Feb 27, 2010

Jom Mewarna!

Anak-anak saya memang suka mewarna, terutamanya Zarif. Setiap kali duduk mewarna, adik Zarif boleh fokus hingga sejam atau lebih. Suka betul dia mewarna, makin dia seronok kalau mewarna beramai-ramai.

Berlainan pulak dengan Abil, dia mewarna ikut mood. Kalau mood ok, dia boleh fokus sehingga habis keseluruhan gambar diwarnakan. Bila mood kurang baik, dia hanya akan duduk seminit dua, kemudian mewarna lagi dan kemudian, ditinggalkan saja walaupun belum siap kerjanya...
Kakak pula suka ikut adik. Bila adik dipuji sebab 'pandai' mewarna, cepat-cepat juga kakak duduk sekali dan mewarna dengan begitu cantik.

Yang pastinya, saya suka tengok adik, kakak dan Abil mewarna dengan tenang dan sangat relaks. Tidak tergesa-gesa. Tidak berebut-rebut pensel warna atau krayon. Agaknya aktiviti mewarna ni seperti satu TERAPI buat mereka.

Saya juga dapat lihat perkembangan masing-masing melalui aktiviti ni. Saya lihat bagaimana anak-anak belajar memegang pensel dengan cara yang betul serta memperbaiki grip mereka daripada lemah kepada grip yang sangat stabil dan konsisten.

Juga, bagaimana Abil belajar mewarna dengan sabar sehingga habis satu gambar sebelum beralih kepada gambar yang lain. Bukan senang bagi seorang anak autisme, walaupun mungkin tidak perlu dilatih bagi seorang anak normal.

Selain itu, saya lihat kemajuan dari segi kemahiran mewarna yang tidak seberapa (terkeluar daripada garisan, warna yang tak sekata dan cenderung memilih warna yang sama untuk keseluruhan gambar) kepada tahap mewarna yang agak baik dan cantik.

Kesimpulannya, jangan pandang remeh pada aktiviti mewarna. Ia salah satu cara untuk anak-anak mengembangkan kreativiti mereka, juga latihan ke arah kemahiran motor yang lain (seperti melukis dan menulis).


Make each day your masterpiece.
~John Wooden





Feb 26, 2010

Cuti Maulud

imej google
Telah Terbit bulan purnama,
Cahayanya menyinari kami..
Kau contoh akhlak terpuji,
Wajahmu penyejuk hati...



Bait-bait lagu Rasulullah Junjungan ( dendangan bersama Raihan, Brothers, NowSeeHeart dan Amaluddin) yang kak Dina nyanyikan sejak malam semalam. Sedap lagu ni. Merdu suara ustaz-ustaz yang menyanyi.

Hari ini juga genap 7 tahun umur Abil. Bertubi-tubi kami mencium Abil sejak dia bangun pagi tadi. TukMi, TukAyah, Ayah, kakak, adik dan saya sendiri tak henti-henti mengucapkan 'Happy Birthday' padanya. Kami tahu dia faham walaupun wajahnya seperti tiada perasaan.

Keluarga di USJ pun tak lupa mengirimkan salam peluk cium untuk hero tercinta. Pagi-pagi lagi Maktuk dah kirim sms. Adik saya, Makcik Meem juga sempat berhubung dengan saya. Pendekata, semuanya mengutuskan ucapan kasih sayang yang tidak berbelah bagi dan mendoakan yang terbaik untuk Abil. Amin.

Kami di rumah sepanjang hari, lantaran kelas tuisyen berjalan seperti biasa di sebelah petang dan malam. Cuti Maulud hari ini saya tangguhkan kerana majoriti pelajar akan menghadapi ujian bulanan minggu depan.

Di rumah, inilah antara aktiviti anak-anak.


Abil belajar menulis sambil menyebut ayat 'Hari ini harijadi saya', 'Umur saya 7 tahun'. Kalau setakat suruh dia sebut saja, memang dia tak layan.Diberi pen marker dan disuruh menulis, barula bersemangat dia mengikut.

Kemudian, giliran adik pulak menulis. Kakak pun join sekali. Tak sah kalau tak diberi peluang sama rata pada ketiga-tiga sekali. Ini pula hasil kerja tangan adik hari ini. Comel sesangat...


