Jan 13, 2010

Belajar keTandas

dari google
Potty Training, salah satu kemahiran penting untuk kanak-kanak. Mengajar kanak-kanak normal pun bukan mudah, inikan pula melatih anak istimewa. Anak normal biasanya menunjukkan tanda-tanda mereka sudah bersedia bila mereka melahirkan rasa tak selesa memakai pampers, atau sudah boleh memberitahu bahawa mereka membuang air di dalam pampers mereka. Kebiasaannya, ini berlaku sekitar umur 2-4 tahun, bergantung pada individu.

OK, bagaimana nak latih anak autisme ke tandas dan buang pampers-nya, terutamanya anak autisme yang non-verbal.



dari google
Pengalaman saya. Teacher LUMOS (semasa Abil bersekolah di situ) yang cadangkan kami start potty train Abil pada umurnya 4 tahun, Secara peribadi, saya rasa umur 4 tahun cukup ideal untuk memulakan latihan rutin tandas yang betul.

Panduan di bawah adalah berdasarkan pengalaman saya dan bukan 100% mengikut teori;



+ Ibu-ibu kena bersedia dari segi fizikal dan MENTAL. Kena bersabar dan gigih membersihkan 'accident-accident' kecil, mahupun besar. Juga, kena tahan marah dan berSABAR bila anak-anak terkucil atau ter-berak dalam seluar atau atas lantai.

+Mulakan dengan tidak memakaikan pampers selama setengah jam selama beberapa hari, kemudian tingkatkan tempoh kepada 1 jam, 2 jam dan seterusnya. Jangan putus asa dan ambil jalan mudah dengan memakaikan pampers semula jika sudah memulakan latihan. Kena bertahan sebab sukar untuk memulakan semula bila anak-anak rasa 'mudah' membuang dalam pampers.

+Untuk anak-anak yang non-verbal, bawa dia ke tandas setiap 2-3 minit di peringkat awal. Yess, memang sangat penat. Bayangkan dalam masa sejam, berapa kali anda kena bawa dia ke tandas. Ini kerana dia masih belum pandai mengawal pundi kencing-nya. Bila dia dah sedikit pandai, boleh tunggu lama sikit, mungkin setiap 10-15 minit, kemudian setiap setengah jam, seterusnya setiap sejam dua atau selang beberapa jam. Perhatikan tabiat minumnya. Bawa lebih kerap kalau anak minum banyak.


+Di peringkat awal, anak mungkin tidak tahu fungsi tandas, atau tak tahu 'membuang' di luar pampers. Gunakan model, kalau ada adik beradik lain. Ibu Ayah sendiri boleh tunjuk...jangan salah faham, bukan buang air depan anak....tapi sekadar duduk di toilet seat dan demonstrasi secara kasar. Mungkin anak lebih selesa gunakan potty atau toilet seat cover yang sesuai untuk saiz pinggul budak.



dari google
Juga, kena tunggu lama sikit hingga dia boleh kencing di tandas. Proses ni sangat memakan masa, kadang-kadang kena tunggu hampir 5 minit. Tapi, bila berjaya dipancut keluar, rasa macam menang Who wants to be a MILLIONAIRE! hahaha...kuncinya, kena SABAR dan selalu bagi kata-kata semangat pada anak.

+ Latih anak-anak tidak memakai pampers di sebelah siang dulu. Bila nampak progress, baru boleh proceed dengan tidur tanpa pampers. Progress di sini bermaksud, boleh kawal pundi kencing-nya dan tak perlu ke tandas terlalu kerap berbanding peringkat permulaan.

+Buang air besar agak payah sikit. Kena sentiasa alert dan tak boleh leka. Untuk anak normal jauh lebih mudah, sebab mereka boleh tunjuk atau cakap terus. Nampak saja anak seperti meneran, harus terus diangkat ke tandas. Kalau sedang 'membuang' separuh jalan pun, jangan biarkan. Bawa ke tandas dengan berhati-hati dan sepantas kilat sebab kita kena sampaikan mesej bahawa buang air HANYA di tandas, bukan dalam pampers, seluar atau lantai.

Kalau anak terus-terusan membuang dalam seluar dalam, katakan dengan nada yang keras bahawa perbuatannya salah dan sangat kotor. Tunjukkan najisnya yang busuk itu dan teruskan menasihat agar dia boleh faham dan tidak mengulangi perbuatannya. Yang penting, jangan memukul...bersikap tegas dan marah yang terkawal masih boleh diterima, InsyaAllah.


Kalau terkencing (selepas 2-3 bulan melatih), mungkin boleh suruh dia lap air kencingnya (selepas kita sendiri membersihkan kawasan tersebut). Ini supaya dia faham bahawa dia perlu bertanggungjawab atas perbuatannya dan sangat menyusahkan bila accident berlaku.

