May 6, 2010

'Earth Hour' 3 hari

imej google
Kembali 'bersiaran'. 3 hari berturut-turut, kami ditimpa 'musibah' kecil..err musibah ke? Rumah saya termasuk dalam senarai 54 kawasan yang diputuskan bekalan elektrik-nya selama beberapa jam setiap hari sehingga semalam (3 hari berturut-turut). Paling lama kami terpaksa bertahan tanpa elektrik ialah hampir 6 jam.

Kesan Earth Hour yang tidak disengajakan ini,

~ kelas tuisyen terpaksa dibatalkan dan diganti kemudian.

~kami terpaksa merempuh trafik yang SANGAT sesak waktu ambil kak Dina balik dari sekolah di sebelah petang. Traffic light pun rosak.

~anak-anak tak dapat tidur sebab kepanasan. Akhirnya tertidur hampir jam12 tengah malam lepas elektrik disambung semula. Abil sehingga terpaksa ponteng sekolah esok harinya sebab lewat bangun pagi.

~kami kehabisan stok lilin di rumah. Nak beli stok lilin baru di kedai, stok lilin kedai pun habis.

OK. nak cerita yang TAK best sampai esok tak habis. Yang best pula,

~syukurlah. Elektrik tiada, bekalan air masih ada.

~kelas tuisyen terpaksa batal, bagi peluang pada saya berkumpul dengan anak-anak (walaupun bergelap).

~dapat sauna percuma.Berpeluh sakan kami anak beranak.Sesi membuang toksin.~tiada elektrik, tiada facebook,nak blogging pun tak boleh = sapu satu rumah, cuci toilet, masak lauk anak. Hmm..produktif kan?

Sekali sekala Earth Hour bagus juga. Tapi kalau setiap hari, err..tak larat!


2 comments:

maya amir said...

betul biar tadek api, jgn tadek air..haru kalau tadek air..uwaaaaa

Syahida said...

maya-> betol3x...SANGAT setuju! :-)