Mar 24, 2010

Makcik Meem dah Kahwin!!

Salam semua, seminggu saya tidak menulis kerana sibuk dengan urusan perkahwinan adik saya. Alhamdulillah, dah selesai.
Sedikit kisah Abil di celah-celah kesibukan majlis tersebut;

  • Sesi melipat kotak bunga telur: Abil tolong saya membuang kepingan kertas pada lubang-lubang di kotak bunga telur untuk memudahkan proses lipatan. Banyak juga kotak yang berjaya Abil 'lubangkan', lebih kurang 30 kotak kesemuanya. Seronok tengok dia khusyuk buat 'kerja' dan membantu. *Maaf, tiada gambar.
  • Sesi membungkus telur pindang : Abil tolong angkat dan susun goodie bag untuk dimasukkan kotak-kotak telur yang sudah terisi. Abil hanya mahu bekerjasama selama lebih kurang 5 minit dan berjaya susun lebih kurang 10 goodie bag. Oklah tu.
  • Sesi mengemas dan membersihkan dewan: Saya terpaksa bawak Abil ke dewan sebab risau di rumah Maktuk, semua leka dan tiada yang boleh babysit Abil. Sampai di dewan, Abil macam burung yang baru terlepas dari sangkar, seronok betul dia lari sana sini. Mujur la ada nanny2 terhebat, PokTeh Syafiq dan PukSu Syakir.
dari google

  • Majlis pernikahan di masjid: Masjid memang tempat kegemaran Abil. Kenapa?? sebab kawasannya sangat luas dan selesa. Maka, berlarilah Abil macam dalam pertandingan marathon (macam dalam stadium).Waktu upacara nikah jam 10 pagi, masjid lengang kecuali rombongan kami dan beberapa anak yang sedang berlatih mengaji. Tuk Imam pun seperti memahami. Kami (saya, suami dan adik beradik saya) bergilir-gilir mengejar dan mengawasi Abil (macam acara lari berganti-ganti pulak..hehehe). Siap dia naik ke mimbar masjid lagi, mudah-mudahan jadik imam nanti...AMIN.

  • Majlis kenduri di Dewan : Abil hyper tahap maksimum waktu ini. Tugas saya ialah menjaga Abil sepenuh masa, sambil dibantu oleh PokTeh dan PukSu sekali-sekala. Berlari ke seluruh pelusuk dewan. Kadang-kadang ke luar dewan dan berkali-kali 'hilang' untuk beberapa ketika. Aduh..perlu sentiasa dalam keadaan alert dan sabar dengan karenah-nya.
Majlis dah pun tamat. Alhamdulillah :)


4 comments:

YatieJay said...

Oooo..bizi dgn majlis kawin rupanya. Baru teringat pasal entry telur pindang tu!

Mana gambar pengantin? Kepoh nya si yatie ni....hehee....

kawie2020 said...

cam sedap jer telur pindang tuh.. hehehehe...

abil kene minum air putih banyak2 tau...

salam singgah...

PPKI SK Taman Bunga Raya 1 said...

pandai abil susun bungkusan tuh...

nasib baik abil ada ramai nanny yer... baik sungguh mereka tuh kan...

Syahida said...

salam...

cik yatie kepoh-->hehe..jgn marah ya! kita pon geng kepoh gaks..gambar pengantin dah ada pun..(selepas edit)..

kawie-->salam singgah..mai la selalu! telur pindang tu memang terbaek!!hehe

PPKI SKTBR1--> mmg saya bernasib baik punya adik beradik yang SANGAT memahami...kalo tak, pengsannnnn!!! :-)