Jan 22, 2010

Hiperaktif

dari google
Bila sebut je perkataan hiperaktif, biasanya umum akan membayangkan seorang kanak-kanak yang agresif, terlalu bersemangat/teruja, tidak boleh bertenang, sukar diajar dan tak tahan jika melakukan sesuatu aktiviti dengan lama.

Ada juga yang beranggapan bahawa anak hiperaktif anak yang buas, pemarah, ganas, suka memberontak dan sukar dikawal, selain tidak boleh duduk diam, suka melakukan perkara-perkara berbahaya dan sangat berani.

Anggapan-anggapan di atas ada yang betul, ada yang kurang tepat dan ada juga yang salah. Hiperaktif, aktif, buas dan agresif adalah berbeza. Anak yang AKTIF tampak lasak dan sentiasa bertenaga, mungkin juga kadangkala agresif dan berani, tetapi selalunya tidak bermasalah dari segi memberi tumpuan ketika belajar atau membuat sebarang aktiviti dan boleh fokus dengan baik.

Daripada pembacaan dan pemerhatian saya, anak hiperaktif tak semestinya agresif dan buas TETAPI mempunyai masalah untuk fokus dan memberi perhatian, tak kiralah samada ketika belajar atau sebarang aktiviti lain. Ia sebenarnya adalah sejenis gangguan otak (minimal brain dysfunction syndrome), juga dikenali sebagai ADHD (Attention Deficit and Hyperactive Disorder).



Pengalaman sendiri

~ Semasa berumur 1.5-4 tahun, Abil sangat-sangat aktif dan tidak boleh duduk diam walaupun untuk beberapa saat. Hadir untuk check-up di hospital sangat-sangat meletihkan sebab kena mengejarnya ke sana ke mari tanpa henti. Tidak mahu dipegang. Sukar menerima arahan. Bagaimanapun, Abil tidak agresif, tidak buas.

~4.5-5 tahun, Abil masih lagi aktif tapi sudah mampu mengikut arahan-arahan mudah dan lebih berdisiplin. Boleh fokus belajar dan membuat aktiviti untuk beberapa minit. Outing menjadi agak mudah berbanding keadaan sebelumnya. Perubahan hasil intervensi awal , OT (Occupational Therapy), urut dan Yoga (di pusat intervensi). Juga, pengambilan susu coklat Dutch Lady (kotak) dikurangkan perlahan-lahan.

~5-6 tahun, Abil masih lagi aktif, terutama di tempat baru dan suasana baru (terlebih teruja). Berdisiplin bila ayahnya ada bersama. Boleh mengikut lebih banyak arahan dan boleh berdisiplin jika mahu (ikut mood). OT/terapi sensori diteruskan . Kebolehan fokus bertambah baik, terutama apabila diet-nya dijaga. Berhenti terus daripada minum susu coklat.

~6-7 tahun, tahap hiperaktif Abil semakin kurang, tidak lagi seligat dulu, tapi masih ligat (hehe). Agak mudah dikawal (bergantung pada mood, tempat dan masa). Kebolehan untuk fokus agak baik jika diberi perhatian sepenuhnya (one-to-one) dan diberikan pelbagai aktiviti berlainan untuk satu jangkamasa. Biasanya, outing adalah stress-free dan sangat selesa. Terapi sensori dan hydroAroma masih berjalan secara konsisten. Urut dan terapi AlQuran(sebelum dan semasa tidur) di rumah.


Tak semua anak autisme bersifat hiperaktif dan bukan semua anak hiperaktif adalah autistik. Dalam kelas tuisyen saya pun, ada anak normal yang mempunyai masalah ADHD. Walaupun dalam keadaan duduk di atas kerusi, kaki atau tangannya sentiasa bergerak dan beliau juga tak boleh fokus dengan baik. Perlu diberi rehat setiap 5-10minit semasa belajar dan kaedah mengajar juga perlu terancang dan menarik untuk membolehkannya memberi perhatian.


BUKAN SALAH IBU MENGANDUNG (ye ker??)

Sebenarnya, masalah hiperaktif boleh berpunca dari diet ibu mengandung yang tidak seimbang. Sebabnya, pemakanan ibu boleh menjejaskan kesempurnaan fungsi otak sejak bayi berada dalam kandungan lagi.

Makanan seperti gula, coklat, minuman bergas dan makanan ringan (jajan) boleh menyebabkan kecacatan minima pada otak dan mengakibatkan hiperaktif. Kesimpulannya, hiperaktif bukan sesuatu yang muncul selepas kelahiran tetapi proses pembentukannya bermula seawal 16 hari kehamilan. (sumber; Pa&Ma Nov2004)

Jika anak anda seorang hiperaktif, jangan risau. Masih belum terlambat untuk membetulkan keadaan. Yang paling penting, kena hantar anak ke sesi terapi dan program intervensi awal secara konsisten dan sekerap mungkin.



