Feb 26, 2010

Cuti Maulud

imej google
Telah Terbit bulan purnama,
Cahayanya menyinari kami..
Kau contoh akhlak terpuji,
Wajahmu penyejuk hati...



Bait-bait lagu Rasulullah Junjungan ( dendangan bersama Raihan, Brothers, NowSeeHeart dan Amaluddin) yang kak Dina nyanyikan sejak malam semalam. Sedap lagu ni. Merdu suara ustaz-ustaz yang menyanyi.

Hari ini juga genap 7 tahun umur Abil. Bertubi-tubi kami mencium Abil sejak dia bangun pagi tadi. TukMi, TukAyah, Ayah, kakak, adik dan saya sendiri tak henti-henti mengucapkan 'Happy Birthday' padanya. Kami tahu dia faham walaupun wajahnya seperti tiada perasaan.

Keluarga di USJ pun tak lupa mengirimkan salam peluk cium untuk hero tercinta. Pagi-pagi lagi Maktuk dah kirim sms. Adik saya, Makcik Meem juga sempat berhubung dengan saya. Pendekata, semuanya mengutuskan ucapan kasih sayang yang tidak berbelah bagi dan mendoakan yang terbaik untuk Abil. Amin.

Kami di rumah sepanjang hari, lantaran kelas tuisyen berjalan seperti biasa di sebelah petang dan malam. Cuti Maulud hari ini saya tangguhkan kerana majoriti pelajar akan menghadapi ujian bulanan minggu depan.

Di rumah, inilah antara aktiviti anak-anak.


Abil belajar menulis sambil menyebut ayat 'Hari ini harijadi saya', 'Umur saya 7 tahun'. Kalau setakat suruh dia sebut saja, memang dia tak layan.Diberi pen marker dan disuruh menulis, barula bersemangat dia mengikut.

Kemudian, giliran adik pulak menulis. Kakak pun join sekali. Tak sah kalau tak diberi peluang sama rata pada ketiga-tiga sekali. Ini pula hasil kerja tangan adik hari ini. Comel sesangat...


Mama: Ni apa dek?
Zarif: Ni owang (orang)..

Mama: Ni apa pulak dek??
Zarif: Ni jari...

Hahahahaha....COMEL!





2 comments:

keen said...

kekekke..tu jari alien tu :D

Syahida said...

antara dua, jari alien atau jari hantuuuu....haha