Jan 29, 2010

Makan-makan

Ok. Santai-santai sebelum Saturday Blues (hari busy saya) esok.

Ini antara menu-menu yang belum dipaparkan sebelum ni. Ya ampun, kualiti gambar tak seberapa ye.Kamera tak canggih (agak outdated) selain skill cameralady yang ntah apa-apa (hehe).

Sausage Roll

Ini menu breakfast kami, juga bekal makan kak Dina ke sekolah. Rupa memang tak cantik tapi rasanya sedap. hehe

Senang je. Rebus sosej. Kemudian, masukkan ke dalam roti, gulung dan gamkan tepinya dengan tepung (tepung gandum bole, tepung jagung pun bole). Akhir sekali, masukkan ke dalam bancuhan telur (telur tu dah dikacau dan dimasukkan sedikit garam).

Tips: Kalau takut gulungan roti tu terbuka, bole la cucuk dengan lidi sementara menggoreng. Dah garing, jangan lupa cabut lidi tu. Nanti tercucuk pulak lelangit anak..

Kacang Pol
Sekali lagi, sila rujuk Dari Dapur Mina untuk resepinya. Ini pun first time mama masak dan makan kacang pol. Biasa nampak orang berjual di pasar Ramadhan. Kadang-kadang boleh jumpa di restoren atau gerai makan.
Sangat sesuai dimakan dengan roti. Jadi, kalau dah boring makan nasi, bole la try resepi kacang pol pulak. Anak-anak pun boleh makan sebab tak pedas. Kalau nak pedas, gaul dengan hirisan cili hijau sebelum makan.




Spaghetti Carbonara
Kegemaran anak-anak saya. Tapi, biasanya kami beli sos instant (Prego) jer, kemudian tambahkan hirisan bawang dan minced meat/chicken.
Kalau pakai kuah instant, tak boleh makan selalu..sebab banyak MSG dan pengawet.








Ayam panggang ala Kenny Rogers
Resepi kakak ipar saya. Semalam, menu berbuka puasa untuk encik suami dan juga dinner kami.











Senang saja. Kisar bawang putih, bawang besar, bawang merah, halia, madu, mentega, gula pasir, garam, sos lada hitam, kiub ayam dan herba campuran (mixed herbs). Gaul pada ayam dan perap sejam. Kemudian, sapu sikit mentega pada ayam dan bakar 1-2 jam. Best!

Ayam tu, eloknya dibakar seekor (tak perlu potong kecik-kecik). Tapi sebab saya dah terbeli bahagian-bahagian ayam selain faktor oven yang sangat comel. Saya bakar saja...yang penting boleh dimakan.


Bengkang Kentang
Yang ini, anak-anak memang suka sebab ia-nya manis. Kalau tak suka manis, bole kurangkan sukatan gula. Ni pun baru pertama kali cuba.










Caranya, rebus kentang 5-6 biji dan lenyek. Secawan marjerin, secawan gula halus, 1 biji telur, secawan tepung gandum dan 2 cawan santan. Kalau ikut resepi, kena pukul dengan mixer. Mama ni set-set pemalas sket, mama campurkan semua dalam blender dan kisar...haha..yang penting, menjadi. Sebelum masuk dalam oven, campurkan kentang yang dah dilenyek ke dalam campuran marjerin, gula,santan dan tepung. Bakar dalam 30-45 minit, atau sehingga garing.


Jom makan!


7 comments:

SitiNur said...

Pergh! Sempat lagi dia tu.
Bab ni yang aku kalah. Segan sikit nak masuk dapur. Hahaha.

norhamimah said...

adoi..akak ni saje je buat orang terliurrrrrr...huhuhu

Syahida said...

ira->bukan selalu pun aku masuk dapur..aku pun kelab ibu2 penyegan ke dapur..haha.semenjak dua menjak ni je, cuba mengaktifkan diri :D

mimot->terliurrr ker?hehe...nampak je sedappp, rasanya blum tentu lagi..hihi

maya amir said...

adoii yaii..lapor nih esp bile tgk kacang pol tuh:)

Syahida said...

hahaha maya...apalagi try la, tak susah mana pon...cuma seksa nak cari kacang parang dalam tin tu. try tengok blog dari dapur mina tu :-)

Nina Rizwina said...

nyum..nyum..sedapnye syahida...rajinnye memasak..membakar ni...hehhehe...

Syahida said...

Nina, saya ni tak rajin sebenarnya...sekali sekala je ke dapur. Ni compilation satu minggu punya tau...haha..