Apr 28, 2010

Bila Abil 'kenal' komputer

Dua hari Abil dan Zarif tak sekolah. Saya 'cuti'kan sebab batuk masih belum sembuh. Alhamdulillah, hari ni Abil dah ke sekolah semula walaupun masih ada saki-baki batuk. Adik Zarif pun akan ke sekolah tengahari ni, semalam beria-ia dia berjanji dengan saya.

Dua hari di rumah, apa aktiviti Abil dan Zarif?

Jom tengok!


Sebelum ni, Abil tak pernah tahu dan tak pernah minat dengan komputer/laptop. Setakat laptop mainan tu ada la. Saya pernah cuba ajarnya menggunakan mouse, tapi tak berjaya. Abil hanya mahu scroll atas dan bawah saja.

Semalam, percubaan saya untuk ajar Abil menggunakan mouse berjaya, melalui website ini 4coloring . Ia hanyalah website biasa, aktiviti mewarna secara online untuk kanak-kanak. Banyak lagi site yang canggih dan lebih menarik. Sengaja saya mulakan dengan yang simple dan mudah dulu.

10-15 minit pertama, Abil nampak stres setiap kali dia gagal menekan mouse pada bahagian pada gambar yang dikehendaki. Saya harus duduk bersamanya untuk pastikan dia boleh buat dengan tenang.

Perlahan-lahan saya tengok Abil makin cekap memilih warna-warna dan sudah boleh mengawal jejarinya pada mouse dengan baik. Misi tercapai. Lepas ni, boleh perkenalkan Abil pada game interaktif yang lebih mencabar dan bermanfaat.


Bila Abil pandai menggunakan komputer, banyak faedahnya.

+ Abil boleh cuba aktiviti baru menggunakan komputer. Saya kasihan juga tengok Abil yang sakan menulis setiap hari. Lama-kelamaan pasti bosan.

+ Komputer boleh bantu Abil untuk belajar fokus dan duduk diam. Dengan game mewarna ni, dia boleh duduk sehingga hampir sejam. Itupun saya terpaksa berhentikan sebab tak mahu dia menatap komputer terlalu lama.


Hasil kerja Abil dan Zarif di komputer.




Apr 27, 2010

Jom ketuk ketampi!

dari google
Saya pernah sebut tentang Superbrain Yoga sebelum ini. Sejak 2-3 hari lepas, saya cuba ajar Abil untuk melakukannya. Pergerakan superbrain yoga atau lebih dikenali sebagai ketuk ketampi, yang dilakukan Abil masih belum sempurna. Setakat ni, Abil hanya mahu melakukannya dalam tempoh tak sampai seminit (lebih kurang 10-15 kali ketuk ketampi). Ok, jom tengok aksinya bersama Zarif.


Walaupun pergerakan ini sebenarnya telah lama diketahui dan dilakukan (seringkali sebagai hukuman/denda, betul tak?), kebaikan dan rasional yang tersembunyi di sebalik senama superbrain yoga ini baru saja 'dibongkar' sejak kebelakangan ini. Dengarnya, di US, ia sedang dipraktikkan secara meluas oleh para pakar terapi, doktor dan para guru.

Senaman ini telah terbukti berjaya membaikpulih kesihatan otak dan SANGAT bermanfaat untuk golongan berusia dan mereka yang bermasalah pembelajaran seperti ADHD (hiperaktif), Dyslexia, Autisme dan lain-lain masalah berkaitan otak. Pendekata, ia sesuai untuk semua golongan dan peringkat umur.


Cara-cara yang betul untuk superbrain yoga:
  • Dilakukan sekurang-kurangnya 3 minit sehari.
  • Pergerakan ke bawah (turun mencangkung) sambil menarik nafas (inhale).
  • Pergerakan ke atas (berdiri dari posisi mencangkung) sambil menghembus nafas (exhale).
  • Tangan kanan memegang cuping telinga kiri, tangan kiri pula memegang cuping telinga kanan.
Katanya, apabila kita memegang cuping telinga kiri, sel-sel otak di sebelah kanan akan diaktifkan. Begitu juga sebaliknya, cuping telinga kanan dipegang untuk mengaktifkan sel-sel otak di sebelah kiri.

