May 19, 2010

Aduhai

Kelas tuisyen saya yang satu ni, memang ada pelbagai kisah mencuit hati (kadang-kadang boleh bikin darah naik tinggi hehe). Ada masa saya stres, selebihnya saya seronok juga. Bak kata pepatah Inggeris, If you can't beat them, JOIN them!

Anak-anak darjah 1-4 ini biasanya cuma mampu fokus belajar untuk jangkamasa 30 minit ke 1 jam. Terus mengajar melebihi tempoh tersebut tanpa diberi rehat sebentar adalah sia-sia belaka.

Selalunya saya beri mereka break time secara bergilir-gilir. Break time secara serentak untuk kesemua enam-enam pelajar = DISASTER. Kebiasaannya, kelas dimulakan dengan memberi mereka kerja-kerja yang agak mudah untuk mereka buat sendiri, sementara saya panggil mereka seorang demi seorang untuk melakukan soalan-soalan yang susah bersama saya.

Soalan-soalan yang mudah sebenarnya sangat perlu sebagai warm up dan juga pencetus semangat kepada anak-anak ini, khususnya anak-anak yang lemah. Apabila mereka berjaya menyelesaikan soalan-soalan yang mudah, mereka akan lebih bersemangat dan tidak sabar-sabar untuk menerima soalan-soalan yang lebih mencabar.

Enam orang adalah bilangan yang ideal untuk sebuah kelas. Saya boleh beri tumpuan yang adil kepada setiap mereka. Mereka juga sangat rapat dan mesra antara satu sama lain. Suasana belajar juga tidak bosan. Kehadiran anak-anak ini 100% setakat ini. Itu tanda mereka suka datang ke kelas.

Dari segi prestasi, ada yang cepat. Ada yang lambat. Apa yang penting, dorongan dan perhatian yang berterusan.


Tekunnya.....untuk 5 minit je tau, lepas tu mulut, kaki, tangan semua bergerak..

Yang menarik tentang mereka;
  • Mengasah pensel adalah aktiviti wajib setiap kali dalam kelas saya. Sebaik saja disuruh mula membuat kerja, pastinya skrip ini keluar, "Cikgu, nak korek....." dan berduyun-duyunlah semuanya ke bakul sampah. Kadang-kadang, dalam tempoh 1 jam, hampir 5-6 kali mereka pergi asah pensel.


  • Tanda-tanda fokus sudah hilang; ada yang mahu ke tandas, disertai dengan 3-4 pelajar lain. Nak basuh muka. Nak buang air. Nak basuh tangan. Macam-macam..


  • Waktu breaktime, aktiviti kegemaran mereka ialah, menyanyi dan menari.Dah macam konsert di belakang kelas.Siap ada video klip free (lagu kegemaran, Nobody-Wonder girls).Membayangkannya saja sudah cukup untuk buat kita ketawa sendiri.


Do not worry that children never listen to you,
worry that they are always watching you.
~Robert Fullghum


6 comments:

keen said...

agaknye klu tgk kelas tuisyen ko mesti mcm lyn mr bean kan..hehe ;)

YatieJay said...

Comel jek....setiap kali nak start kelas kena korek pensel dulu...heheee....

Naive jek budak2 ni kan. Nak marah pun kekadang tak sampai hati...

Syahida said...

keen-> betol la tu. 7 orang Mr Bean yang berlainan (termasuk cikgunya)..kehkeh

Syahida said...

yatie->tu la pasal...bebudak ni chomel. kadang2 nak marah pun tak jadi nak marah...hehehe

SitiNur said...

Aku tabik hormat dgn kau Syida, dengan kesabaran mengajar anak2 ni. Aku rasa bukan kanak2 je boleh thn fokus selama sejam. Org dewasa pun sama. Aku tatau la camana universiti kat Malaysia boleh buat kuliah 2 jam, tutorial 2 jam setiap minggu. Adoiii.. Dah la tak boleh ponteng. Isk! Isk! Ngeri mengenangkan profisien baru aku nanti...

Syahida said...

Ira-> meh kita tabik hormat sama2...hahaha..mengajar ni mmg kena kreatif...bukan setakat tau menyampaikan, kena tau serba sikit nak psiko..itu psl la aku suka ajar bebudak..hihi gud luck utk profesion baru kau kelak :-)