Apr 27, 2010

Jom ketuk ketampi!

dari google
Saya pernah sebut tentang Superbrain Yoga sebelum ini. Sejak 2-3 hari lepas, saya cuba ajar Abil untuk melakukannya. Pergerakan superbrain yoga atau lebih dikenali sebagai ketuk ketampi, yang dilakukan Abil masih belum sempurna. Setakat ni, Abil hanya mahu melakukannya dalam tempoh tak sampai seminit (lebih kurang 10-15 kali ketuk ketampi). Ok, jom tengok aksinya bersama Zarif.


Walaupun pergerakan ini sebenarnya telah lama diketahui dan dilakukan (seringkali sebagai hukuman/denda, betul tak?), kebaikan dan rasional yang tersembunyi di sebalik senama superbrain yoga ini baru saja 'dibongkar' sejak kebelakangan ini. Dengarnya, di US, ia sedang dipraktikkan secara meluas oleh para pakar terapi, doktor dan para guru.

Senaman ini telah terbukti berjaya membaikpulih kesihatan otak dan SANGAT bermanfaat untuk golongan berusia dan mereka yang bermasalah pembelajaran seperti ADHD (hiperaktif), Dyslexia, Autisme dan lain-lain masalah berkaitan otak. Pendekata, ia sesuai untuk semua golongan dan peringkat umur.


Cara-cara yang betul untuk superbrain yoga:
  • Dilakukan sekurang-kurangnya 3 minit sehari.
  • Pergerakan ke bawah (turun mencangkung) sambil menarik nafas (inhale).
  • Pergerakan ke atas (berdiri dari posisi mencangkung) sambil menghembus nafas (exhale).
  • Tangan kanan memegang cuping telinga kiri, tangan kiri pula memegang cuping telinga kanan.
Katanya, apabila kita memegang cuping telinga kiri, sel-sel otak di sebelah kanan akan diaktifkan. Begitu juga sebaliknya, cuping telinga kanan dipegang untuk mengaktifkan sel-sel otak di sebelah kiri.

Saya rasa semua patut mencuba senaman ini dan melakukannya secara berterusan setiap hari. Kesannya mungkin akan kelihatan hanya selepas beberapa minggu atau bulan.Jika anda mempunyai anak-anak istimewa atau bermasalah pembelajaran (lambat/tidak boleh fokus/dsb), jom cuba!

Ianya PERCUMA (tidak melibatkan sebarang kos/bayaran), tidak memudaratkan, mudah dilakukan dan tiada kesan sampingan.Iklan, hehe. Saya sendiri sedang dalam proses mengajar Abil teknik yang betul. Fuhh berpeluh-peluh..




3 comments:

keen said...

cute2...nnt blk usj, kte ketuk ketampi reramai same2 ek ;)

Syahida said...

susah weii nak ajar teknik yang betul, esp kat Abil....pegang cuping telinga pun susah, inikan pulak nak ajar tarik & hembus nafas...takpe, takpe...tak bole putus asa...

azzad said...

ada orang kata ketuk ketampi memudaratkan? betul ker?