May 4, 2010

Anak merengek?

dari google
Panduan ini dari blog Mamayeen; 7 Steps to get your child to stop whining. Kalau anak-anak suka merengek/menangis untuk mendapatkan sesuatu, ini langkah-langkah yang dicadangkan;
  1. Hentikan sebarang aktiviti, fokus dan beri perhatian pada anak
  2. Terangkan cara yang betul untuk 'meminta', demo pada anak-anak bagaimana kita mahu mereka 'meminta' dengan baik
  3. Puji anak-anak apabila mereka 'meminta' dengan cara yang betul
  4. Jika permintaan anak-anak adalah 'berpatutan' dan boleh dipenuhi, maka penuhilah permintaan mereka (tunggu apa lagi...hehehe)
  5. Kalau permintaannya yang tidak-tidak, dan rengekan/tangisan pula MAKIN menjadi-jadi, ulang semula langkah 2.
  6. Anak mula protes? Beritahu mereka bahawa mereka tidak sepatutnya terus merengek, kali ini dengan nada yang lebih tegas. Ini juga adalah masa untuk bertindak, juga kena konsisten apabila mengambil tindakan (kalau tindakan bermusim, anak-anak akan belajar memanipulasi keadaan dan merengek dengan lebih HEBAT lagi di lain waktu...huhuhu)
  7. Anak menjadi agresif? Beri mereka time-out selama beberapa minit. Asingkan mereka di tempat lain (dudukkan di atas kerusi/lantai seorang diri di dalam bilik lain). Tegaskan semula cara yang betul untuk meminta selepas sesi time-out.
dari google
Jangan lupa beri pujian dan penghargaan(hadiah) apabila mereka belajar bertoleransi dan mendengar cadangan kita.

Jom amalkan!

4 comments:

Zuraini bt Zainal said...

TQ kerana sudi menjenguk dan kongsikan artikel ini dengan org lain....translate lagi....
**den copy jer**
dulu anak kita, selalu camni...TANTRUM gak...huhuhu..tu yg selalu cari artikel sebegini...

mella said...

thx 4 sharing akak.. :)

maya amir said...

ohww! saya antara ibu yg tak sabar dgn anak.. ayo! parah nih..heheheh

Syahida said...

ani-> no worries...tima kaseh untuk artikel ini..

mella->u r most welcome :-)

maya-> saya pon TAK sabar juga...kena train diri sendiri selalu...huhuhu