May 28, 2010

Jom main blocks!

Main blocks. Saya seronok bila tengok mereka main. Kadang-kadang siap tumpang main sekali. haha

Banyak faedahnya bermain blocks ni......
  • Belajar berkongsi dan bersosial.
  • Mengasah minda dan belajar menjadi kreatif
  • Membaiki koordinasi mata dan tangan mereka (hands-eye coordination). Antara kemahiran penting untuk menulis.
  • Belajar menyelesaikan masalah (problem solving). Contoh; bagaimana menyusun agar blocks lebih mantap dan tidak mudah jatuh.
Untuk info lanjut, sila klik sini.


I tried to teach my child with books, 
he only gave me puzzled looks,
I tried to teach my child with words, 
they passed him by often unheard,
Despairingly, I turned aside; "How shall I teach this child?" I cried,
Into my hand he put the key, 
"Come" he said, "Play with me".
~ Author unknown



May 27, 2010

Darjah 6 yang best!

Saya suka kelas darjah 6 tahun ini. Tahun lepas, muridnya cuma tiga orang. Tahun ni, jumlah pelajarnya meningkat 3x ganda. Alhamdulillah.


Gelagat mereka sentiasa ceria dan menghiburkan. Ada-ada saja lawak spontan.


Minggu lepas, saya buat kuiz sains dan matematik untuk mereka. Bila sebut saja kuiz, memang anak-anak ini cukup teruja dan bersemangat sekali. Pantang disuruh bertanding, memang mereka akan 'berlawan' habis-habisan. Sayangnya tiada hadiah lumayan menanti pemenang.


Learn thru play. Memang sangat berkesan bila buat kuiz. Anak-anak murid tak mengantuk dan letih sepanjang 2 jam belajar.


Untuk memastikan kuiz berjalan dengan adil dan saksama, saya bahagikan mereka sama rata. Setiap kumpulan akan mempunyai 'kekuatan' yang lebih kurang sama. Bilangan pelajar yang cerdas dan agak lambat dicampuradukkan bagi setiap kumpulan.


Jom layan gambar.


Teachers who cannot keep students involved and excited
for several hours in the classroom should not be there.
~ John Roueche



May 26, 2010

Suatu hari di pagi Ahad II

Abil, Zarif dan Dina bersama-sama dalam aktiviti Ahad lepas. The more the merrier. Jom lihat hasilnya!


Bukan Art Attack, tapi aktiviti bidan terjun.Dengan kertas A4, sedikit kertas warna dan gam dan gambar aiskrim (yang dilukis).

Adik Zarif dengan bersemangat membuat aktiviti

Kak Dina in action

Abil punya. Besar-besar tampalannya :)


TukMi kata, kak Dina punya No.1...hahaha siap ada esei pendek tu!

Ni aiskrim perisa apa ni dik? Kehabisan kertas warna.
Terpaksa Zarif buat aiskrim warna hitam. Alahaiiii...


Sekian.



Suatu hari di pagi Ahad

Info yang saya perolehi daripada rakan blogger; AlKindi, saya tertarik dengan statement ini 'Jangan biarkan anak mempunyai terlalu banyak masa lapang'. Kenapa? sebab mereka akan terus hanyut(withdrawn) dalam 'dunia' mereka.

Anak autisme biasanya suka melakukan sesuatu aktiviti yang sama dan berulang-ulang. Sebenarnya, ini adalah antara cabaran membesarkan anak autisme. Untuk tidak membiarkan mereka mempunyai masa lapang yang terlalu banyak, ibubapa/penjaga harus sentiasa 'melayan' mereka atau membantu mereka melakukan aktiviti yang berfaedah hampir setiap masa.
Ahad lepas, saya sempat beraktiviti dengan Abil. Ini aktivitinya, masih menggunakan buku dan pensel tapi sedikit berbeza daripada biasa.


Tiru macam saya.
Gambar di sebelah atas adalah kerja tangan saya,
yang di sebelah bawah adalah hasil tangan Abil.

Masih latihan meniru, tapi kali ni tidak menggunakan warna cuma dot-dot saja..

Letih tengok dot-dot, kita melukis pula.Sebelah kiri lukisan saya, sebelah kanan lukisan Abil *cam lebih kurang je...hahaha*

Melukis bukan kesukaan dan kekuatan Abil. Tengoklah rama-rama tu, sekali pandang cam ladybird pulak..hahaha

Ini namanya lukisan * saya dah boring, dah tak mau lukis lagi Ma.....* hehehe

Lukisan terakhir sebelum breaktime......~erk, apakah??~


Sebenarnya, buku-buku latihan untuk aktiviti sebegini banyak di pasaran. Tapi, untuk Abil, saya dapati dia lebih bekerjasama bila dilukiskan/tulis pada buku tulis berbanding menggunakan buku-buku latihan 'instant'. Jadi, saya ceduk saja lah idea daripada buku-buku.