Saya rasa semua patut mencuba senaman ini dan melakukannya secara berterusan setiap hari. Kesannya mungkin akan kelihatan hanya selepas beberapa minggu atau bulan.Jika anda mempunyai anak-anak istimewa atau bermasalah pembelajaran (lambat/tidak boleh fokus/dsb), jom cuba!

Ianya PERCUMA (tidak melibatkan sebarang kos/bayaran), tidak memudaratkan, mudah dilakukan dan tiada kesan sampingan.Iklan, hehe. Saya sendiri sedang dalam proses mengajar Abil teknik yang betul. Fuhh berpeluh-peluh..




Apr 26, 2010

Jom Walkathon!

dari google
Walkathon anjuran Persatuan Kanak-kanak Spastik JB. Batuk Abil dan Zarif masih belum reda. Abil juga demam pada malam sebelumnya. Bagaimanapun, melihat TukMi dan TukAyah (ibubapa mertua saya) yang sama-sama bersemangat untuk larian amal ini, saya terus kejut semua anak-anak dan suami .

Acara ini lebih 'happening' daripada Autism Walk anjuran ICSA minggu lalu. Sayangnya, adik-adik saya yang 'happening' tiada bersama.Yang penting niat untuk memberi sokongan tercapai. Oleh kerana anak-anak kurang sihat, kami tidak berjalan kali ni, sekadar terlibat dengan acara senamrobik-nya.SANGAT best! Bukan setakat keluar peluh, stres pun hilang.

Walaupun publisiti untuk acara ini tidak meluas, masih ramai yang hadir memberi sokongan dan sumbangan. Ada wakil dari kelas-kelas pendidikan khas dari beberapa sekolah menengah, wakil-wakil daripada persatuan-persatuan OKU lain dan juga orang awam.

Insaf bila melihat anak-anak dan individu Istimewa.Inisiatif mereka untuk terlibat sama sangat dipuji. Saya 'tabik' pada kegigihan ahli keluarga, khususnya ibubapa serta guru-guru dan penjaga yang mengasuh dan mendidik mereka saban hari.


ok.sekarang boleh layan gambar-gambar.....





Kak Dina dan Kasut Pink

Kak Dina memang SANGAT suka pink.


Kasut lama kak Dina...sudah semestinya pink colour...hehe


Ini kasut baru kak Dina.Merah & hitam. No more pink!

Kaki kak Dina melecet lepas Autism Walk dua minggu lepas..Kasihan. Kasut bubblegummers pink tu dah ketat. Sebelum acara walkathon bersama Persatuan Spastik JB, saya belikan kak Dina kasut sukan baru.

Kakak pilih sendiri kasut tu. Cantik tapi dia masih teringat-ingat sepasang kasut pink di kedai tadi. Hmmm...



Apr 24, 2010

Batuk Oh! Batuk

imej google
Hari ni hari Sabtu. Esok hari Ahad.

Kalau ikut perancangan, esok kami sekeluarga nak berjalan ramai-ramai sekali lagi. Kali ni, sebagai memberi sokongan kepada Persatuan Spastik Johor. Kebetulan saya ternampak banner-nya berdekatan dengan sekolah kak Dina. Terus saya bertanya dan dapatkan borang pendaftaran.

Yang saya risaukan, keadaan Abil dan adik Zarif yang batuk. Semuanya bermula dua hari lepas, bila masing-masing mula bersin-bersin dan berhingus. Sesi terapi mingguan Abil pagi tadi pun terpaksa ditangguhkan sebab Abil kurang sihat.



Bila Abil batuk, dia harus diberikan ventolin(puff). Gambar-gambar ihsan encik google. Puff ni tak boleh diberikan sebarangan, perlu diberikan atas nasihat doktor.

