Jan 22, 2010

Menu Sedap!

Isnin lepas, saya sibuk mencuba resepi baru, Ayam Panggang Istimewa. Nak tahu resepi dan bahan-bahannya, sila ke Dari Dapur Mina (terima kasih Makcik Mina! sharing is caring...hehe).

Dipendekkan cerita, resepi ayam panggang ni, sangat senang. Tak perlu perap lama-lama. Cuma gaul semua, bakar selama 2 jam.

Saya ikut semua macam dalam resepi, kecuali satu dua bahan yang disesuaikan mengikut citarasa sendiri.










Kentangnya saya belah dua (jangan potong hingga putus dua, hampir-hampir putus gitu) dan saya selitkan marjerin dengan pisau di tengah-tengahnya. Taburkan garam dan lada hitam di atasnya. Tomato pulak, saya masukkan waktu minit-minit kecederaan i.e. 10 minit yang terakhir. Saya suka makan tomato keras-keras, tidak terlalu masak.



Bila makan kentang tu, memang teringat pada baked potato (with onion and cheese) di tepi jalan pekan Lancaster (tempat saya belajar dulu). Aduhaiiii....sedappppnya!












Kemudian, untuk melengkapkan juadah, saya buat nasi butter.Senang saja nasi butter ni. Letak butter/marjerin, tumis jer bawang+halia blend, campak buah pelaga dan bunga lawang seketul dua, letak sedikit kiub ayam, garam secukup rasa. Masukkan air(ikut sukatan) dan kemudian, beras (bila air sudah mendidih).





Seronok tengok encik suami berselera makan untuk berbuka puasa. Kak Dina pulak tak habis-habis memuji . Adik dan Abil bertambah-tambah nasi.











Saya ter-paling suka kentang tu.Rasa tak nak berhenti sebab selama ni bakar kentang dalam oven, tak pernah dapat selembut dan se-empuk tu.Y ummy! lepas ni kena borong kentang berkilo-kilo...haha

Saya terpaksa asingkan ayam dan kentang dalam dulang yang berlainan sebab oven saya sangat comel...hehe

'Pelanggan' yang sangat-sangat berpuas hati. Alhamdulillah :)



I have a good collection of cookery books. This is not so much because i like cooking, but because i like EATING.
~Louise Brown



3 comments:

keen said...

nnt blk usj, masak tuk kitorg lak ek..oven da sah2 x comel so pephm sendiri aa ;)

mina said...

Salam Syida,

Wahhh..akhirnya jadi gak masakan tu. Apa macam?.Sedap tak?.Isi ayam tu lembut kan?. Terliur lak makcik.

Syahida said...

keen: kalo ko supply bahan, anytime...oven yang canggih manggih tu mesti digunakan sebaik2nya..hehe

makcik: sangat sedappp..sehingga menjilat jari! berbaloi2 menunggu 2 jam :D