Jan 14, 2010

Jom Naik Keretapi

dari google
Ahad lepas, on the way ke Taman Bunga Istana, kami melintasi Stesen Keretapi di bandar. "Dah lama tak naik keretapi kan mak?" kak dina tanya. "A-ah..."ringkas saya jawab.

"Jom la naik keretapi lagi..."sambung kakak lagi. "Ish!nak buat apa...kereta kan ada..." respon saya.


Lebih kurang 2 tahun sudah, waktu kereta kami terlibat dengan kemalangan, 3-4 kali juga kami menggunakan perkhidmatan KTM untuk berulang alik ke rumah Maktuk . Selain naik keretapi, merasa jugalah anak-anak saya naik bas ekspress ke KL. Hampir setengah tahun kereta kami tersadai di bengkel gara-gara masalah insurance claim. Masa tu, memang terasa hilang nikmat berkenderaan sendiri dan insaf merasai kepayahan mereka yang tidak mampu berkenderaan sendiri.


Tidak ada apa yang pelik atau luar biasa tentang naik keretapi, mahupun bas ekspress ke KL atau destinasi lain. Tapi, menaiki kenderaan awam dengan anak istimewa dan hyper agak sedikit sulit dan boleh tahan cabarannya.


Hendak 1000 daya, MAHU 1000 cara, betul tak??


Lagipun, sehingga 2 tahun lepas, saya sendiri tak pernah merasa naik keretapi di tanah air sendiri. Semasa belajar dulu, banyak kali jugalah merasa berkeretapi di England, semuanya kenangan manis belaka. Kali ini, berkeretapi dengan anak -anak.



First time, kami book 1 kabin, lengkap dengan 2 katil (double decker) dan toilet, juga makan malam dan sarapan pagi untuk 2 orang. Bajet lebih kurang RM250-300 untuk 1 kabin. Masa tu, tak kisah berbelanja lebih sebab teruja nak tido dalam kabin.

Selain itu, ada tandas sendiri dan keadaan Abil. Pastinya tak ganggu orang lain kalau kami duduk sefamili dalam 1 kabin.



Saya tak dapat tido sepanjang 6-7 jam dalam kabin. Sempit. Encik suami share dengan Abil, saya pula share dengan adik dan kakak.Fuhh...sakit-sakit badan.

Satu lagi, rupanya bising betul bunyi tren bergerak atas landasan. Kami travel malam dan tiba subuh esok harinya. Jadi, anak-anak tak berapa ligat dan tidur hampir sepanjang perjalanan. Kak Dina sempat mandi shower dalam toilet kabin. haha





Perjalanan-perjalanan KL-JB selepas itu, kami hanya beli seat biasa, second class. Pernah juga saya book bunk bed, bukan seat dan bukan katil dalam kabin. Memang koc-nya dikhaskan untuk katil double decker saja. 









Rasanya naik keretapi dengan katil ni paling selesa. Saya beli 4 katil, bajet dalam RM200. Kak Dina dan Abil ada katil sendiri, kami beli tiket untuk katil atas-bawah, sebelah menyebelah. Ada tabir dan privacy semasa tidur bukan masalah.Cuma kena berkongsi toilet saja. Naik kali kedua, ketiga dan seterusnya, saya sudah boleh tido dengan aman sebab dah lali dengan bunyi tren bergerak.

Kesimpulannya, jangan jadikan anak-anak kecil alasan untuk anda merasai adventure. Naik tren ni hanya sekadar mini adventure sahaja. Orang putih angkut baby masuk hutan, hiking dan sebagainya. Apa sangatlah setakat travel dengan anak-anak dengan pengangkutan awam. Yang pastinya, mereka sangat teruja dan seronok. Buktinya, kak Dina tak serik dan nak naik tren lagi kalau berpeluang...hehe

Tips-tips berguna
dari google
+ Bekalkan sedikit makanan, elakkan makanan manis seperti gula-gula, minuman atau biskut coklat sebab anak hyper akan menjadi ber-double double ligatnya. Saya bekalkan anak-anak saya biskut tawar, kekacang, buah dan air mineral atau drinking water.

+Bahan bacaan, buku-buku untuk conteng atau mainan kecil. Ini untuk melekakan mereka dan mengelakkan kebosanan untuk perjalanan yang agak panjang. Untuk Kak Dina, saya belikan Kuntum dan majalah-majalah seumpamanya. Buku cerita pun bagus juga. Saya bekalkan pensel warna dan buku mewarna untuk Abil, mainan doodle pun boleh. Untuk adik, boleh bawa mainan kegemarannya. Pastikan ia-nya ringan dan tidak terlalu besar, nanti jadi beban pulak.

+Pilih waktu perjalanan yang sesuai. Kalau boleh, biar waktu anak-anak tidur atau kurang aktif. Juga elakkan travel waktu musim perayaan atau cuti sekolah (kecuali terpaksa).


+Pakaikan anak-anak pakaian yang selesa. Pakai baju nipis tak apa, bekalkan baju tebal untuk dipakai bila sejuk, terutama kalau naik kenderaan berhawa dingin. Stokin jangan lupa....


+Minimakan beg/bagasi anda. Bawak yang wajib-wajib dan penting-penting saja. Nanti senang nak angkut beg, dukung atau pimpin tangan anak lagi. Backpack dan beg troli adalah yang terbaik.


+Bercerita tentang perjalanan yang bakal ditempuhi. Tunjukkan gambar keretapi/bas, terangkan keadaan dan suasana di dalamnya, apa yang patut dan tak patut dilakukan semasa perjalanan dan apa saja yang berkaitan. Ini membantu anak-anak lebih familiar dengan persekitaran baru.


+Beri peluang anak-anak enjoy semasa dalam kenderaan, dalam keadaan terkawal dan tidak menganggu orang lain.



The most wonderful thing about family travel;
it provides you with experiences that will remain locked forever in the scar tissue of your mind.
~Dave Berry




2 comments:

mina said...

salam syida,

hidup penuh cabaran memang teruja dan sesuatu yg terlalu sempurna pula cukup membosankan....makcik tau, syida ni cekal...kadang-kadang kita kena belajar susah dan kena hidup cara orang susah walaupun hakikatnya kita ni tak lah sesusah manapun...lantaran itu kita akan lebih menghargai kehidupan dan lebih bersyukur dgn apa yang kita ada dan yg telah kita capai...syabas!! utk anda sefamily...

Syahida said...

Salam Makcik, hidup kena sentiasa teruja..barulah terasa kenikmatannya...Syabas untuk makcik sebab selalu beri komen membina :D