Mama: Ni apa dek?
Zarif: Ni owang (orang)..

Mama: Ni apa pulak dek??
Zarif: Ni jari...

Hahahahaha....COMEL!





Feb 22, 2010

Let's Jenga!

via google
This is a Jenga. The correct way of playing it is, firstly, by setting up the tower with 3 blocks facing down. Then, u arrange another 3 blocks facing left (on top of the first layer of blocks). This is continued until there are no blocks left. When the tower is complete, the players will take turn to pull a block out and place the block at the top of the tower. This step continues until a player makes the Jenga Tower falls.


via google
We have a set of Jenga blocks at home. But, we play it our way.  hehe



Since Abil likes alphabets and letters so much, he would arrange it according to shapes of the alphabets, A,B,C up to Z. Normally, he would stop after about 10 letters, take a break and then continue again (to finish his 5-10minutes of 'learn thru play' session with mummy). Kak Dina and Zarif would normally build a wall or a building with those blocks.


I let them use the blocks freely. Sometimes I test Abil on his colours and number skills, simply by asking him to group the blocks or count them. We also use it to learn basic shapes like circles, squares, rectangles or oval. As for Kak Dina, she is always happy playing with her two brothers. Amazingly, they can play Jenga Blocks together without fussing about who takes the most blocks or even arguing about which colour they wish to have. They played happily and PEACEfully (perhaps it is because mummy is around, 'supervising' hehe..).

Playing with blocks is NEVER boring and is ALWAYS fun. You can play it differently everytime and it is a GREAT way to let children be creative and practise their motor skills.


For more ideas on children indoor games/activities, click here.



Feb 21, 2010

Jom Origami!

dari google
Saya selalu berangan nak buat sesi origami dengan anak-anak. Sebelum ni ada juga beli buku-buku origami yang simple, siap dengan kertas origami-nya. Setakat ni, kak Dina memang pandai buat sendiri dan dia SANGAT sukakannya. Untuk adik dan Abil, saya masih sempat lagi nak buat bersama-sama. Kena aturkan jugak masa nampaknya.

Origami ni sangat bagus. Kenapa?

@untuk kemahiran motor halus

Tangan dan jari digunakan secara optimum untuk melipat dan membentuk kertas-kertas origami, aktiviti yang sangat bagus untuk meransang perkembangan otak.

@memupuk kreativiti
Daripada hanya sekeping kertas, macam-macam objek boleh dibuat hanya melalui lipatan-lipatan tertentu.Seronok!

@belajar mengikut arahan
Instructions (arahan) yang diberikan di dalam buku perlu diikut sepenuhnya untuk mendapat bentuk objek yang diinginkan. Kadang-kadang, sukar juga mengikut arahan-arahan lipatan melalui gambar. Tapi sekarang, di YouTube pun ada banyak klip-klip membuat origami (lebih senang nak ikut).

@belajar bekerjasama dan tolong menolong
Kadang-kadang, ada lipatan yang kurang menjadi atau tak betul. Bila buat origami beramai-ramai, bolehla mintak tolong yang lain untuk ajar cara yang betul dan sama-sama buat hingga menjadi.

dari google




I hear and I forget,
I see and I remember,
I do and I understand.

~Chinese Proverb


Feb 17, 2010

Gunting Rambut DIY

imej google
Berlalu sudah 5 hari cuti CNY (Chinese New Year).
imej google

Kembalinya kami ke rumah tengahari tadi, saya dan suami bergilir-gilir meng-qada' tidur. Penat memandu + penat mengemas rumah + 'blues' balik rumah hehehe. Di sebelah petang, saya pun mulakan aktiviti menggunting rambut kakak dan Abil.

Rambut Abil agak senang digunting. Saya yang 'buta gunting rambut' ni pun boleh buat. Susah juga bila Abil takut pada shaver, bahagian sideburn dan belakang tengkuk hanya dapat saya nipiskan saja. Untuk menggunting rambutnya, harus pandai melekakannya dan menggunting dengan CEPAT.

Setakat ni, memang belum pernah lagi Abil bergunting di kedai. Buat masa ini, dia masih belum bersedia. Harus berinya sedikit masa. Lambat laun kena cuba juga ajar Abil ke kedai gunting rambut. Yang susahnya, nak mencari tukang gunting yang memahami dan pandai ambil hati Abil. Kalau tidak, jawabnya sayalah tukang gunting sepanjang hayat..haha.


I did study the art of being a barber because I wanted to figure out what my routine would be. Do you start in the front or back?
Top or bottom? Swivel the chair or walk around?
What I did discover is, there is no such thing as the perfect haircut.

~ Sean Patrick Thomas



Feb 10, 2010

Alice in Wonderland

google image
google image
Alice in Wonderland the movie is coming soon, in March. A very good reason for hubby and I to catch up on our movie date again. The last movie we saw together was New Moon and that was it. Avatar is yet to be watched. Perhaps, we should get a DVD copy and watch it together at home.

The thing is, I am not a good audience when it comes to watching movies at home. Most of the time, I would end up sleeping instead of watching it right till the end. Reason being, I don't normally watch it with my kids, so I usually wait till late hours and by that time my energy and stamina level to stay awake is almost zero.

So, why do i have to wait till midnight before i can watch a movie?? Well, there are less disruptions when they are asleep. It is so difficult to enjoy a good movie when they keep on asking this and that every 5 seconds and not answering their endless questions would be rude. Also, there is always the tendency for them to ask me to get them things they want, one after another, everytime I am 'relaxing'.

I like going for a movie date. With 3 juniors and no maid, finding time to spend together (alone) is hard. But, I am lucky to have my parents-in-law who are kind enough to watch over my kids. This dating habit is rather new. It was not a ritual until my youngest is 3 last year and I am convinced that they can now be left with highly-trustworthy people.


Also, hubby and I are choosy about which film to watch. He is more into sci-fi and action-packed films, while I find them boring and dull. Obviously, I am more into romantic comedy. But, we are both attracted to good films by great directors and actors. Alice in Wonderland is definitely in our list, with Tim Burton as the director and the ever-so-versatile Johnny Depp as the main character. Oh yeah! We did watch Depp's previous film, Charlie and the Chocolate Factory with the kids.

Going to the movies with the children is definitely a different experience. Provided that u choose the movies appropriately, cinematherapy actually brings a lot of positive effects on children, as well as adults.
  • Movies encourage interaction and communication.
  • Movies can enhance learning. We can learn about cultures, historical events and stories.
  • Movies are entertaining and enjoyable. This can stimulate one's emotions and imaginations.
  • Movies creates bonding and brings families together.
For parents, do give extra attention on the movie rating system. As far as possible, avoid violent movies which can lead to bedtime fears, nightmares and negative views of the world.


Movies and Your Mental Health
Movies and Children
Family Movies
Good Movies for Children



So friends, any exciting movie-watching experience to share??.........



Anak Istimewa

dari google
Program Intervensi Awal atau EIP (Early Intervention Program) ialah sejenis program dimana, anak-anak istimewa (merangkumi semua jenis ketidakupayaan termasuk autisme) dibantu untuk belajar pelbagai aspek dalam kehidupan. Objektifnya adalah untuk membantu anak-anak istimewa ini membesar dengan sempurna dan mampu berdikari.

Untuk mencapai objektif EIP dengan berkesan, program EIP harus dimulakan seawal yang boleh. Fokus biasanya diberikan kepada peringkat umur pra-sekolah. EIP yang berkesan adalah program yang dijalankan secara intensif bukan sahaja oleh pakar terapi dan guru-guru pendidikan khas, tetapi juga ibubapa dan ahli keluarga anak-anak khas itu sendiri.



dari google

Mengikut kajian, antara kesan-kesan EIP yang berjaya ialah,
  • keperluan program pendidikan khas untuk anak-anak istimewa semakin berkurangan apabila anak-anak ini meningkat dewasa.
  • carta perkembangan yang tidak begitu jauh ketinggalan berbanding anak normal.
  • dalam sesetengah kes (contohnya, down syndrome dan mild autistic), mereka kelihatan setaraf atau hampir menyaingi pencapaian anak-anak normal yang lain.
dari google
Pada pendapat saya, Sistem pembelajaran di Malaysia masih belum cukup menepati keperluan anak-anak istimewa. Pendidikan khas di Malaysia, walaupun semakin berkembang, masih jauh ketinggalan berbanding negara luar. Mudah-mudahan akan lebih ramai lagi guru-guru mahir dan juga sekolah aliran Pendidikan Khas yang hebat dilahirkan    ( jeles juga tengok Sekolah-sekolah Berprestasi Tinggi).

