Jan 27, 2010

Ibu dan Ilmu

dari google
Jadi IBU ni seronok, apalagi kalau berpeluang tengok anak-anak membesar depan mata. Tapi, bukan mudah jadi IBU. Kalau ikut teori, jadi ibu kena master segala-galanya.Daripada bab penjagaan anak kepada bab penjagaan rumahtangga, juga penjagaan suami. Jadi IBU, kena berilmu.

Rasanya, setiap IBU kena ada sikit sebanyak asas-asas ilmu ni.

~Ilmu KESIHATAN
Kalaupun tak sehebat doktor, kira layak la jadik medical officer ataupun nurse. Jadi, kalau ahli keluarga (terutamanya anak-anak) sakit pening, bolehla nak bagi rawatan awal atau lebih baik lagi, pencegahan sebelum sakit.

~Ilmu DAPUR
Tak perlu la sehebat Chef Wan, Jamie Oliver, Delia Smith atau Martha Stewart, yang penting boleh la masak yang simple (yang penting menepati selera keluarga). Tapi kalau jadi PAKAR dapur pun bagus juga, mesti anak-anak happy dan montok-montoksekali.
~Ilmu AGAMA
Ibu harus TAHU mengaji (kalaupun tak sehebat dan sesedap bacaan seorang Qari). Ibu juga kena ada asas-asas ilmu agama yang lain (SOLAT pastinya yang paling utama).

~Ilmu EKONOMI
Ibu kena tahu menguruskan wang; bagaimana untuk mencari, menggunakan dan menjimatkan wang. Samada ibu itu bekerja atau surirumahtangga, berpelajaran tinggi atau setakat SPM saja, itu semua bukan ukuran. Yang penting, harus BIJAK wang. Walaupun orang selalu kata, duit bukan segala-galanya. Tak dinafikan, bila ada RM, hati senang. Takde RM, mata berkunang-kunang...hehe.

Bagi yang ada anak ISTIMEWA, kena lengkapkan diri tentang segala hal yang relevan dengan situasi anak. Apa, Mengapa, Bila, Di-Mana, Bagaimana? adalah soalan-soalan yang perlu diketahui jawapannya bagi setiap permasalahan yang berlaku pada anak-anak.

dari google
Bagaimana nak tambah ILMU?? rasanya ni semua orang pun tahu...

Pertama, membaca...membaca....dan membaca.
Majalah, buku-buku, kitab, suratkhabar. Tak mampu membeli, sewa. Tak nak sewa, pinjam (dari library, keluarga, kawan-kawan). Malas meminjam, google di internet. Sangat banyak sumber rujukan dan bacaan.

Kedua, banyak bertanya.
Bertanya dengan yang pakar (doktor, pakar terapi, guru, keluarga/saudara mara, ibu-ibu lain, kawan-kawan yang berpengalaman). Ingat, 'Malu bertanya, sesat jalan'.

Ketiga, belajar dari pemerhatian dan pengalaman.
Pandang, lihat, kaji dan belajar. Yang baik dicontohi. Yang sesuai jadikan amalan. Yang tak baik dan kurang sesuai jadikan iktibar dan pengajaran. .

Keempat, aktif ber-persatuan.
Cara ni, umpama pakej 2 dalam 1. Bak kata pepatah melayu, sambil menyelam minum air sirap...hehe. Libatkan diri dalam kumpulan/ kelab/persatuan yang bermanfaat. Bukan sekadar borak-borak kosong sambil sesi 'buat ketupat'...hehe. Sambil bersosial, sambil berkongsi maklumat dan tips-tips berguna. Sambil bermesra, sambil bertukar-tukar pandangan dan ilmu.

Kelima, menyertai kursus/taklimat/ceramah/latihan yang berkaitan.
Dimana-mana ada saja kursus-kursus dianjurkan oleh badan-badan yang berkenaan. Mungkin boleh buat pelaburan untuk belajar dalam sesi-sesi sebegini. Hadir bukan untuk sijil tapi untuk ilmu yang sangat-sangat berharga.



It's NOT easy being a mother. If it were easy, fathers would do it.
~from The Golden Girls (the TV show)



5 comments:

YatieJay said...

Senang kata - org pompuan yg dah berkawhin dan ada anak serta bekerjaya pula patutnya dipanggil "SUPERWOMAN".

Syahida said...

IBU = superwoman...Only God knows how difficult it is to live up to that expectation, betul tak? :-)

SitiNur said...

150% setuju!! :)
Ciptaan yang paling fleksibel dan istimewa.. Ibu! Bila dalam keadaan susah dan kritikal, aku selalu ingat ni:
"Mothers always can!!"
InsyaAllahhh...

Syahida said...

yelah ira, must always keep that in mind..."yes, we can!!"

Zuraini binti Zainal a.k.a Yuyeen said...

betullah...menjadi IBU yg SEMPURNA itu tidak mudah...but...yes...put in mind .."we can!!! "