Mar 30, 2010

Cookie Sunday

We made cookies last Sunday! *yeay* Just an instant cookie recipe by NONA.The kids get to play around with the dough, make a mess in the kitchen and feel proud of eating their very own-made cookies.

It would be GREAT if the dough is mixed and made from scratch instead of using the ready-made ingredients. My objective was just to 'kill' my children's boredom and have fun. Hence, the instant recipe. Mission accomplished! :D


The outcome; an almost overbaked cookies...hehe


Enjoy your Sunday!


A Sunday well-spent brings a week of content
~ proverb quotes



Mar 29, 2010

Abil dan Kamus



Satu sikap Abil yang saya sangat suka ialah minatnya pada BUKU. Sebenarnya, ketiga-tiga anak-anak saya sukakan buku. Alhamdulillah. Orang putih kata, 'Lead by Example'. Jadi, kalau ibubapa mahu anak-anak mereka MINAT membaca, kenalah ibubapa sendiri rajin membaca juga, kan??

Berbalik pada kisah Abil, sejak saya simpan siri ensiklopedia-nya , Abil suka menatap kamus dan majalah-majalah saya. Kamus Oxford (bahasa inggeris) tanpa gambar.

Apa yang dia buat dengan kamus tu? Dia akan bulat-bulatkan perkataan-perkataan yang dia berkenan dan kadang-kadang dia tulis abjad-abjad pada mukasurat-mukasurat nya. Saya benarkan Abil conteng kamus?? Yes, sebab saya tahu Abil sangat selesa dengan kamus tu dan setiap kali membelek kamus tu, pastinya ada perkataan-perkataan yang 'diserap' ke dalam peti memorinya.

The word 'impossible' is NOT in my dictionary.
~ Napoleon Bonaparte





Mar 25, 2010

Jom cuci kereta!

Aktiviti ni yang jarang-jarang kami beri peluang pada anak-anak, cuci kereta!

Biasanya, kami hantar kereta-kereta untuk di'mandi'kan di kedai.Faktor kurang rajin dan nak cepat. hehe

Di suatu petang yang aman damai, tiba-tiba encik suami panggil semua kuncu-kuncunya untuk 'mandi'kan Avanza kami (yang sudah agak lama tak mandi...hehe). Apalagi, berebut-rebutla anak-anak saya mengangkat baldi dan ambil kain buruk seorang satu. Ini aksi-aksi mereka.....

Masing-masing sedang G.I.G.I.H....hahaha
Saat yang ditunggu-tunggu....main buih!! yeahhhh......

Khusyuk cuci kereta sebab 'Mr.supervisor ' ada di situ...hehe


Kalau nak tahu, habis sebotol sabun cuci kereta dikerjakan dalam masa 30 minit mencuci tu...haihh....sebab tu tak boleh bagi peluang ni selalu..boleh bankrap. Kali ini, kami layankan. Seronok juga tengok gelagat mereka. 

Priceless!


Mar 24, 2010

Makcik Meem dah Kahwin!!

Salam semua, seminggu saya tidak menulis kerana sibuk dengan urusan perkahwinan adik saya. Alhamdulillah, dah selesai.
Sedikit kisah Abil di celah-celah kesibukan majlis tersebut;

  • Sesi melipat kotak bunga telur: Abil tolong saya membuang kepingan kertas pada lubang-lubang di kotak bunga telur untuk memudahkan proses lipatan. Banyak juga kotak yang berjaya Abil 'lubangkan', lebih kurang 30 kotak kesemuanya. Seronok tengok dia khusyuk buat 'kerja' dan membantu. *Maaf, tiada gambar.
  • Sesi membungkus telur pindang : Abil tolong angkat dan susun goodie bag untuk dimasukkan kotak-kotak telur yang sudah terisi. Abil hanya mahu bekerjasama selama lebih kurang 5 minit dan berjaya susun lebih kurang 10 goodie bag. Oklah tu.
  • Sesi mengemas dan membersihkan dewan: Saya terpaksa bawak Abil ke dewan sebab risau di rumah Maktuk, semua leka dan tiada yang boleh babysit Abil. Sampai di dewan, Abil macam burung yang baru terlepas dari sangkar, seronok betul dia lari sana sini. Mujur la ada nanny2 terhebat, PokTeh Syafiq dan PukSu Syakir.
dari google

