Apr 19, 2010

Cuti-cuti Hujung Minggu



AUTISM WALK 2010, anjuran Interact Club, SMK(P) Sri Aman, PJ. Kali pertama kami menyertai aktiviti seumpama ini dan insyAllah, akan ada lebih banyak lagi agenda serupa di masa akan datang. Tidak segah yang diharapkan tetapi tetap meriah.





10 markah-> untuk penganjur atas usaha murni mewujudkan kesedaran tentang Autisme.

5 markah -> untuk penganjur kerana objektif di atas tidak tercapai sepenuhnya.

5 markah-> untuk kelancaran acara, mungkin juga kerana ia usaha kali pertama dan hampir keseluruhan projek dijalankan oleh murid-murid sekolah.

Sayang sekali kelibat NASOM dan kanak-kanak autistik tidak kelihatan, kecuali hanya beberapa orang (boleh dikira dengan jari).

10 markah->untuk keluarga saya yang hadir memberi sokongan.




Yang menarik,

~kerana cuaca pagi yang agak panas, selain jarak perjalanan yang agak jauh (walaupun diberitahu sekadar 2km), kami dudukkan Abil dalam stroller untuk memastikan dia selesa.

~Adik Zarif terpaksa didukung dan dipayungkan sepanjang perjalanan. Stroller tak cukup (cuma bawak satu).

~Kami berjalan di celah-celah bangunan kedai, kilang-kilang, pejabat dan jalanraya PJ yang sangat sibuk.Terima kasih encik polis trafik.

~Kak Dina sibuk mengutip belon-belon yang berteraburan sepanjang perjalanan.

~Rasanya, kami satu-satunya peserta yang datang sekeluarga (membawa anak-anak kecil).


~Sebelum Walk bermula, Abil sudah memulakan sesi warm-up dengan berlari keliling padang...*seperti biasa*




3 comments:

keen said...

yup2..we enjoy it very much, family bonding time :D tepuk tgn tuk diri sendiri!!!

mina said...

Syabas untuk Syida sekeluarga!. keluarga yang patut dicontohi ni. Makcik rasa kagum sangat melihat ketekunan Syida, Iwan, adik-beradik Syida dan anak2 menjayakan acara ni. Masyarakat Malaysia sepatutnya menjadikan keluarga Syida sebagai contoh. Disamping dapat mengeratkan silaturrahim, acara ini juga mendedahkan masyarakat tentang apa itu Autism. Syida tau tak yang Albert Enstein juga golongan Autism. Makcik baru terbaca faktanya semalam.

Syahida said...

keen-> *clap clap clap*

makcik-> yup.saya tau tntg albert einstein tu...kalau tak silap, saya ada buat entry tentang dia (tapi agak ringkas).
terima kasih atas komen makcik. Memang saya pon setuju yang masyarakat Msia patot lebih supportive untuk apa jua acara yang relevan dengan kehidupan mrk.Kami hanya mencuba untuk memberikan yang terbaik untuk ABil dan golongan autistik am-nya.