Di peringkat awal, sangat susah memberi Abil Ventolin. Selepas hampir 20 kali 'pakai', barulah Abil boleh 'menyedut' puff ni dengan senang dan tenang.


Biasanya, Abil diberikan ventolin bila batuknya kelihatan agak 'kritikal' i.e. kedengaran agak berkahak dan batuk yang kerap. Dosnya pun perlu dikurangkan secara perlahan-lahan sehinggalah batuk benar-benar sudah hilang.

Katanya, madu dan lemon juga penawar batuk. Lain-lain penawar batuk? klik sini.

Harap-harap batuk Abil dan Zarif tak serius dan cepat sembuh. Kalau tidak, nampaknya esok kami jadi penonton saja, sekadar hadir memberi sokongan dan 'melepaskan' peserta-peserta larian amal di tapak permulaan.Kita tunggu dan lihat.



Apr 22, 2010

Abil loves spinning!!

google image

So, this is a front loading washing machine. A normal and regular washing machine. However, Abil is somehow fascinated by it.Why? it spins. Autism and spinning are very synonym.They can sit and watch spinning objects for hours. This is called 'visual stimming' i.e. a stress-relief action which brings pleasure and relaxation to person with autism.

Is it (watching spinning things for hours) bad? Well, it depends. While there are arguments saying that looking at spinning objects actually serves a purpose ( a way of rebuilding some loose connections in the brain), allowing it to happen extensively may lead to a serious case of self-withdrawal.


OK, these are pictures of Abil with his favourite washing machine at my sister's house. He is so amazed by the machine. He watched the machine works as if he was watching a movie. It might even be a cinematherapy to him...haha. You can also see Zarif 'joining' him, maybe Zarif was also curious and he wanted to see what Abil was actually looking at, in the washing machine.


I think I want one of these too. They make washing easy peasy! :)


Kisah Kerusi Tayar

Kerusi tayar?? Bukan kerusi tayar TAPI kerusi roda. Ni semua ngomel kak dina. Bunyinya lain. Maknanya sama. hehe

ok. Anak-anak saya cukup suka 'main' kerusi tayar ni. Kerusi tayar ni sebenarnya kepunyaan nenek (Tuk saya).Bukan main sakan lagi, terutamanya Abil. Macam-macam gaya, macam-macam aksi. Harap maaf, gambar kurang berkualiti.



Fuhh..kepenatan, selepas SEJAM bermain kerusi tayar...hehe


About Carly Fleischmann

dari google
Carly Fleischmann, a teenage girl with severe autism. She is a non-verbal, who has successfully found a way of expressing herself merely by learning to type using the computer keyboard. I made an entry of her before. She also has her own Facebook account. Recently, she wrote this on her status;


"When you first were explained about autism what was your thoughts and have they changed? and if yes why?"


She received a whole lot of responses some of her followers (FYI, she has about 4000+ followers on FB). Many of the answers are interesting, some responses got me inspired and some are rather similar to mine. So, i thought of 'sharing' some of those views with you...


Lisa Aspenleiter Donigian-> Many years ago I thought people with autism lived in their own worlds in their heads. Later, as I worked with autistic children, I found that to be true, but they were so much more as well, including loveable and deserving.

Since I heard about you, and from you,I have a whole new outlook. While autism certainly varies from person to person, I now think of each non-verbal, self-stimming child I meet as possibly having a "Carly" within them, and I treat them differently, like I expect them to understand me. I'm more personal with them, just in case. YOU have made a huge difference in the way many people see autism, and I for one am always sharing your story.


Kari Brady Dauer Hewitt-> I never knew what autism was until I had children of my own. I never thought about it as a disability, just a condition. Now that my kids are grown, and I have had an opportunity to experience more, and meet more people, I think that Autism is, like any other characteristic, makes each of us unique. In some social circles, people can't even utter the word, speaking of it as if it were a death sentence.

