Apr 6, 2010

Tentang Sakit

imej google
"Sakit....." adalah antara perkataan baru yang Abil pandai sebut kebelakangan ni. Dulu, kalau sakit, dia hanya mengerang dan menjerit. Alhamdulillah, sejak pandai sebut "sakit...", lebih mudah kami faham masalahnya. Selalunya sambil berkata sakit, Abil akan memegang anggota badan yang dimaksudkannya.

Sekarang ni, musim hujan kembali lagi. Saya suka hujan sebab bila hari panas, teriknya bukan main lagi. Biasanya, musim hujan juga, penyakit mudah melanda. Setakat ni, anak-anak saya masih sihat. Syukur. Cuma kesihatan encik suami sedikit terjejas.

Mulanya diserang cirit birit (mujur takde muntah-muntah), kemudian terus demam panas dan sakit kepala. Kelam kabut saya dibuatnya, selama ni segalanya berjalan lancar dengan adanya 'orang kuat' di sisi. Bila 'orang kuat' sudah sakit, terpaksa semuanya saya uruskan sendiri. Saya harap suami saya cepat sembuh. Amin.

Tips apabila diserang keracunan makanan (cirit birit). Dari google:
  • Elakkan makan sehingga semua sisa keracunan/toksin sudah 'keluar' daripada badan (sehingga cirit birit reda).
  • Minum banyak air (elakkan susu, minum sedikit-sedikit tetapi kerap BUKAN minum banyak sekaligus)
  • Amalkan BRAT diet (Banana, Apple, Rice, Toast) untuk mempercepatkan pengeluaran toksin i.e. 'membersihkan' perut
  • Jangan makan makanan yang sedia tersimpan di dalam peti sejuk (terutamanya kalau tempoh simpanan sudah tidak dapat dipastikan lagi.)
  • Teh lemon boleh membantu mengurangkan sakit perut atau 'cramp'
  • Teh halia dapat melegakan dan melancarkan sistem penghadaman
  • Bila kesihatan semakin pulih, banyakkan makanan-makanan yang kaya zat besi, zink dan vitamin C (buah-buahan, sayur-sayuran).
  • Kalau cirit-birit berterusan melebihi 2 hari, atau demam panas dengan suhu melampau serta sukar untuk minum atau menelan, dinasihatkan berjumpa doktor atau pakar.

Sesungguhnya SIHAT itu satu NIKMAT.

The greatest WEALTH is HEALTH ~ Virgil

4 comments:

yunz_02 said...

good tips! :)

norhamimah said...

get well soon, abg Iw!!!

Anonymous said...

abil akn menyelak kaki seluar dan menggaru betisnya klu digigit nyamuk. smbil menyebut perkataan 'sakit'...

Syahida said...

yunz--> some tips we already know BUT we forget, so it's nice to have it as a reminder :-)
mot-->dah masuk 2 hari beb, mak risauuuu ni...i hope he gets well real soon Amin!
anonymous--> mmg selalu begitu sekarang ni, kena ajar dia sebut lebih spesifik pulak..'sakit kaki, sakit jari, sakit kepala, gatal, dsb..'