Mar 15, 2010

Oh! Telur Pindang

Ini sesi memasak telur pindang dua tahun lepas. Masa tu, kedua-dua mertua saya tolong masakkan untuk sepupu suami. Tahun ini, giliran adik saya(Makcik Meem) pula bertemu jodoh. Sekali lagi, TukMi dan TukAyah buat kerja amal, menyediakan lebih kurang 1200 biji telur pindang . Terima Kasih Daun Keladi !



Ini pembahagian tugas kami;


TukAyah - ketua Tukang Masak merangkap Tuan Director (hehe)TukMi - Penolong ketua Tukang Masak merangkap tukang ketuk lengkuasSuami - tukang angkat telur merangkap kuli (hihi)Saya - tukang amik gambar, tukang repot
Dina, Abil, Zarif - tukang sibuk, tukang buat havoc


Tanpa membuang masa, ini dia aksi-aksi semasa menyediakan 2 periuk gergasi untuk merebus telur. Untuk pengetahuan, tempoh penyediaan hampir 2 jam (tidak termasuk tempoh mencari daun-daun dan bahan-bahan yang diperlukan).
Longgokkan daun-daun: daun Salam, daun Senduduk, daun pandan, daun jambu batu, daun serai (dan serainya), kulit bawang (yes, kulitnya saja), daun lengkuas (dan lengkuasnya). Bahan-bahan lain: garam kasar, kicap pekat, cuka, jintan dan ketumbar.
*kalau ada daun/bahan yang tertinggal, sori ye TukAyah*


Daun-daun dimasukkan secara berlapis-lapis (layer by layer). Kiranya, daun-daun ni jadi alas kepada telur-telur dalam periuk besar tu. Disusun secara bergilir, daun-telur-daun-telur-dan seterusnya. Bukan main campak je ye...



Ini dia rupa telur-telur yang disusun dalam periuk.Comel kan??
Proses menabur jintan oleh TukAyah,
sambil diperhatikan tukang-tukang sibuk..hehe
Adik Zarif terpegun, "ooiiiii...banyaknya" .




Selepas proses menyusun telur dan daun-daunnya selesai, proses terakhir ialah memasukkan kicap,cuka dan garam kasar.
Jangan lupa, bahan PALING penting; AIR (untuk merebus)




Selain jadi tukang sibuk, inilah aktiviti anak-anak saya .
Berpeluh-peluh 2 beradik ni melompat atas tray telur yang dah kosong. Adik Zarif dilarang melompat sebab kaki tak cukup panjang...hehe



Tadi tu naib juara,
ini dia lompatan seorang JUARA...sampai tak nampak kepala.haha

Moral of the story, sambil masak telur pindang, sambil belajar, sambil beriadah dan macam-macam lagi. Yang penting, senang hati! ;D




8 comments:

keen said...

haha,seronok giler!!! n ni la 1st time tau in details cmnr wat telur pindang..ingtkan main campak je sumer :P

norhamimah said...

muahahaha...lawak giler aku tgk gmbr abil...gelak sampai kluar air mata!!! :D

Zuraini binti Zainal a.k.a Yuyeen said...

bestnyeee...

mina said...

wahhh..menarik sekali. Makcik memang hantu telur pindang..suka sesangat. Telur pindang ni kalau dibuat sambal tumis, memang power. sodap i tell u Syida...

YatieJay said...

Telur pindang...fav saya!!! Masa dok Penang dulu susah gila nak jumpa (memg takde pun). Bila balik Johor setahun sekali je dpt makan.

Sekarang dah dok johor, agak2 teringin je carik kat terminal larkin...hehee....Lagi best bila musim mengawan tiba!

Syahida said...

keen--> tau takpe...time ko kawen sok, bole try buat sendiri..hehe

meem--->kalo ko tgk LIVE, mau terguling2 ko gelakkk...kitorang ni macam nak pecah perot! :D

ani-->sekali sekala ada agenda gini, memang BEST!!

makcik-->saya x pernah try buat sambal tumis tapi saya boleh bayangkan keSEDAPan-nya...aduihh...meleleh air liur dibuatnya... :-)

yatie--> time musim mengawan, mmg sakan la makan telur pindang di Johor...sekali sekala dapat makan tu yang lagi NIKMAT! hehe..biasa juga nmpak org berjual di larkin tu, tapi tak pernah cuba...

ja amran said...

aku tak minat telur ni... mak aku suka sgt sebab dia org johor :D aku lebih kut kelantan eheheh...

Syahida said...

Ja, biasanya memang orang johor je yang suka telur ni...kalo oghang utara, depa panggil telur pindang ni telur busukkk...hahaha