+Melatih tidur tanpa pampers juga perlu gigih. Saya mulakan dengan membawa Abil ke tandas (dalam keadaan dia tidur) setiap 1-2 jam di peringkat awal. Selepas beberapa minggu, saya bawa Abil setiap 3-4 jam. Kemudian, setiap 5-6 jam.



dari google
Ini bermakna, kita perlu kejutkan dia ke tandas 3-4 kali di peringkat awal. Kemudian 2-3 kali, dan sekurang-kurangnya sekali, apabila dia sudah pandai. Memang tidur kita akan terganggu tapi jangan risau, kena SABAR dan nantikan hasilnya bila mereka dah pandai nanti. Jangan tunggu mereka bangun sendiri. Sangat jarang perkara ini boleh berlaku di kalangan anak istimewa di peringat awal. Sekali lagi, siapkan MENTAL anda untuk proses mengganti cadar dan selimut serta menerima hakikat bahawa tilam anda kini diselaputi kencing.

Juga, elakkan anak-anak minum air terlalu banyak sejurus sebelum tidur. Kalau tak boleh kawal, kena bersedia untuk bangunkan mereka selewat-lewatnya sejam selepas mereka terlena dan sekali lagi selepas 2-3 jam.




Lain-lain tips (untuk anak autistik):


~ Tunjukkan gambar-gambar tandas atau anak-anak membuang air di potty atau tandas. Boleh cari di majalah atau di internet. Mereka adalah 'visual learner' dan lebih memahami melalui gambar berbanding sekadar kata-kata.

~Ajar anak untuk memberitahu, sekurang-kurangnya menyebut TANDAS. atau tunjuk ke arah tandas/gambar tandas/dan sebagainya. Macam Abil, suka sebut 'kencing', 'berak'. Agak kurang manis tapi takpelah, janji sampai mesej-nya dan mama tak perlu basuh najis-najisnya di luar tandas.

~Biar anak buka seluarnya dan masuk ke tandas sendiri. Sekurang-kurangnya dia akan pandai menuju sendiri ke tandas (bila perlu) tanpa perlu memberitahu kita. Kurang sikit accident....fuhh..

~Jangan marah keterlaluan. Anak mungkin rasa down dan kurang yakin dengan dirinya. Jangan pula terlalu 'give in' dan memaafkan saja setiap kali accident berlaku.

~Buang rasa MALAS dan KURANG sabar. Kena sentiasa gigih dan set-kan minda bahawa kita mahu anak-anak kita berdikari. Saya sendiri melatih Abil selama 2-3 tahun tanpa henti. Untuk pandai kencing di tandas saja, ambil masa hampir setahun. Saya kejutkan Abil semasa tidur sebanyak 3 kali setiap malam selama setahun setengah. Sekarang ini, baru lah dapat tidur lena sikit, hanya perlu kejut Abil sekali saja setiap malam. Kadang-kadang tak perlu sebab dah kencing dulu serta kurang minum sebelum tidur.

Outing juga sangat sukar dengan lawatan ke tandas. Tapi, alah bisa tegal biasa. Tak terkira juga berapa kali berdepan dengan cabaran Fear Factor. Syukur Alhamdulillah...bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Bila anak sudah mahir ke tandas, anda akan lebih relaks dan menghargai kemahirannya itu.

~Jangan rushing. Tidak ada apa yang dikejar atau mengejar. Asalkan jangan dipakaikan semula pampers walau apa pun cabaran dan kepayahan yang mendatang. Anak-anak akan pandai juga akhirnya. Beri mereka masa. Yang cepat akan pandai sesingkat 2-3 minggu, ada yang berbulan-bulan. Ada juga yang bertahun-tahun. Kata kuncinya, SABAR dan banyakkan berdoa.

Cukuplah sedikit sebanyak sebagai panduan. Harap-harap dapat membantu ibu-ibu di luar sana. Boleh juga praktikkan untuk anak normal. Boleh adjust ikut keadaan anak-anak dan ibu-ibu sendiri.



The only thing worth stealing is a kiss from a sleeping child.
~Joe Houldsworth


8 comments:

YatieJay said...

Suka entry ni....memang tengh fikirkan mcm mana nak start potty train si naufal!

Syahida said...

gud luck yer...jgn pikirkan sgt aftermath-nya....redah jer as long as naufal sudah bersedia..biasanya umur 2.5-3 tahun ok..lewat2 pun, 4 tahun la.

Qiss said...

Thanx 4 sharing info k. Syahida.. Qiss try utk praktikkan utk iskandar :) ..

Syahida said...

Qiss, gud luck!

Zuraini binti Zainal a.k.a Yuyeen said...

gud info...tq...
nak mengajar anak utk ke toilet tiada masalah sgt sebenarnya...
BAGAIMANA NAK MENJADI IBU YG SANGAT SABAR YG MENJADI MASALAH BESAR BUAT SAYA....waaaaaaaaaaa!!!

Syahida said...

Ani, betul la tu...saya SANGATTTTT setuju!! *2 thumbs up* :-)

Siti Aminah Hj Lukman said...

salam,
tq sbb share story ni
adek sy dah boleh pegi toilet sndiri utk pee n poo
cume masalah skrg.. dia tak tahu mcm mana cara nk membasuh.
dia tak boleh berckp lg ,umurnya skrg 14taun.
sy tgh fikir cara supaya dia boleh blaja bersihkn sndiri.tp mati akal skrg.

syahida said...

Salam saudari Siti Aminah, teruskan usaha dan banyakkan doa. Anak saya pun masih belum lulus bab istinja' ni. Masih kna dipantau dan bantu. Mudah2an semua urusan mereka dipermudahkan. Amiin