Aspek-aspek EIP sangat luas. Kesimpulannya, anak-anak istimewa perlu dibantu dengan EIP. Mereka tidak mampu atau 'lambat' belajar sendiri. 

Moralnya, anak-anak yang dilahirkan istimewa atau didiagnosis dengan sebarang keistimewaan haruslah dilibatkan dengan EIP secepat mungkin. Masa yang disia-siakan tanpa EIP akan mengurangkan peluang anak tersebut untuk 'pulih' atau sekurang-kurangnya menjadi individu yang mampu 'berfungsi' dengan baik dan berdiri di atas kaki sendiri.




Every child can learn, just not on the same day, or the same way.
~Goerge Evans




Feb 8, 2010

Festival Layang-layang

Semalam, kami keluar ambil angin sekejap di sebelah petang. Kebetulan ada Festival Layang-layang Antarabangsa di Bandar Dato' Onn.

Tahun-tahun sebelum ni, Festival Layang-layang dibuat di Bukit Layang-layang, Pasir Gudang. Agaknya penganjur nak bertukar angin.

Kami sampai sekitar jam 6, festival-nya dah pun habis. Yang tinggal hanya saki-baki gerai-gerai jualan, khemah-khemah peserta dan orang ramai yang sakan main layang-layang (kebetulan cuaca sangat baik petang semalam).

Rugi pulak rasanya tak bawak layang-layang sendiri. Bising mulut adik Zarif bila tengok macam-macam karektor layang-layang, dari SpongeBob, Ben10 dan juga Dora. Abil pulak menikmati layang-layang dalam diam.

Hehe



Feb 6, 2010

Jom Main Puzzle!

dari google
Petang Jumaat, kebetulan saya tak ada kelas. Sempat la mengajak Abil keluar dari bilik dan buku-bukunya dan terus ke bilik tuisyen. Nampak mood Abil macam ok, tak mengantuk, tak lapar dan tidak juga terlalu penat (sebab dah lebih 2-3 jam balik dari sekolah). Saya pun ambil kesempatan untuk suruh Abil duduk sekejap sambil layan-layan main puzzle.


Dah lama betul Abil tak sentuh puzzle-puzzle tu. Hampir dua tahun dalam simpanan . Masa tu, Abil belum mahir buat yang susah-susah, jadi kebanyakannya yang 12-pieces, ada juga beberapa set yang 40-pieces.

Pelbagai set gambar, daripada ABC, nombor, binatang, makanan, kenderaan, huruf-huruf jawi dan banyak lagi. Ada lebih kurang hampir 20 set semuanya, supaya Abil tak bosan buat puzzle yang sama setiap kali. Ada yang diperbuat daripada kayu, kertas dan juga plastik. Saya beli yang harga ekonomi, kebanyakan bawah RM10. Sekarang banyak yang canggih-canggih, 2-D,3-D pun ada.

Boleh cari di Giant, Carrefour dan Tesco. Toys R Us pun ada, cuma bajet-nya besar sikit. Tapi takpe, 'pelaburan' yang bagus, dengan syarat ia-nya dijaga dan digunakan dengan baik. Sekarang ni, adik Zarif pun suka main puzzle.


Untuk Abil, biasanya saya mulakan dengan puzzle yang senang-senang dulu dan yang gambarnya paling Abil suka. Objektif utama, untuk ajar Abil fokus dan duduk diam untuk tempoh yang disasarkan. Kalau Abil nampak resah dan mula bosan, tak guna dipaksa.B agi 'break' seminit dua kemudian, teruskan lagi sesi bermain puzzle.


Apa yang Abil belajar daripada bermain puzzle??

~ meningkatkan kemahiran motor halus : Belajar memegang kepingan-kepingan puzzle yang secara tak langsung, melatihnya memegang pensel, sudu dan lain-lain dengan betul.

~ belajar bersabar : Belajar kawal emosi, belajar menyiapkan setiap tugasan puzzle sehingga kepingan terakhir. Kata kuncinya, sabar.

~ belajar fokus dan memberi perhatian : Latihan yang bagus untuk anak hiperaktif. Bukan mudah untuk menarik perhatian mereka. Kena sentiasa kreatif, sistematik dan juga tegas supaya mereka boleh bekerjasama dengan baik.
~ berlatih bercakap dan menyebut perkataan : Belajar menyebut setiap perkataan yang tertera pada puzzle, atau mengenal serta menyebut setiap gambar yang ada.


~ Mengenal huruf, nombor, perkataan, warna, bentuk, haiwan, sayur-sayuran dan banyak lagi: Pakej 10 dalam 1, sambil bermain sambil belajar. Seronok dan tidak membosankan.



Feb 4, 2010

TIDAK dan BUKAN

dari google
Sedikit info menarik!



Punca sebenar masih belum dikenalpasti. Masih banyak kontroversi. Yang pasti, perkara-perkara di bawah BUKAN dan TIDAK menyebabkan terjadinya autisme (terjemahan dan ringkasan dari tulisan Lisa Jo Rudy, autism.about.com)

! Autisme tidak berjangkit
Sindrom ini tidak boleh dijangkiti daripada individu lain, sekalipun jika seseorang itu sering mendampingi individu autisme. Kanak-kanak yang normal kadangkala suka meniru tabiat dan perlakuan anak autistik, tetapi mereka TIDAK boleh dan tidak akan menjadi autisme semata-mata kerana perbuatan meniru itu.

! Tantrums bukan punca autisme
Anak yang kuat 'meradang' (selalu emosi) atau kerap melepaskan perasaannya secara keterlaluan tidak akan menjadi autistik hanya kerana perbuatan tersebut. Umum perlu faham bahawa, tantrums yang luar biasa ( kadangkala sehingga ke tahap mencederakan diri sendiri dan lambat reda) adalah ciri-ciri anak autistik tetapi BUKAN penyebabnya.

! Makanan rapu (Junk Food) tidak menyebabkan autisme
Anak istimewa yang mengamalkan diet yang 'ketat' (diet tanpa gluten dan kasein) serta pemakanan yang sihat (mengurangkan makanan rapu yang banyak pewarna, gula dan pengawet) memang banyak menunjukkan kemajuan dan perubahan positif dalam perkembangan mereka. Tetapi, samada diet istimewa ini benar-benar dapat 'menyembuhkan' anak autistik masih belum disahkan.

Secara peribadi, walaupun junk food tidak menyebabkan autisme di kalangan kanak-kanak, amalan pemakanan yang sihat sangat penting, lebih-lebih lagi untuk anak-anak istimewa. Oleh itu, elakkan junk food!

! Kurang perhatian dan kasih sayang daripada Ibubapa
Teori oleh Bruno Bettelheim ini adalah tidak tepat dan salah. Masalah Autisme tidak timbul akibat bad parenting.

! TV bukan penyebab autisme
Masih belum ada bukti kukuh untuk menyokong teori bahawa anak-anak boleh menjadi autistik kerana terlalu banyak menonton TV. Tetapi, sekiranya anak anda didiagnosis sebagai autistik, adalah SANGAT digalakkan untuk mengurangkan waktu mereka di depan TV, sekaligus membanyakkan interaksi di antara mereka dan individu-individu lain di dalam keluarga.

! Autisme bukan kerana radiasi telefon bimbit
Radiasi elektromagnetik daripada telefon bimbit dan rangkaian wi-fi dikatakan boleh menyebabkan autisme. Walaupun radiasi elektomagnetik boleh menjejaskan otak, masih belum ada bukti kukuh yang mengaitkan faktor ini dengan masalah autisme.

! Faktor keadaan keluarga tidak menyebabkan autisme
Ada yang menyalahkan faktor adik-beradik yang ramai, masalah ibubapa(penceraian), kematian di kalangan ahli keluarga, berpindah terlalu kerap dan sebagainya sebagai punca autisme. Realitinya, faktor-faktor di atas boleh mempengaruhi keadaan tumbesaran anak autistik, tetapi ia BUKAN penyebab terjadinya autisme.

! Autisme terjadi bukan berpunca daripada kecederaan fizikal
imej google
Kecederaan fizikal, terutamanya di bahagian kepala boleh menjejaskan fungsi otak (brain damage). Anak-anak yang mempunyai masalah 'kecederaan otak' mungkin mempunyai sedikit persamaan atau ciri-ciri anak autistik. Tetapi, cedera fizikal bukanlah sebab utama timbulnya kecelaruan autisme di kalangan individu.

If you want the children to improve,
let them overhear the nice things you say about them to others.
~ Haim Ginott




Feb 3, 2010

Bangun Pagi

dari google
Bangun pagi memang sangat susah, terutamanya pada hari-hari persekolahan, Isnin hingga Jumaat. Yang peliknya, bila tiba hari minggu, automatik pulak mata boleh celik walaupun tak ada keperluan untuk bangun awal. Mungkin sebab dah jadi rutin.


Ok, bagaimana nak bangun pagi dengan mudah? Untuk orang dewasa, memang la agak 'senang' untuk kita paksa diri sendiri bangun sebab komitmen kerja, hantar anak-anak ke sekolah, sediakan sarapan dan sebagainya. Masalahnya, anak-anak. Apakah cara terbaik untuk mengejutkan anak-anak bangun pagi?

Saya sendiri pun masih mencari-cari formula terbaik untuk kejut anak-anak semua bangun pagi. Menjengah bulan Februari, ada yang sudah mula liat bangun pagi.

Tips Mudah Bangun Pagi (untuk panduan bersama)

# Tidur awal dan Persediaan sebelum Tidur
Ni semua orang pun tauh, betul tak? kalau tidur lewat, jawabnya tak larat nak bangun. Alamatnya jadi zombie...haha

Masalah timbul bila tidur malam anak-anak terganggu i.e. terbangun 2-3 jam tengah malam dan hanya tidur semula menjelang Subuh. Juga, bila masuk tidur selepas jam 10 malam.

Siapkan juga kelengkapan untuk esok pagi, baju sekolah, beg sekolah, stokin dan sebagainya. Bila semua dah ready, insyAllah semuanya akan berjalan lancar di waktu pagi.

# Tidur dengan gembira
Dalam erti kata lain, elakkan konflik sebelum tidur. Kalau anak-anak buat hal sebelum masuk tidur, elakkan memarahi mereka secara melampau. Biasanya, kemarahan kita akan mempengaruhi keadaan tidur mereka, sekaligus keadaan semasa bangun tidur.Kalau ada juga konflik, kena selesaikan segera. Pujuk anak, bermaaf-maafan atau sesi bercerita.

Pastikan anak-anak tidur dalam suasana aman, jauh dari kebisingan. Saya sendiri, kalaupun pasang bacaan Al Quran semasa anak-anak tidur, volume-nya pada takat yang paling minima dan sayup-sayup bunyinya.

#Kejut anak-anak dengan cara berhikmah
Maksudnya, dengan suara yang lembut (bukan suara tinggi), gerakkan mereka dengan sopan (bukan agresif, biasanya gerakkan bahagian kaki) dan ELAKKAN mengetuk pintu bilik mereka dengan keterlaluan .

Saya biasanya kejut anak-anak secara berperingkat. Bila jam loceng dah berbunyi, saya bangun dan bersiap dan kejut anak untuk pertama kali. Kemudian, sebelum keluar sediakan sarapan, saya kejut buat kali kedua. Bila sarapan dah siap dan tiba masa menyiapkan anak, baru saya kejut sehingga mereka bangun.

Bagi yang tidur dengan air-cond, elok juga kalau air-cond di-off kan sebelum mereka dikejut bangun. Bila kurang hawa sejuk, ringan sikit badan nak keluar dari selimut kan?

#Kejut anak-anak dengan cara yang mereka sukai
Kadang-kadang saya kejut mereka sambil menyanyi. Semasa mandi pula, saya urut mereka. Boleh bantu menghilangkan ngantuk.