Yang penting, objektif melatih Abil supaya fokus dan mengasah daya konsentrasi (untuk meniru) tercapai. Masa berkualiti bersama Abil tidak tamat di sini, bersambung..




May 25, 2010

Tak ada kertas, cadar pun berguna

Antara hobi Abil waktu lapang, menulis! Abil sangat suka menulis dan Abil boleh menulis dan menulis tanpa henti. Saya suka dia menulis. Selain bagus untuk praktis koordinasi jari jemari, tangan dan mata, juga bagus untuk belajar mengenal perkataan dan membaca. Cuma, saya mesti pastikan Abil faham setiap patah perkataan yang ditulisnya.
Pagi-pagi, saya bangun dan nampak ini...




Kalau tak ada rotan, akar pun berguna. Tak ada kertas, cadar pun berguna..hahaha...Masalahnya, bukan takde kertas, saja suka-suka nak tulis atas cadar juga. Marah ke? Saya dah lali. Layankan saja.

Waktu saya ambil gambar-gambar ni, kak Dina bersuara, "Macam CSI la mak ni"hahaha. "Mestilah! ambil bahan bukti." :D



May 24, 2010

Bila Abil bermain

Tak pandai bermain. Tak pandai bersosial.Tak mahir berkomunikasi. Kesemua aspek di atas perlu dilatih dan diterapkan pada anak autisme kerana proses belajar bermain, bersosial dan berkomunikasi tidak 'datang' sendiri pada mereka, berbanding anak-anak normal.

Abil tak pernah campur bila kakak dan adik main cikgu-cikgu. Abil juga jarang berminat bila kakak dan adik main masak-masak. Tapi kalau main kejar-kejar, bergomol ala-ala WWF, Abil seringkali join sekaki. Pendekata, Abil suka main secara 'fizikal' bukan pretend play dan yang sewaktu dengannya.

Semalam, saya lihat insiden ini dengan hati yang sangat senang sekali. Bukan saja saya yang tersenyum lebar, encik suami dan TukAyah pun tumpang happy. Setiap kali tengok Abil main bertiga dengan kak Dina dan Zarif, kami rasa macam dapat RM berjuta....


Mula-mula, mereka main ikat-ikat ala 'kembar siam'.Habis satu rumah ditawaf-nya.
Penat jadi 'kembar siam', mereka main ni pulak.....iskisk...
Berhempas pulas adik nak angkat..aperda abang ni! hahaha

Si Bujang Senang



May 20, 2010

Batuk Oh! Batuk (episod 2)

imej google
Dah 3 hari adik Zarif tak ke sekolah. Kasihan. Baru saja sembuh dari batuk dan selsema 3 minggu lepas. Episod batuk dan selsema kembali lagi. Tak tahan tengok adik tidur dalam keadaan tak selesa, hidung tersumbat, dan hingus meleleh.

Abil pun join geng batuk dan selsema tapi tidak sekronik Zarif. Mungkin sebab saya berikan Abil sesudu minyak ikan Omega-3 setiap hari. Jadi, kalau sakit pun, biasanya tak melarat dan cepat sembuh. Kebetulan, stok minyak ikan sudah kehabisan hujung minggu lepas. Baru semalam saya membeli yang baru. Terus saya berikan juga pada Zarif.

Minyak ikan omega-3 memang sangat bagus. Selain bermanfaat untuk kesihatan otak (kaya dengan DHA), juga baik untuk kulit, jantung dan juga mencegah batuk dan selsema yang kerap. Ada banyak produk yang sama di pasaran. Tapi, saya beli yang bebas gula, gluten, yis, pewarna, pengawet dan perisa tiruan.

Sejak mengambil minyak ikan ni, simptom-simptom asma pada Abil berkurangan dan ekzemanya pula hampir tiada. Nampaknya kena beri pada adik secara konsisten pula selepas ini.

Jangan kedekut membeli makanan tambahan. Melabur untuk kesihatan pastinya akan memberi pulangan yang sangat berbaloi-baloi insyAllah. Jangan lupa, sihat itu NIKMAT.


May 19, 2010

Aduhai

Kelas tuisyen saya yang satu ni, memang ada pelbagai kisah mencuit hati (kadang-kadang boleh bikin darah naik tinggi hehe). Ada masa saya stres, selebihnya saya seronok juga. Bak kata pepatah Inggeris, If you can't beat them, JOIN them!

Anak-anak darjah 1-4 ini biasanya cuma mampu fokus belajar untuk jangkamasa 30 minit ke 1 jam. Terus mengajar melebihi tempoh tersebut tanpa diberi rehat sebentar adalah sia-sia belaka.