Carly, you are helping to illuminate what people need to see...that having autism is not BEING AUTISTIC. You are incredible, with or without any disorder, or syndrome, or other classification.

Marsha Todd-> I had hopes and dreams that we caught it early at the age of 2 and that we could work really hard with him and he could get to the point that at age 5 he could start kindergarten with a typical class. At that time he was very quiet and mellow. At the age of 4 he began to get aggressive, still non-verbal and not potty training. I knew then that my dream of him being in a typical classroom with typical peers was not going to come true.

At the age of 5 he began to be a very hyper, overactive, sensory seeking little guy. My once quiet, calm child was now a totally different child. Since the age of 4 and 5 he has had a terrible time with school and social situations. I never thought my child would have to be on medications for autism, but is now on 3 and has tried many others. He needs medication, but it still doesn't work the way it should. He is such a sweet, loving kid and I just want him to be able to function in our world and for others to accept him for who he is. I will always love him and strive to have him be the best that he can be! Luke is a sweet boy!

Cathy Martinez-> My first thought was fear. I didn't know that much about it but I knew it was lifelong. I was afraid for my son and for our family and how this would affect us. I'm no longer afraid of autism but about other people's reaction to my son and how they will treat him.

My thoughts are much different now about autism. I respect my son for everything he does and how challenging tasks are for him. It has brought our family closer together and made us stronger.

Michelle Butson-> When my sister mentioned "Autism" about my 20 mth old, my thoughts were of someone completely lost in their own world with no comunication and not being able to love life. I am so glad I was wrong, After a lot of worry and confusion my son was diagnosed with mild ASD, He is now 6 and attends regular school he is bright and loving and has friends, also he has meltdowns, frustrations and cries but is learning better to deal with these.

My son has good speech and imagination and I just love the way he sees the world differently, I love his honesty and I love that he loves life. Some traits of Autism can be very positive better than our ordinary lives and my son mostly makes my days brighter.




There were 40 comments altogether. Of all, I really like this one............

Becky Miller Jacobson-> You just have to find the key to unlock their door. When you do, a treasure will be revealed.



Have a GOOD day, everyone!


Apr 19, 2010

Cuti-cuti Hujung Minggu



AUTISM WALK 2010, anjuran Interact Club, SMK(P) Sri Aman, PJ. Kali pertama kami menyertai aktiviti seumpama ini dan insyAllah, akan ada lebih banyak lagi agenda serupa di masa akan datang. Tidak segah yang diharapkan tetapi tetap meriah.





10 markah-> untuk penganjur atas usaha murni mewujudkan kesedaran tentang Autisme.

5 markah -> untuk penganjur kerana objektif di atas tidak tercapai sepenuhnya.

5 markah-> untuk kelancaran acara, mungkin juga kerana ia usaha kali pertama dan hampir keseluruhan projek dijalankan oleh murid-murid sekolah.

Sayang sekali kelibat NASOM dan kanak-kanak autistik tidak kelihatan, kecuali hanya beberapa orang (boleh dikira dengan jari).

10 markah->untuk keluarga saya yang hadir memberi sokongan.




Yang menarik,

~kerana cuaca pagi yang agak panas, selain jarak perjalanan yang agak jauh (walaupun diberitahu sekadar 2km), kami dudukkan Abil dalam stroller untuk memastikan dia selesa.

~Adik Zarif terpaksa didukung dan dipayungkan sepanjang perjalanan. Stroller tak cukup (cuma bawak satu).

~Kami berjalan di celah-celah bangunan kedai, kilang-kilang, pejabat dan jalanraya PJ yang sangat sibuk.Terima kasih encik polis trafik.

~Kak Dina sibuk mengutip belon-belon yang berteraburan sepanjang perjalanan.

~Rasanya, kami satu-satunya peserta yang datang sekeluarga (membawa anak-anak kecil).