  • Majlis pernikahan di masjid: Masjid memang tempat kegemaran Abil. Kenapa?? sebab kawasannya sangat luas dan selesa. Maka, berlarilah Abil macam dalam pertandingan marathon (macam dalam stadium).Waktu upacara nikah jam 10 pagi, masjid lengang kecuali rombongan kami dan beberapa anak yang sedang berlatih mengaji. Tuk Imam pun seperti memahami. Kami (saya, suami dan adik beradik saya) bergilir-gilir mengejar dan mengawasi Abil (macam acara lari berganti-ganti pulak..hehehe). Siap dia naik ke mimbar masjid lagi, mudah-mudahan jadik imam nanti...AMIN.

  • Majlis kenduri di Dewan : Abil hyper tahap maksimum waktu ini. Tugas saya ialah menjaga Abil sepenuh masa, sambil dibantu oleh PokTeh dan PukSu sekali-sekala. Berlari ke seluruh pelusuk dewan. Kadang-kadang ke luar dewan dan berkali-kali 'hilang' untuk beberapa ketika. Aduh..perlu sentiasa dalam keadaan alert dan sabar dengan karenah-nya.
Majlis dah pun tamat. Alhamdulillah :)


Mar 15, 2010

Oh! Telur Pindang

Ini sesi memasak telur pindang dua tahun lepas. Masa tu, kedua-dua mertua saya tolong masakkan untuk sepupu suami. Tahun ini, giliran adik saya(Makcik Meem) pula bertemu jodoh. Sekali lagi, TukMi dan TukAyah buat kerja amal, menyediakan lebih kurang 1200 biji telur pindang . Terima Kasih Daun Keladi !



Ini pembahagian tugas kami;


TukAyah - ketua Tukang Masak merangkap Tuan Director (hehe)TukMi - Penolong ketua Tukang Masak merangkap tukang ketuk lengkuasSuami - tukang angkat telur merangkap kuli (hihi)Saya - tukang amik gambar, tukang repot
Dina, Abil, Zarif - tukang sibuk, tukang buat havoc


Tanpa membuang masa, ini dia aksi-aksi semasa menyediakan 2 periuk gergasi untuk merebus telur. Untuk pengetahuan, tempoh penyediaan hampir 2 jam (tidak termasuk tempoh mencari daun-daun dan bahan-bahan yang diperlukan).
Longgokkan daun-daun: daun Salam, daun Senduduk, daun pandan, daun jambu batu, daun serai (dan serainya), kulit bawang (yes, kulitnya saja), daun lengkuas (dan lengkuasnya). Bahan-bahan lain: garam kasar, kicap pekat, cuka, jintan dan ketumbar.
*kalau ada daun/bahan yang tertinggal, sori ye TukAyah*


Daun-daun dimasukkan secara berlapis-lapis (layer by layer). Kiranya, daun-daun ni jadi alas kepada telur-telur dalam periuk besar tu. Disusun secara bergilir, daun-telur-daun-telur-dan seterusnya. Bukan main campak je ye...



Ini dia rupa telur-telur yang disusun dalam periuk.Comel kan??
Proses menabur jintan oleh TukAyah,
sambil diperhatikan tukang-tukang sibuk..hehe
Adik Zarif terpegun, "ooiiiii...banyaknya" .




Selepas proses menyusun telur dan daun-daunnya selesai, proses terakhir ialah memasukkan kicap,cuka dan garam kasar.
Jangan lupa, bahan PALING penting; AIR (untuk merebus)




Selain jadi tukang sibuk, inilah aktiviti anak-anak saya .
Berpeluh-peluh 2 beradik ni melompat atas tray telur yang dah kosong. Adik Zarif dilarang melompat sebab kaki tak cukup panjang...hehe



Tadi tu naib juara,
ini dia lompatan seorang JUARA...sampai tak nampak kepala.haha

Moral of the story, sambil masak telur pindang, sambil belajar, sambil beriadah dan macam-macam lagi. Yang penting, senang hati! ;D




Mar 14, 2010

Laptop Abil

Hari terakhir persekolahan, sempat saya berjumpa dengan Cikgu S. Alkisahnya, pada hari tersebut, Abil berjaya duduk diam selama 30 minit (rekod paling lama setakat ni) melakukan sesuatu...apa dia??hah....ni dia!


Ia hanya sebuah laptop mainan biasa...tidak terlalu canggih. Terkejut juga saya bila Cikgu S menghulurkan laptop ni sebelum ambil Abil pulang tempoh hari. Selepas lebih kurang 24 jam laptop yang Cikgu S pinjamkan 'bertapa' dalam beg Abil tanpa pengetahuan Cik Dina dan Encik Zarif kita, akhirnya saya keluarkan untuk Abil sebab dah hampir jam12 tengah malam, anak-anak saya masih belum tidur.

Suprisingly, 15 minit pertama...mereka duduk berkerumun dan main sama-sama Alhamdulillah, tak ada insiden berebut-rebut atau bertolak-tolak. 10 minit kemudian....


Tinggal Abil sorang-sorang saja yang mengadap laptop tu, agaknya sebab masing-masing tunggu giliran tak dapat-dapat.Lebih kurang 40 minit Abil main (sambil belajar alphabets dan spelling) dengan laptop tu, saya panggil kakak dan adik pula.

Kakak dan adik main pun tak lama, almaklumla..budak berdua ni dah biasa dengan PC sebenar. Entah sampai jam berapa mereka bermain, saya dah lena dulu Zzzz..




Mar 11, 2010

Homeschool?


Sambil membaca akhbar online, saya terjumpa artikel yang sangat menarik tentang HOMESCHOOL.Saya sebenarnya sudah lama tertarik dengan konsep homeschool ini. Pernah juga mencubanya di rumah semasa Abil berumur 5 tahun. Kenapa saya tertarik ??
  • Waktu itu, sangat susah untuk berjumpa sekolah yang sesuai untuk Abil. Memilih tadika/prasekolah untuk anak istimewa bukan mudah. Tambahan pula, tidak ada satu pun pusat intervensi awal (oleh NASOM) dibuka di sini setakat ini.
  • Saya lihat homeschool sebagai satu konsep menarik untuk mengajar anak-anak mengikut acuan yang kita kehendaki.Bukan mudah untuk melaksanakannya. Tapi tidak mustahil. Perlu ada silibus, perlu ada disiplin, perlu ada jadual dan perancangan, perlu ada sistem dan peralatan-peralatan pembelajaran yang sesuai, walaupun ia-nya berjalan di rumah sendiri. Saya salute Puan Hafiza kerana berjaya melakukannya secara konsisten dan terancang kepada anak-anaknya.
  • Saya juga suka dengan kaedah pembelajaran homeschool yang fleksibel dan menyeronokkan tidak seperti kebanyakan pusat pembelajaran di luar sana yang terlampau akademik dan boring (kecuali beberapa yang menggunakan sistem Montessori dan kaedah 'learn thru play'). Ibubapa boleh memilih atau menyusun silibus yang mereka ingini, atau mengikuti contoh-contoh silibus homeschool yang sedia ada (boleh tanya encik google). Di luar negara, terutamanya di US, homeschool dilaksanakan secara meluas dan sangat memberi manfaat khususnya kepada anak-anak istimewa yang sukar mengikuti pembelajaran di sekolah-sekolah 'main stream'.
  • Saya melihat homeschool sebagai satu peluang untuk 'bonding' dengan anak-anak. Melalui aktiviti-aktiviti seperti story-telling, arts & craft dan aerobics, anak-anak akan berasa sangat seronok kerana dapat melakukannya bersama cikgu kesayangan, tak lain dan tak bukan ibu mereka sendiri.
  • Saya juga nampak manfaat dari segi kos dan kewangan. Kos-kos menyediakan prasarana homeschool untuk anak-anak di rumah sebenarnya jauh lebih murah daripada yuran-yuran tadika/prasekolah di luar. Cuma, homeschooling memerlukan minat, komitmen dan kesungguhan yang tinggi daripada ibubapa.


Memang banyak kelebihan homeschooling ni sebenarnya. Bagaimanapun, amalan ini masih lagi satu 'taboo' bagi kebanyakan rakyat Malaysia dan banyak sekali persepsi negatif dan skeptikal tentang homeschooling. Antaranya;
  • Anak-anak TIDAK bersosial. Sebenarnya tidak, jika ibubapa mengambil langkah bijak dengan melibatkan anak-anak dengan aktiviti sosial seperti lawatan ke playground atau taman, ke masjid atau menghantar anak-anak ke kelas muzik, kelas berenang, kelas melukis dan banyak lagi (takkan semuanya belajar di rumah kan?Lebih baik lagi jika homeschooling dilakukan secara berkumpulan dengan anak-anak jiran, atau rakan ibubapa sendiri.
  • Anak-anak sukar mengambil peperiksaan awam (UPSR, PMR dan SPM) dan juga mendapat pekerjaan apabila dewasa kelak. Sebenarnya, anak-anak yang homeschool boleh menduduki peperiksaan sebagai calon persendirian. Bagaimanapun, langkah ini masih sangat asing di Malaysia, sekaligus mengundang rasa was-was dikalangan ibubapa. Juga, selagi orang ramai tidak menerima homeschool sebagai satu langkah positif membesarkan anak-anak dan dibenarkan(serta diiktiraf) di Malaysia, selagi itulah akan timbul pelbagai macam keraguan tentang-nya dalam pelbagai aspek. Lagipun, di Malaysia, 'paper qualification' dianggap terlalu penting.

Pengalaman saya melaksanakan homeschool secara ringkas dalam tempoh yang singkat suatu waktu dulu masih saya ingat. Kelam kabut juga menyediakan flash cards, poster, puzzle dan buku-buku latihan sendiri (ada juga yang dibeli saja). Jadual pun tak begitu teratur dengan kebanyakan aktiviti hanya sekadar tangkap muat saja. Yang pastinya, waktu itu saya rasa sangat enjoy dan puas. Perkembangan Abil juga agak memuaskan sewaktu umurnya 5 tahun.

Bila sudah bertemu dengan sekolah yang sesuai untuk Abil, terus saya melepaskan tugas homeschool secara perlahan-lahan (take-for-granted huhu).




dari google


Mar 9, 2010

My Dina


"This week is First Child Appreciation Week: Post a photo of your oldest child as your profile picture. Let's show how much we appreciate the first born kids in our families for all they go through and all they do!
Copy this and comment with name and age!"



I got this from Facebook. It was on a friend's status and I decided to share it.

We are not the bestest friend at home. Why ? 

Personally, she always get the most scolding (simply because we expect high of her though she's only 9), she is constantly required to watch over her little brothers (especially Abil) and everytime there is a fight between her and the other two heroes, we always ask her to 'back off' and give way to her brothers. Also, whenever there are incidents involving the children, she always get the blame even when it was not actually her fault (yes, because she's the ELDEST).

When I look into the mirror, I actually 'see' my daughter. Yes, she is my MINI version. Physical wise, she resembles most of her father's cute features (I have to admit that I sometimes feel a bit irritated when people say that she looks exactly like daddy but hey, as much as I hated it...the bottom line is, she's one cute lady and she's MY daughter).

Personality wise, her impatience and highly sensitive emotions are actually inherited from no other than her own mother....yes, that's me! So, whenever she gets scolded (be it from me, daddy or others), I actually feel sorry for her. I also pity her for the GREAT responsibility that she carries, being a sister to an autistic brother. FYI, being a sister to an autistic siblings is just as difficult and as challenging as being a mother to an autistic child.

It is NOT easy (for a young child) to accept the fact that the mummy cannot give them ALL the attention they demanded because she has to attend more to their special-needs brother. It is also NOT easy for them to know that the parents must always give their utmost priority to the special-needs sibling. It is even more difficult for them to understand that their 'special' sibling cannot play/communicate with them as normal kids do.

Nonetheless, Kak Dina has grown far beyond her real age. I RESPECT her maturity and her acceptance towards her brother. She is always there for Abil all these years (though it was hard for her when she was younger) and I hope that she ALWAYS will.Ameen.



Mar 6, 2010

Jom Main PlayDoh!

OK. Sesi melayan anak-anak bermain playdoh. Home-made playdoh.

Dah lama dan selalu juga saya simpan resepi home-made playdoh ni. Playdoh edible, boleh dimakan jika mahu. Tapi, saya beberapa kali berpesan pada anak-anak . Playdoh kita untuk diuli, dimainkan. Bukan untuk dimakan. Kenapa buat playdoh sendiri? Firstly, PlayDoh buatan sendiri lebih ekonomi. Kalau nak beli, sebekas saja tak cukup.Minima pun kena beli 2-3 bekas yang berlainan warna. Selalunya, sekali main saja, playdoh yang berwarna warni dan cantik tu semuanya sudah jadi 'belacan' sebab dicampurkan dan diuli bersama-sama. Playdoh sendiri lebih selamat dan tidak ada bahan toksin atau beracun, Yang banyak dijual di pasaran telah dicampurkan pengawet dan pewarna yang berlebihan (terutamanya yang tidak berjenama dan murah harganya).

Ya, playdoh buatan sendiri hanya tahan 2-3 hari sahaja (dibalut dengan plastik dan disimpan di dalam peti sejuk selepas main). Tapi, anak-anak pun biasanya sakan main sehari dua saja. Lepas tu, pasti playdoh dilupakan buat sementara hingga ia-nya disebut-sebut kembali selepas beberapa ketika. So, boleh buat dalam adunan kecil saja mengikut keperluan. Kemudian, bila mahu main lagi, boleh buat adunan baru.

Bahan-bahan home-made playdoh:-
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan air suam

2 sudu teh krim tartar

1 sudu teh minyak
1/4 cawan garam
sedikit pewarna makanan



Resepi ni hanya panduan saja. Semasa menguli, boleh tambah tepung supaya adunan lebih keras dan pejal.Tambah minyak supaya tekstur playdoh lebih licin dan kemas. Sangat mudah dan menyeronokkan. Ini sesi bermain playdoh kami....yeay!!



Moralnya, kena main playdoh selalu. Kenapa? Kak Dina tak habis-habis cakap, "Best la ma, best-nya..." . Abil pulak berjaya duduk bermain dengan leka untuk jangkamasa 10 minit, dia lari sekejap kemudian, datang semula untuk 10 minit lagi (seronoknya saya tengok!). Adik pulak enjoy betul menguli dengan kakak dan bermain selama sejam (distraction yang sangat bagus sementara saya selesaikan kerja-kerja rumah. hehe)



Children's games are hardly games.
Children are never more serious than when they play.
~Montaigne



Mar 1, 2010

Happy Sunday!


It was indeed a very HAPPY Sunday yesterday....We had a small private birthday celebration for Abil (his birthday was actually last Friday, 26th February). Nothing lavish and extravaganza, just a simple cake-cutting ceremony and a special meal prepared by our beloved TukAyah and TukMi.

I rarely organise BIG parties for my children. But this does NOT mean that I totally ignore their special day. Without fail, we celebrate the birthdays of our children every year but in a very simple, private ceremony, surrounded by the loved ones. Apart from the private party, I would normally prepare food and goodie bags for their schoolmates. So, kak Dina and Abil would normally have celebrations with their friends in school (and yes, they like it very very much). As for Zarif, his birthdays for the last 3 years were celebrated by family members and my tuition students(last year). This year, there is gonna be a wonderful mini celebration for his 'mini' friends in his kindy.
Goodie bag for Abil's special friends


60 packs ready to go! :D


So, why is it IMPORTANT to celebrate our child's birthday?? Well, it simply shows them how S.P.E.C.I.A.L they are! Celebrating birthdays is also one of the very 'little' ways to express our love and appreciation for our children. When our children feel SPECIAL and LOVED, they will become a more confident person.

I hope my special Abil would grow up to be a very confident person. I wish him all the GREATness in life and I hope to have more birthdays celebration together in future, Ameen.

Whatever with the past has gone, the BEST is always yet to come.
~Lucy Larcom