Apr 2, 2010

Abil dan RM berjuta!

imej google
Semalam, rasa macam dapat RM berjuta! Kenapa?? Ok, begini kisahnya.....

Salah satu target saya tahun ini ialah untuk melatih Abil duduk diam untuk suatu jangkamasa yang agak lama (untuk permulaan, 20-30 minit). Sejak bersekolah (kelas Khas), nampaknya latihan ke arah matlamat tersebut berjaya dilakukan sedikit demi sedikit, walaupun sedikit mencabar. Abil masih hiper tapi kelebihannya ialah, dia BOLEH dan MAMPU mendengar arahan dengan baik (kecuali ketika moodnya terganggu).

Di Happyland, Abil memang sudah BOLEH duduk fokus sehingga 30-40 minit kerana sudah dilatih dengan baik, selain pemerhatian rapi oleh guru. Bilangan murid dalam setiap kumpulan juga tidak ramai.

Di sekolah, keadaan menjadi sedikit berbeza untuk Abil. Daya fokusnya juga agak kurang.

Semalam, sebaik saja saya buka pintu kelas bilik Tuisyen, untuk pelajar Tingkatan 2, terus Abil mengekor masuk dengan buku ABC-nya. Kebetulan, murid tingkatan 2 ni hanya tiga orang saja. Abil yang sedang khusyuk menulis di atas lantai, terus saya panggil duduk di atas kerusi. Hasilnya, 30 minit Abil duduk di situ tanpa menimbulkan sebarang gangguan di dalam kelas. Waktu itu, hanya ada satu perkataan dalam kepala, A.M.A.Z.I.N.G!!


Wahhhh...bangga.. Cukup 30 minit, terus Abil berlari keluar. Dengarnya, dia memecut ke tandas. Agaknya terlalu khusyuk menulis dalam kelas, keinginan ke tandas pun ditahan-tahannya.hehe

Kemajuan yang baik. Harap-harap ia berterusan.




The important thing is not so much that every child should be taught,
as that every child should be given the wish to learn.
~John Lubbock



7 comments:

mella said...

wahh satu pencapaian bagus dr abil.. gud luck boy!! go abil!! make ur mama proud of u!! ;)

CRAZYBEAUTIFUL88 said...

kusyuk nyer dia belajar

norhamimah said...

wahh..memang betul AMAZING!!!!congrats to abil and akak!!!subhanallah...alhamdulillah :)

yunz_02 said...

salam. hi syida..

abil bp thn? it's really amazing.. :)

anyway, i followed u ya.. :)

Syahida said...

mella->thank u very much..yg penting, kna terus train Abil supaya dapat maintain focus tu..hehe

crazybeautiful->bukan senang nak tengok dia khusyuk macam tu tau... tu yang rasa macam dapat duit berjuta tu..hehe

tie->dia dah bersekolah di prasekolah/tadika/montessori (swasta) sejak umur 3 tahun..masuk kelas khas (sek.rendah) baru tahun ni...

yunz-> abil is 7 this year..being autistic, he is MYSTERIOUS yet AMAZING...thx for ur support!

meem-> for someone who have seen how HYPER he is, this is REALLY amazing rite??kagum aku...tu yang siap snap gambo tuh..

Anonymous said...

betul2 berjuta2 nih!! proud to both of u, abil & mama yg tak putus2 berusaha....

(airan)

Syahida said...

thank u auntie airan :-))