Lain-lain Tips;

@ Ajar anak berdisiplin. Kena tegas dengan anak (tegas tapi lembut , banyakkan bersabar). Latih anak mendengar arahan-arahan mudah. Contoh; kutip mainan sendiri, susun kasut di rak, kutip baju kotor dan banyak lagi.

@ Libatkan anak dengan aktiviti menarik (untuk ajar dia fokus). Pilihan aktiviti bergantung pada peringkat usia dan minat anak. Contoh; main blocks, puzzle, melukis, sandplay, baling-tangkap bola. Boleh tanya encik google kalau kehabisan idea...

@Jaga diet-nya. Kurangkan atau hapuskan makanan/minuman manis dari dietnya. Beri makanan tambahan (yang bagus untuk otak); contoh kismis, madu, minyak ikan omega-3, lesithin.

@Jangan biarkan anak-anak menonton TV dan bermain game di komputer terlalu lama (terutama untuk anak-anak yang agresif dan buas) atau pantau program yang ditonton dan jenis games yang mereka main. Bawa mereka berlari dan bermain di padang, beri mereka peluang menggunakan segala tenaga-tenaga berlebihan dalam badan.

@Berdoalah selalu.


You will always be your child's favourite toy.
~Vicky Lansky





5 comments:

S.I. said...

salam..

mengikut kefahaman syla.. hiperaktif tu mksudnya terlalu aktif (xleh dok pegun) dan hipoaktif pula terlalu tidak aktif (pasif). kebanyakan hiperaktif ni adalah normal kerana fisiologi otak mereka yg berkembang dgn sgt pesat terutama ketika berumur 0-5 thn..umur kritikal perkembangan bahasa.
cuma yg menjadi mslh kalau knk2 ni ada mslh tumpuan atau ADD (attention deficit disorder). mslh tumpuan ni ada juga pada knk2 hiperaktif (ADHD) dan hipoaktif..tetapi yg kerap kita dgr ialah yg ADHD. yg hipoaktif+ADD ni merupakan knk2 yg suh buat baru buat..lps tu termenung...tegur lg br buat lg skt..lps tu termenung lg..bak tukul dgn paku! yg ADHD ni plak bak ribut taufan...sentiasa nak buat keje ttp kurg tumpuan yg sbbkan rumah bersepah akibat dia nak main ni..x siap n x kemas..main lain plak...br main tetibe je tukar fikiran n main permainan lain pula..
terma hiperaktif dan hiperaktif+ ADD (ADHD) adalah sgt berbeza pada pandangan sy. hiperaktif blh dikatakan normal krn bg sy yg da dwsa ni sy blh merasakan ramai org yg hiperaktif terutama bg yg x blh dok diam..ms org bg ceramah dia asik goyang kaki, main pen, sms, borak dll..atau keadaan org dlm tandas...ada yg nyanyi, baca surat khabar, sms, main paip air dll...dan mereka ni mmg x blh dok diam..= hiperaktif.

Anonymous said...

salam, mama bagi makan omega 3 brand apa. saya ada anak yang doktor diagnosed adhd, masih belum boleh bercakap walaupun sudah berumur 5 tahun. cukup ligat.

Syahida said...

S.I, terima kasih atas penerangan.maaf saya lambat respon. saya kurang pasti tentang ADD, tapi saya tahu juga tentang masalah hypo. memang kebanyakan anak hiper adalah normal.tapi anak saya, Abil adalah seorang autisme dan juga ada simptom ADHD.

Syahida said...

Anonymous, banyak brand omega 3 di pasaran. saya biasa beri anak saya, brand VIVA Life.saya beli pun menerusi pusat intervensi awal anak saya. kadang2, saya beli brand cosway. tapi, pada saya, VIVA Life lebih baik.

ia dalam bentuk kapsul, saya gunting dan beri anak saya dalam sudu sebab dia tak pandai telan pil/kapsul.

kent said...

Salam, Amal Hazim anak saya seorang ADHD. Skrg dia dlm form 1 sekolah biasa.Sewaktu mula2 bersekolah menengah, guru kelasnya minta saya keluarkan Amal Hazim dr sekolah tu dlm kata lain suruh berhenti dan cari sekolah yg sesuai utknya. Tp kami bertegas krn suatu hari dia tetap akan berhadapan dgn masyarakat normal bagaimana dia akan menghadapinya jika skrg diasingkan dan bergaul dgn orang yg senasib dgnnya.