Apr 8, 2010

ICSA Autism Walk 2010

dari google


Projek amal khas Autisme anjuran Kelab Interact, Sek.Men(P) Sri Aman, PJ yang akal berlangsung lebih kurang 9 hari lagi. Sejak ia-nya dihebahkan sebulan yang lalu, saya simpan hasrat untuk turut serta. Bayaran penyertaan, RM25 seorang. Setiap peserta akan diberikan T-shirt dan belon (yang akan dilepaskan beramai-ramai) dan lain-lain goodies. Jarak perjalanan Autism Walk ini hanya 2km.

Saya merancang untuk pergi sekeluarga dan disertai adik beradik saya. Ini semua masih dalam perancangan. Kalau diizinkan Tuhan, kami akan ke KL untuk acara ni. Setakat ni masih 50-50 lagi, kesihatan encik suai yang masih belum pulih sepenuhnya harus diberi perhatian. Selain itu, gelombang kedua H1N1 yang sudah kembali tidak boleh dipandang ringan.

Bayaran tiket akan didermakan kepada NASOM-Persatuan Autisme Kebangsaan Malaysia).

Jom!


2 comments:

keen said...

yaa...jom2! hrp2 abg iw will get well soon, amin.

Syahida said...

tu la pasal...kalo abg iw still not well, rosak la ana punya program..huhu