalanya.Abil cukup susah bersikat. Saya terpaksa buat juga secara perlahan-lahan. Sekarang, nampaknya Abil semakin biasa dengan sikat, walaupun dia masih menggeliat ke kiri dan kanan bila rambutnya disikat. Dulu, bahagian dalam mulutnya juga sangat sensitif. Memberus gigi pun susah. Perlahan-lahan kami memberuskan giginya. Sekarang, mulutnya tak lagi se-sensitif dulu.

Bahagian tapak kaki dan tangannya pula langsung tidak geli bila disentuh atau digeletek. Selalu saya sapu dengan span kasar atau kertas pasir, berus halus pun boleh. Cuma, kena hati-hati, berus dengan kasih sayang, jangan sampai luka....juga elakkan berus atau span yang terlalu kasar. Nampaknya kini, sensorinya sudah agak normal dan tidak hypo lagi.




Autism is an extremely variable disorder .
~ Temple Grandin



No comments: