Feb 10, 2010

Anak Istimewa

dari google
Program Intervensi Awal atau EIP (Early Intervention Program) ialah sejenis program dimana, anak-anak istimewa (merangkumi semua jenis ketidakupayaan termasuk autisme) dibantu untuk belajar pelbagai aspek dalam kehidupan. Objektifnya adalah untuk membantu anak-anak istimewa ini membesar dengan sempurna dan mampu berdikari.

Untuk mencapai objektif EIP dengan berkesan, program EIP harus dimulakan seawal yang boleh. Fokus biasanya diberikan kepada peringkat umur pra-sekolah. EIP yang berkesan adalah program yang dijalankan secara intensif bukan sahaja oleh pakar terapi dan guru-guru pendidikan khas, tetapi juga ibubapa dan ahli keluarga anak-anak khas itu sendiri.



dari google

Mengikut kajian, antara kesan-kesan EIP yang berjaya ialah,
  • keperluan program pendidikan khas untuk anak-anak istimewa semakin berkurangan apabila anak-anak ini meningkat dewasa.
  • carta perkembangan yang tidak begitu jauh ketinggalan berbanding anak normal.
  • dalam sesetengah kes (contohnya, down syndrome dan mild autistic), mereka kelihatan setaraf atau hampir menyaingi pencapaian anak-anak normal yang lain.
dari google
Pada pendapat saya, Sistem pembelajaran di Malaysia masih belum cukup menepati keperluan anak-anak istimewa. Pendidikan khas di Malaysia, walaupun semakin berkembang, masih jauh ketinggalan berbanding negara luar. Mudah-mudahan akan lebih ramai lagi guru-guru mahir dan juga sekolah aliran Pendidikan Khas yang hebat dilahirkan    ( jeles juga tengok Sekolah-sekolah Berprestasi Tinggi).

Aspek-aspek EIP sangat luas. Kesimpulannya, anak-anak istimewa perlu dibantu dengan EIP. Mereka tidak mampu atau 'lambat' belajar sendiri. 

Moralnya, anak-anak yang dilahirkan istimewa atau didiagnosis dengan sebarang keistimewaan haruslah dilibatkan dengan EIP secepat mungkin. Masa yang disia-siakan tanpa EIP akan mengurangkan peluang anak tersebut untuk 'pulih' atau sekurang-kurangnya menjadi individu yang mampu 'berfungsi' dengan baik dan berdiri di atas kaki sendiri.




Every child can learn, just not on the same day, or the same way.
~Goerge Evans




No comments: