Mar 6, 2010

Jom Main PlayDoh!

OK. Sesi melayan anak-anak bermain playdoh. Home-made playdoh.

Dah lama dan selalu juga saya simpan resepi home-made playdoh ni. Playdoh edible, boleh dimakan jika mahu. Tapi, saya beberapa kali berpesan pada anak-anak . Playdoh kita untuk diuli, dimainkan. Bukan untuk dimakan. Kenapa buat playdoh sendiri? Firstly, PlayDoh buatan sendiri lebih ekonomi. Kalau nak beli, sebekas saja tak cukup.Minima pun kena beli 2-3 bekas yang berlainan warna. Selalunya, sekali main saja, playdoh yang berwarna warni dan cantik tu semuanya sudah jadi 'belacan' sebab dicampurkan dan diuli bersama-sama. Playdoh sendiri lebih selamat dan tidak ada bahan toksin atau beracun, Yang banyak dijual di pasaran telah dicampurkan pengawet dan pewarna yang berlebihan (terutamanya yang tidak berjenama dan murah harganya).

Ya, playdoh buatan sendiri hanya tahan 2-3 hari sahaja (dibalut dengan plastik dan disimpan di dalam peti sejuk selepas main). Tapi, anak-anak pun biasanya sakan main sehari dua saja. Lepas tu, pasti playdoh dilupakan buat sementara hingga ia-nya disebut-sebut kembali selepas beberapa ketika. So, boleh buat dalam adunan kecil saja mengikut keperluan. Kemudian, bila mahu main lagi, boleh buat adunan baru.

Bahan-bahan home-made playdoh:-
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan air suam

2 sudu teh krim tartar

1 sudu teh minyak
1/4 cawan garam
sedikit pewarna makanan



Resepi ni hanya panduan saja. Semasa menguli, boleh tambah tepung supaya adunan lebih keras dan pejal.Tambah minyak supaya tekstur playdoh lebih licin dan kemas. Sangat mudah dan menyeronokkan. Ini sesi bermain playdoh kami....yeay!!



Moralnya, kena main playdoh selalu. Kenapa? Kak Dina tak habis-habis cakap, "Best la ma, best-nya..." . Abil pulak berjaya duduk bermain dengan leka untuk jangkamasa 10 minit, dia lari sekejap kemudian, datang semula untuk 10 minit lagi (seronoknya saya tengok!). Adik pulak enjoy betul menguli dengan kakak dan bermain selama sejam (distraction yang sangat bagus sementara saya selesaikan kerja-kerja rumah. hehe)



Children's games are hardly games.
Children are never more serious than when they play.
~Montaigne



9 comments:

PPKI SK Taman Bunga Raya 1 said...

salam mesra mama..

saya singgah dari blog mak engku...

memang seronok buat playdoh sendiri nih... pastu main ngan anak2 plak...

kami pernah buat sendiri dan main kat sekolah dengan anak2...

anak2 pun excited bila lihat cikgu2 dok buat doh ni.. hehehhehehe...

cukup terhiburkan...

YatieJay said...

Kreatifnya! Tak terfikir yg kita boleh buat playdoh sendiri....bolehla yatie cilok idea syahida ni...hehee....baru 2-3 hari lepas berangan nak beli Play Doh. Nampaknya cukup sekadar buat sendiri aje. Risiko utk termakan pun takpe!

Syahida said...

PPKI SKTBR1-> ni percubaan kali pertama saya walaupun da lama jmp resepi dan tahu yg playdoh tu bole dibuat sendiri..memang seronok! kna buat selalu...hehe

Yatie-> best tau...cubalah! anak2 pun terasa BANGGA sebab playdoh tu buatan sendiri...tak abis2 depa dok belek2 playdoh tu,suruh simpan pun tak mahu..hehe

maya amir said...

bestnye buat playdoh sendirik..mane tau bleh bt sndirik? good idea:)

Syahida said...

Maya-> kalau google mesti jmp punya la resepi homemade playdoh ni...da lama da tau cuma tak pernah cuba..sekali cuba nak lagiii....hihi

Anonymous said...

+ Wah..... Thanks for the sharing Sheeda... Bley laa buat untuk Nurin... + Along +

Syahida said...

Along-> sharing is caring :-)
buat la untuk nurin, pastu main sama2...terbaekkk!

Zuraini binti Zainal a.k.a Yuyeen said...

best..best..best...
kite pun nak cuba...sian bebudak nie, boring mak dia ngadap pc je...tak tau nak buat aktiviti apa ngan derang....asyik suh belajo je sure depa boring...
ok leh cuba esok...thanks for sharing....
**kasi la lagi idea aktiviti apa lagik nak buat ngan bebudak nie..coti sek dah dekat..ayah dia takmo cotiiii......huhuhu***

Syahida said...

hahaha...Ani, banyak aktiviti sbnarnya...rajin tak rajin jer nak melayannn...nantilah kita usahakan insyAllah!