May 20, 2010

Batuk Oh! Batuk (episod 2)

imej google
Dah 3 hari adik Zarif tak ke sekolah. Kasihan. Baru saja sembuh dari batuk dan selsema 3 minggu lepas. Episod batuk dan selsema kembali lagi. Tak tahan tengok adik tidur dalam keadaan tak selesa, hidung tersumbat, dan hingus meleleh.

Abil pun join geng batuk dan selsema tapi tidak sekronik Zarif. Mungkin sebab saya berikan Abil sesudu minyak ikan Omega-3 setiap hari. Jadi, kalau sakit pun, biasanya tak melarat dan cepat sembuh. Kebetulan, stok minyak ikan sudah kehabisan hujung minggu lepas. Baru semalam saya membeli yang baru. Terus saya berikan juga pada Zarif.

Minyak ikan omega-3 memang sangat bagus. Selain bermanfaat untuk kesihatan otak (kaya dengan DHA), juga baik untuk kulit, jantung dan juga mencegah batuk dan selsema yang kerap. Ada banyak produk yang sama di pasaran. Tapi, saya beli yang bebas gula, gluten, yis, pewarna, pengawet dan perisa tiruan.

Sejak mengambil minyak ikan ni, simptom-simptom asma pada Abil berkurangan dan ekzemanya pula hampir tiada. Nampaknya kena beri pada adik secara konsisten pula selepas ini.

Jangan kedekut membeli makanan tambahan. Melabur untuk kesihatan pastinya akan memberi pulangan yang sangat berbaloi-baloi insyAllah. Jangan lupa, sihat itu NIKMAT.


6 comments:

keen said...

ala siannyer adik jar..jgn pasni die liat nk p school udah la ye. anyway, get well soon adik!!!

Lenny said...

menarik tuh product tuh...

akak beli kat ner?

Syahida said...

keen-> zarif is back to school yesterday walaypun masih ada saki baki batuk.Alhamdulillah no tears.. :-)

Lenny-> i will PM u

SitiNur said...

Syida,
Nak alternatif yg murah sikit, bagi madu. Beberapa titik sehari pun cukup. Bagus utk antibodi dan macam2 khasiat lagi. Aku amalkan itu dari dulu. Alhamdulillah, kalau kena sakit pun tak lama. Lagi satu, ajar makan kurma. Tp yg ni, anak2 aku tak minat la pulakkk.

Syahida said...

ira, yup..madu pun SANGAT bagus and aku pernah try. Minyak ikan Omega 3 ni sebenarnya lebih kepada untuk perkembangan otak Abil dan hiperaktifnya. memang susah nak ajar anak-anak makan kurma..huhu

SitiNur said...

Beb!
Kau dpt Award LAGI! Kah3. Sila ke blog aku ya... :)