Selalunya saya beri mereka break time secara bergilir-gilir. Break time secara serentak untuk kesemua enam-enam pelajar = DISASTER. Kebiasaannya, kelas dimulakan dengan memberi mereka kerja-kerja yang agak mudah untuk mereka buat sendiri, sementara saya panggil mereka seorang demi seorang untuk melakukan soalan-soalan yang susah bersama saya.

Soalan-soalan yang mudah sebenarnya sangat perlu sebagai warm up dan juga pencetus semangat kepada anak-anak ini, khususnya anak-anak yang lemah. Apabila mereka berjaya menyelesaikan soalan-soalan yang mudah, mereka akan lebih bersemangat dan tidak sabar-sabar untuk menerima soalan-soalan yang lebih mencabar.

Enam orang adalah bilangan yang ideal untuk sebuah kelas. Saya boleh beri tumpuan yang adil kepada setiap mereka. Mereka juga sangat rapat dan mesra antara satu sama lain. Suasana belajar juga tidak bosan. Kehadiran anak-anak ini 100% setakat ini. Itu tanda mereka suka datang ke kelas.

Dari segi prestasi, ada yang cepat. Ada yang lambat. Apa yang penting, dorongan dan perhatian yang berterusan.


Tekunnya.....untuk 5 minit je tau, lepas tu mulut, kaki, tangan semua bergerak..

Yang menarik tentang mereka;
  • Mengasah pensel adalah aktiviti wajib setiap kali dalam kelas saya. Sebaik saja disuruh mula membuat kerja, pastinya skrip ini keluar, "Cikgu, nak korek....." dan berduyun-duyunlah semuanya ke bakul sampah. Kadang-kadang, dalam tempoh 1 jam, hampir 5-6 kali mereka pergi asah pensel.


  • Tanda-tanda fokus sudah hilang; ada yang mahu ke tandas, disertai dengan 3-4 pelajar lain. Nak basuh muka. Nak buang air. Nak basuh tangan. Macam-macam..


  • Waktu breaktime, aktiviti kegemaran mereka ialah, menyanyi dan menari.Dah macam konsert di belakang kelas.Siap ada video klip free (lagu kegemaran, Nobody-Wonder girls).Membayangkannya saja sudah cukup untuk buat kita ketawa sendiri.


Do not worry that children never listen to you,
worry that they are always watching you.
~Robert Fullghum


May 17, 2010

Chef suami dan 'western food'

Suami saya memang rajin menolong di dapur. Alhamdulillah. Pilihan juadah adalah western food. Kenapa? sebab western food sangat simple, mudah disediakan dan mengenyangkan. Sangat sesuai untuk kami yang terlebih 'rajin' hehe.Menu makan malam hari ini, makaroni bakar dengan sos putih. Sedap!





When Abil meets kak Dina

Don't try this at home! haha
No worries, they were both safe after this acrobatic session.

This is no ordinary tug-of-war....they use a ruler instead of a rope.


See ya!

May 13, 2010

Testing!

Sambil santai-santai bersama Abil, saya buat sedikit test....saja nak uji memori anak saya ni. Dengan sekeping white board kecil, sebatang marker dan juga Abil, sayapun tulis perkataan-perkataan yang sering Abil baca dan lihat dalam buku-bukunya dan suruh dia sebut satu persatu.


api-ayam-aiskrim-anggur = 4 markah

Abil kenal semuanya..yeay! 5 markah

cili -ciku = tak berapa nak ingat, ceri-cermin = betul, markah =2/4

Abil ingat semua kecuali ekor = 3 markah

Semua betul kecuali Gigi - 4/5 markah

Paling Abil ingat-kasut, agak lambat menyebut-kucing dan lipas, 4/6 markah

Abil sangat SUKA baca buku cerita serangganya, hasilnya semua perkataan di atas disebut dengan cepat, jelas dan tanpa was-was. 10 markah untuk Abil!



Untuk pengetahuan semua, sebahagian besar perkataan-perkataan yang dibaca Abil memang dihafalnya. Tapi Abil juga dalam proses belajar mengenal suku kata.Misi pandai membaca akan diteruskan. Good Luck Abil.


May 11, 2010

Jalan-jalan Cari Makan

Jalan-jalan cari makan. Sempena Hari Ibu (Ahad lepas), kami anak beranak sempat meluangkan masa makan tengahari bersama.

Kami ke SEDAP CORNER, JB. Kami memang kerap ke sini. Tempat makan nya selesa, servis pun ok, makanan? Ada yang best. Ada yang biasa saja. Jom tengok gambar!


Abil...tengok kamera!!

Cuba makan sendiri *bagus2*

Kenapa dik??

Menu mama : Penang Char Kuey Teow
10 markah! sedappp..

Pencuci mulut; bubur cha-cha....
tapi kurang umphhh...5 markah je!

ABc?? 4 markah je....

Kuih-muih?? boleh tahan....7 markah.
Harganya saja yang TAK boleh tahan...hehehe

Jumlah markah: 7.


Jom Jalan-jalan Cari Makan!