Apr 8, 2010

Demam?

dari google
Sudah masuk 3 hari encik suami tidak bekerja kerana tak sihat.Bermula dengan cirit-birit. Kemudian demam panas. Selepas itu, muntah-muntah. Masuk hari ketiga, masih belum sihat sepenuhnya. Tapi lebih baik dari sebelumnya. Suhu badan pun masih belum stabil. Sakit kepala masih menyebabkan badannya lemah dan tidak bermaya.

Kenapa kita demam? Info dari sini.

  • Demam adalah satu cara untuk tubuh kita melawan penyakit (salah satu fungsi penting dalam badan).
  • Secara purata, suhu badan yang normal ialah 37 darjah celsius (bergantung kepada umur, keadaan persekitaran dan keadaan fizikal seseorang).
  • Suhu badan meningkat menunjukkan badan sedang mengaktifkan sistem imun untuk menghasilkan sel darah putih, antibodi dan agen-agen lain untuk melawan penyakit.
  • Punca-punca demam; jangkitan kuman, toksin, kanser dan juga sebarang penyakit autoimmune.
  • Juga boleh disebabkan oleh heatstroke, dimana suhu badan meningkat dan menjadi tidak terkawal.
  • Untuk demam yang ringan (suhu tidak terlalu tinggi), hanya perlu minum banyak air dan rehat.
  • Apabila demam, makan ubat untuk mengawal suhu daripada menjadi terlalu tinggi BUKAN untuk menghapuskan demam tersebut secara serta merta.
  • Sekiranya kanak-kanak didapati demam tetapi masih bergerak aktif, bermain dan tidak bermasalah untuk tidur, kemungkinan besar ia-nya hanya demam biasa dan tidak serius.
  • Jika demam berterusan melebihi tiga hari, berjumpalah dengan doktor/pakar kerana demam yang berterusan dan terlalu kuat boleh mengakibatkan kerosakan otak (khususnya di kalangan kanak-kanak). Demam berterusan juga adalah petanda bahawa ia bukan sekadar demam biasa dan memerlukan rawatan rapi.
To wish to be well is a part of becoming well.
~Seneca


5 comments:

keen said...

abg iw jarang sakit, tp skali skala kena mmg teruk kan!

Syahida said...

orang 'rajin' amik vitamins cam tu la...hehe...harap2 hobbit semua terus sihat termasuk la mak-nya sekali..daddy hobbit sakit pon aku da rasa cam patah kaki sebelah...aduihhh

Eleanor said...

great info kak...

Syahida said...

eleanor, thx..sharing is caring :-)

ieda said...

salam kenal kak ..
akak nice info .. saya mohon share info nie di umah saya yer kak :)
thanx kak .. saya taruk link akak jugak ..