Apr 24, 2010

Batuk Oh! Batuk

imej google
Hari ni hari Sabtu. Esok hari Ahad.

Kalau ikut perancangan, esok kami sekeluarga nak berjalan ramai-ramai sekali lagi. Kali ni, sebagai memberi sokongan kepada Persatuan Spastik Johor. Kebetulan saya ternampak banner-nya berdekatan dengan sekolah kak Dina. Terus saya bertanya dan dapatkan borang pendaftaran.

Yang saya risaukan, keadaan Abil dan adik Zarif yang batuk. Semuanya bermula dua hari lepas, bila masing-masing mula bersin-bersin dan berhingus. Sesi terapi mingguan Abil pagi tadi pun terpaksa ditangguhkan sebab Abil kurang sihat.



Bila Abil batuk, dia harus diberikan ventolin(puff). Gambar-gambar ihsan encik google. Puff ni tak boleh diberikan sebarangan, perlu diberikan atas nasihat doktor.

Di peringkat awal, sangat susah memberi Abil Ventolin. Selepas hampir 20 kali 'pakai', barulah Abil boleh 'menyedut' puff ni dengan senang dan tenang.


Biasanya, Abil diberikan ventolin bila batuknya kelihatan agak 'kritikal' i.e. kedengaran agak berkahak dan batuk yang kerap. Dosnya pun perlu dikurangkan secara perlahan-lahan sehinggalah batuk benar-benar sudah hilang.

Katanya, madu dan lemon juga penawar batuk. Lain-lain penawar batuk? klik sini.

Harap-harap batuk Abil dan Zarif tak serius dan cepat sembuh. Kalau tidak, nampaknya esok kami jadi penonton saja, sekadar hadir memberi sokongan dan 'melepaskan' peserta-peserta larian amal di tapak permulaan.Kita tunggu dan lihat.



3 comments:

keen said...

haa,nnt aku upload vid abil ms kat UH dlu

maya amir said...

get well soon to abil & zarif..

Syahida said...

keen->ko simpan lagi vid tu rupanya...

maya->dua2 masih batuk lagi...the good news is walaupun batuk tapi masih LIGAT..so, harap2 batuk akan hilang real soon :-)