~Sebelum Walk bermula, Abil sudah memulakan sesi warm-up dengan berlari keliling padang...*seperti biasa*




Apr 15, 2010

Abil loves to write!

imej google

So, what's his NEW favourite pastime? He writes, and writes and writes....endlessly. I call it FREE writing. When he writes, i would normally sit with him and read out the words he has written. Sometimes, i took the opportunity to 'test' him by giving him the initial letter and let him fill in the blanks. As far as I can see, he knows and understands each and every single word written. If he feels that I 'talk' too much, he would simply leave and sits elsewhere. He likes writing with a RED pen. "Nak jadi cikgu ni...." said Tukmi.

Most of the words are memorised from his dictionary, flash cards, picture books or even from the television. Yes, he writes AFC (Asian Food Channel) and AXN (he recognised this when daddy watched CSI).

I know that Abil is actually an intelligent child. He also has very good and strong memory. Abil is often underestimated. The truth is, he is brilliant and he 'absorbs' information when we least expect it. He is also an excellent runner and a sprinter-in-the-making.



We love you, Abil!

Abil's FREE writing



Apr 13, 2010

1001 Ragam Tuisyen

imej google
Ahh..sakit kepalaku! Pening melayan karenah murid-murid sekolah rendah. 1001 ragam.

Melayan anak-anak saya sendiri boleh bikin migrain. Inikan pulak anak-anak tuisyen seramai 6 orang yang becok-becok semuanya. Sungguh menguji kesabaran.

OK. Sejak kebelakangan ini, murid tuisyen saya sudah semakin mesra sesama sendiri. Kalau awal-awal dulu, masing-masing malu. Sekarang tidak lagi, disuruh senyap dan tekun menghabiskan tugasan untuk jangkamasa 5 minit pun sangat susahhh....Aduhhhh!

Suara saya pun mula meninggi seminggu dua ni.Sesi 1 jam 15 minit terasa panjang. Bila saya marah, mereka menyengih saja. Langsung tak takut. Kadang-kadang bila dimarah, bersambung-sambung pula mereka menjawab. Grrrr....



Cikgu Syida: Sudahh! Sudah! tak payah berborak pasal hantu, nanti periksa takde
soalan pasal hantu, siapkan kerja cepat!
Murid A: Dia ni cikgu, bising je...
Murid B: Apa pulak aku, kau la....aku tak cakap apa pun...
Murid C: korang la bising, aku baik, aku buat kerja...
Murid D: Kerja aku da siap, aku baguss...
Murid E: Eleh...aku lagi bagus la...aku da lama siappp....
Murid A: Alaa...aku pun tinggal sikit je lagi...
Murid B: Aku lagi dah lama siap, tak bising pun....



dan seterusnya...Tak larat nak tulis. Sampai esok dialog tak habis.

Bayangkan, tempoh 1 jam 15 minit seminggu (untuk 1 subjek) yang diperuntukkan pada saya untuk mengajar anak-anak ini sangat singkat sebenarnya. Apalah sangat yang boleh dibuat kalau asyik berceloteh tak abis-abis.

*salute cikgu-cikgu sekolah yang berhadapan dengan kelas seramai 30-40 orang setiap hari*


He who dares to teach must never cease to LEARN
~ John Cotton Dana


Apr 12, 2010

Kenapa ya?


Setiap kali balik dari kelas Pendidikan khas-nya, Abil mesti nak lalu atas laluan batu ni. Entah kenapa...



Entah kenapa juga, Abil sangat suka merenung poster filem Clash Of The Titans di papan tanda billboard di simpang jalan keluar kampung. Kebetulan ada hentian trafik di situ. Setiap kali berhenti, tak berkelip matanya. Kekadang, dia berbisik...'dinasour' .

imej google


Entah kenapa, Abil sangat suka melihat gambar pemandangan di laptop ayahnya. Bila dibukakan game online untuk kanak-kanak, langsung Abil tak berminat. Diajar pegang mouse, Abil hanya mahu scroll ke atas dan ke bawah. Baginya, menatap gambar-gambar sebegini lebih mengasyikkan.


AUTISM Pictures, Images and Photos
imej google