#Jadikan rutin
Amalan bangun pagi secara sistematik harus dikekalkan setiap hari. Untuk anak-anak autisme, amalan rutin sangat sesuai untuk mereka.

Oh ya! jangan lupa bersarapan, walaupun sekadar sekeping roti dan secawan susu.

Imej google

All happiness depends on a leisurely breakfast.~John Gunther




Feb 1, 2010

Filem

Sebelum ni, saya pernah cerita tentang filem Rain Man(1988), lakonan Dustin Hoffman dan Tom Cruise. Terbaru, filem Bollywood My Name is Khan(2010) lakonan Shah Rukh Khan. Watak SRK di dalam filem ni katanya, sama macam watak Dustin Hoffman (Rain Man) sebagai seorang severe autistic bernama Raymond.

Saya masih belum menonton. Jadi, tak boleh nak komen lakonan Shah Rukh Khan. Apa pun, semestinya unsur-unsur Bollywood banyak ditonjolkan dalam filem ni. Seperti yang diketahui, seorang autistik tidak begitu expressive dan blur (tidak pandai meluahkan perasaan mereka). Dalam filem My Name is Khan, SRK dikisahkan bercinta dengan heroinnya (Kajol, kalau tak silap). Menarik juga nak tengok macamana seorang autistik bercinta. Seorang autistik menari, menyanyi macam selalu (dalam filem Hindustan)? Hmm....menarik.

Saya sibuk google sana sini tentang My Name is Khan (terbaca dalam Bi-Pop), terserempak la pulak dengan banyak lagi filem-filem berkisahkan individu autistik. Antaranya, What's Eating Gilbert Grape(1993). Filem ni sangat best (sebab ada Johnny Depp..hehe). Saya tengok masa zaman universiti dulu. Nak tahu lebih lanjut tentang ceritanya, klik sini Wikipedia. Leonardo DiCaprio yang mainkan watak severe autistic (Arnie). Arnie adalah seorang autistik yang terencat akal.

Masa tengok filem ni, tak tau pun apa-apa pasal autisme dan sebagainya. Yang saya tahu, Arnie ni budak terencat akal dan familinya berusaha keras untuk menjaga Arnie. Dia boleh bercakap walaupun tidak se-sempurna individu normal. LDCaprio dicalonkan untuk Anugerah Oscar buat kali pertama menerusi lakonannya dalam filem ni.

Satu lagi filem, Forrest Gump(1994). Sangat famous filem ni, semua orang pun tau, kan? Dalam filem ni, Forrest Gump (Tom Hanks) adalah seorang terencat akal (Mentally Retarded-MR). Bagaimanapun, dia dikatakan mempunyai sesetengah ciri-ciri autistik seperti sangat clueless dan cara percakapannya yang agak 'luar biasa'.

Ramai juga yang memperdebatkan tentang samada Gump adalah MR atau autistik. Sifatnya yang sangat lurus, jujur dan mudah mempercayai orang lain adalah gambaran sebenar tentang kebanyakan individu autistik dewasa. Majoriti mengatakan Gump adalah MR dan bukan autistik (kerana ciri-ciri autistik yang ada padanya sangat minimal). Rasanya isu yang sama juga boleh dibangkitkan untuk filem What's Eating Gilbert Grape. Apa-apapun, filem Forrest Gump ni sangat tinggi nilai moralnya dan memaparkan bagaimana individu istimewa pun boleh berjaya macam orang lain walaupun menempuh pelbagai kepayahan dan cabaran.


Filem Chocolate (2008) dari Thailand, juga tentang seorang autistik. Menariknya, kali ini, individu autistik yang dipaparkan adalah seorang perempuan, Zen. Saya belum sempat lagi menonton filem ni. Alkisahnya, Zen mempunyai kepakaran luar biasa dalam seni mempertahankan diri (martial arts).

Lain-lain filem tentang autisme, boleh tengok di sini, Autism in the Movies.

#p.s: Semua imej adalah ihsan google.



You have got to keep autistic children engaged with the world.
You cannot let them tune out.

~Temple Grandin