Feb 3, 2010

Bangun Pagi

dari google
Bangun pagi memang sangat susah, terutamanya pada hari-hari persekolahan, Isnin hingga Jumaat. Yang peliknya, bila tiba hari minggu, automatik pulak mata boleh celik walaupun tak ada keperluan untuk bangun awal. Mungkin sebab dah jadi rutin.


Ok, bagaimana nak bangun pagi dengan mudah? Untuk orang dewasa, memang la agak 'senang' untuk kita paksa diri sendiri bangun sebab komitmen kerja, hantar anak-anak ke sekolah, sediakan sarapan dan sebagainya. Masalahnya, anak-anak. Apakah cara terbaik untuk mengejutkan anak-anak bangun pagi?

Saya sendiri pun masih mencari-cari formula terbaik untuk kejut anak-anak semua bangun pagi. Menjengah bulan Februari, ada yang sudah mula liat bangun pagi.

Tips Mudah Bangun Pagi (untuk panduan bersama)

# Tidur awal dan Persediaan sebelum Tidur
Ni semua orang pun tauh, betul tak? kalau tidur lewat, jawabnya tak larat nak bangun. Alamatnya jadi zombie...haha

Masalah timbul bila tidur malam anak-anak terganggu i.e. terbangun 2-3 jam tengah malam dan hanya tidur semula menjelang Subuh. Juga, bila masuk tidur selepas jam 10 malam.

Siapkan juga kelengkapan untuk esok pagi, baju sekolah, beg sekolah, stokin dan sebagainya. Bila semua dah ready, insyAllah semuanya akan berjalan lancar di waktu pagi.

# Tidur dengan gembira
Dalam erti kata lain, elakkan konflik sebelum tidur. Kalau anak-anak buat hal sebelum masuk tidur, elakkan memarahi mereka secara melampau. Biasanya, kemarahan kita akan mempengaruhi keadaan tidur mereka, sekaligus keadaan semasa bangun tidur.Kalau ada juga konflik, kena selesaikan segera. Pujuk anak, bermaaf-maafan atau sesi bercerita.

Pastikan anak-anak tidur dalam suasana aman, jauh dari kebisingan. Saya sendiri, kalaupun pasang bacaan Al Quran semasa anak-anak tidur, volume-nya pada takat yang paling minima dan sayup-sayup bunyinya.

#Kejut anak-anak dengan cara berhikmah
Maksudnya, dengan suara yang lembut (bukan suara tinggi), gerakkan mereka dengan sopan (bukan agresif, biasanya gerakkan bahagian kaki) dan ELAKKAN mengetuk pintu bilik mereka dengan keterlaluan .

Saya biasanya kejut anak-anak secara berperingkat. Bila jam loceng dah berbunyi, saya bangun dan bersiap dan kejut anak untuk pertama kali. Kemudian, sebelum keluar sediakan sarapan, saya kejut buat kali kedua. Bila sarapan dah siap dan tiba masa menyiapkan anak, baru saya kejut sehingga mereka bangun.

Bagi yang tidur dengan air-cond, elok juga kalau air-cond di-off kan sebelum mereka dikejut bangun. Bila kurang hawa sejuk, ringan sikit badan nak keluar dari selimut kan?

#Kejut anak-anak dengan cara yang mereka sukai
Kadang-kadang saya kejut mereka sambil menyanyi. Semasa mandi pula, saya urut mereka. Boleh bantu menghilangkan ngantuk.

#Jadikan rutin
Amalan bangun pagi secara sistematik harus dikekalkan setiap hari. Untuk anak-anak autisme, amalan rutin sangat sesuai untuk mereka.

Oh ya! jangan lupa bersarapan, walaupun sekadar sekeping roti dan secawan susu.

Imej google

All happiness depends on a leisurely breakfast.~John Gunther




No comments: