Jun 28, 2010

Abil dan skill baru

Sejak 3-4 hari yang lepas, Abil SANGAT suka menaip di komputer. Asalnya, dia melihat saya menaip di komputer. Oleh kerana dia sangat suka menulis dan 'gila'kan abjad. Dia pun sibuk nak tekan keyboard juga. Tanpa membuang masa, saya pun terus ambil sebuah laptop buruk dan letakkan bersebelahan dengan komputer saya, supaya dia boleh menaip di komputernya sendiri dan saya boleh bekerja dengan aman. Jom tengok!


1-2-3 ACTION!

Hari Pertama


Excited menekan keyboard. Menaip dengan satu jari, sangat lambat sebab masih belum familiar dengan kedudukan huruf-huruf. Masih belum boleh mengawal jari-jarinya dengan baik. Tengoklah tu, macam-macam huruf keluar. Diajar menaip namanya tapi tidak mahu mengikut. Tidak mahu menerima arahan dan 'menepis' setiap kali saya cuba menunjuk kedudukan huruf dan mengajar cara menaip yang betul.

Hari Kedua


Lebih 'fleksibel' kali ini. Boleh mengikut tunjuk ajar apabila disuruh menekan untuk menjarakkan setiap perkataan. Abil juga mula menaip perkataan-perkataan yang diketahuinya. Perkataan kegemaran; 'yacht' dan 'coklat'. Dua perkataan ini, ditaipnya berulang-ulang kali.


Ini baju saya, Saya suka makan coklat, Saya suka makan aiskrim ~oleh saya.
Yang selebihnya, idea dan hasil tangan Abil.

Hari Ketiga


Oleh kerana sudah 'serasi' dengan laptop-nya, Abil sekarang menaip dengan kedua-dua belah tangannya, kiri dan kanan. Ada bagusnya juga, senaman yang baik untuk menyeimbangkan otak kiri dan otak kanan. Untuk kelainan, saya beri buku untuk Abil menaip perkataan-perkataan yang ada di dalamnya. Respon yang baik daripada Abil. Dia mula menaip berdasarkan buku. Tapi, selepas 5 minit, Abil mula 'merapu' hahaha....Tengoklah ni!



Skill baru Abil ni mengingatkan saya pada Carly Fleischman. (klik sini untuk baca). Kemahiran menaip boleh dimanipulasikan untuk pelbagai tujuan yang bermanfaat. Bagaimanapun, saya tidak mahu terburu-buru, biarkan Abil mahir setiap kemahiran baru satu persatu.



Don't underestimate persons with autisme, try to understand.
~Joell

Jun 27, 2010

Kisah anak Hiperaktif

dari google
Sebelum ni, saya pernah mengulas tentang anak hiperaktif, sila klik sini. Bagaimana nak handle anak hiperaktif? Anda boleh baca dan cuba tips-tips di sini.

Anak saya juga seorang hiperaktif. Kemuncak hiperaktifnya sangat dirasai semasa umurnya 2-4 tahun dan mula berkurangan selepas umurnya 5 tahun sehinggalah sekarang. Ya, dia masih lagi hiperaktif walaupun kini dia sudah jauh berubah berbanding dulu. Boleh mendengar arahan dengan baik, boleh bekerjasama dan membuat aktiviti dalam jangkamasa tertentu.

Cabaran anak hiperaktif? Banyak. Antaranya
  • Susah nak outing: Biasanya saya cuba libatkan kesemua anak-anak saya, samada yang hiper ataupun tidak. Kasihan kalau disisihkan. Memang penat dan mencabar outing bersama mereka. Tapi, mereka juga mesti diberi pendedahan dan peluang untuk keluar.
  • Susah nak ziarah keluarga, sanak saudara, kawan-kawan: Tak semua faham tentang hiperaktif. Ramai sangkakan hiperaktif = nakal biasa/lasak. Kalau sebut autisme, lebih ramai lagi yang tak tahu. Semasa anak saya masih kecil, saya hanya ziarah keluarga dan kawan-kawan terdekat. Kalau di tempat awam pun, ada yang sporting, tak kurang yang memandang sinis. Sekarang, keadaan anak saya sudah bertambah baik. Pendekatan tegas dan konsisten memang perlu dalam melatih mereka.
  • Anak susah belajar: Anak yang lasak masih boleh fokus dan duduk belajar/buat aktiviti. Tapi anak hiperaktif susah nak fokus. Ada juga yang agresif.Alhamdulillah. Anak saya tidak agresif. Tidak pernah mencederakan orang lain.Biasanya, anak hiper sukar fokus. Bila tidak fokus, mereka juga tidak meniru (imitate). Meniru adalah proses penting untuk belajar. Sebab itu, anak-anak yang normal mudah belajar sendiri. Anak-anak yang bermasalah pembelajaran (hiperaktif/ADHD/autisme) pula perlu dibimbing (intervensi awal).
  • Tak boleh makan sebarangan: Sebenarnya diet "no sweets, no chocolates, no ice-cream, no sugary drinks, no junk food, no MSG/food colouring/preservertives, no McDs/KFC/PIzzaHut/MarryBrown/KennyRogers/yang sewaktu dengannya" bukan terhad pada anak-anak hiperaktif saja. Ia juga sesuai untuk anak normal. Cabarannya ialah, makanan-makanan di atas sangat mudah didapati. Apa pun, yang penting inisiatif dan usaha.Kalau tak dapat amalkan diet ini 100%, cuba sedaya upaya untuk KURANGkan mana yang patut.
  • Rutin tidur anak yang sering terganggu: Simptom ini yang kedua 'memenatkan' selepas cabaran outing. Mereka sering terjaga tengah-tengah malam. Mereka juga kadangkala bangun awal pagi. Rutin tidur mereka tak seperti anak normal lain. Kebelakangan ni, nampaknya rutin tidur anak saya dah bertambah baik. Kalaupun ada episod bangun tengah malam/awal subuh, sekali dua saja sebulan/2-3 bulan (tak macam dulu).
Pengalaman anak saya


  • Terapi Cara Kerja (Occupational Therapy), Terapi Sensori : Masalah hiperaktif ada kaitan dengan masalah sensori. Terapi OT dan latihan sensori yang kerap dan konsisten sangat membantu.
  • Terapi HydroAroma: Terapi yang menggabungkan manfaat essential oil (daripada tumbuh-tumbuhan), urutan dan senaman di dalam air ni sangat memberi impak. Lebih tenang dan relaks. Kesannya kadangkala berlanjutan sehingga 3-5 hari.
  • Terapi Al-Quran: Buat sendiri di rumah.Bacaan Al-Quran diperdengarkan sepanjang tempoh anak tidur.
  • Slow-talk atau sesi hati-ke-hati: Seeloknya lepas anak-anak baru terlena atau ketika mood-nya baik (lepas makan, lepas mandi, sambil-sambil baring/duduk/bersantai). Ikut cara Dato' Dr.Hj Fadzilah Kamsah ni, cuma buat konsisten. Kesannya kadangkala secepat 1-2 hari, ada masanya berbulan-bulan baru nampak kesan. Yang penting, kena yakin dan tawakal. Oh ya, doakan anak-anak sentiasa.
  • Intervensi awal (Early Intervention): Yang ini sangat penting dimulakan seawal umur 2-3 tahun. Lebih awal lebih bagus. Selain bagus untuk latihan kendiri dan pembelajaran, boleh juga bantu anak sibuk-sibukkan diri dan 'aktif' dengan cara yang positif.
  • Sokongan keluarga: Yang ini sangat penting dan membantu. Sokongan moral yang paling utama.
Sekian.


Untuk semua ibubapa anak hiperaktif, i share your misery.


Sudi-sudikan berkongsi tips-tips lain dengan saya :)


Jangan lupa untuk enjoy bersama anak-anak anda,
hiperaktif ataupun tidak.



Jun 26, 2010

Hooray for Dina!

via google
Alhamdulillah, she did it again.Third place in her class for her mid-year exam. Yes, I am VERY proud mother. BIG hug for kak Dina!

I am very grateful and HAPPY! :D

I am lucky to have children with unique potentials and charisma. I hope Allah will continue to give his blessings. Amin.


If you can give your son or daughter only ONE gift,
let it be ENTHUSIASM.

~Bruce Barton



Jun 25, 2010

We like cucur pisang

A tasty dish, yet simple and easy to make.

So, one fine morning , I made some cucur pisang for my kids. Yes, they love cucur pisang (very much). One quick tips from TukAyah dearie, BLEND (instead of mash) and mix all the bananas, flour, an egg(if you like) and a little coconut milk. oh ya! a pinch of salt and some sugar too (not too much!). Enjoy the pics and remember, best served while still HOT!  :)



My cucur pisang have 'tails'. hehe


Jun 24, 2010

Jom naik motosikal!

Sebelum ni anak-anak saya dah merasa naik keretapi. Naik motosikal?? Memang tak pernah. Setakat duduk atas motosikal (yang sedang parking) memang pernah. hehe

Pengalaman pertama anak-anak saya, bersama Pakcik Md Nur.


Thank you Pakcik! First time enjin motosikal dihidupkan depan Abil dan Abil diajak naik, terus dia cabut lari. Laa...selama ni ingatkan Abil berani sangat nak naik motor, rupa-rupanya t.a.k.u.t.

Adik Zarif pulak, bila disuruh naik sekali, "Adik tak nak, adik takut" .Kak Dina memang pantang dipelawa, terus meloncat naik motor. Bila kak Dina dah duduk, saya pun cuba pujuk Abil dan dukung perlahan-lahan ke motor. OK, dia nak duduk. Bila tengok abang dah duduk, adik Zarif pun terus teruja dan melompat sama. Tempat duduk adik first class, dalam bakul.hehe
Nak tengok aksi mereka...Jom!


Untuk anda, jangan lupa pakai helmet ya!

Serikkah anak-anak ini naik motor??
Oh...TIDAK! pantang nampak kelibat Pakcik, mesti nak ajak naik motor.haha



Jun 23, 2010

Kisah Abil si Petani Moden

Abil si "Petani Moden"? Wahh :)

Apa kisahnya ni? Jom layan visual semasa Abil bercucuk tanam di rumah Maktuk.



Abil tolong mama tanam kangkung, tolong gemburkan tanah dan taburkan tanah hitam. Disuruh gunakan jari untuk ramas-ramas tanah tu dan tabur, langsung dia tak mahu *bagus untuk sensori tu*.Mungkin tapak tangan atau jari-jari Abil agak sensitif. Jadi, dia gunakan cangkul mini tu untuk kaut tanah.

Masih di rumah Maktuk. Aktiviti kegemaran, menyiram pokok, 'under strict supervision' Kalau tak, jawabnya macam bomba nak padamkan api..hehehe.

Back in JB, Abil tolong TukAyah cabut rumput pulak. Yang sebenarnya dia sangat berkenan pada kereta sorong tu. Kami pun 'gunakan' dia habis-habisan.Minta Abil kutip rumput-rumput yang dah dicabut, angkat ke dalam kereta sorong dan tolak. Wee~
Saya bagi 8/10. Anda bagaimana?


Jun 22, 2010

Hasil 'kerastangan' Abil

Abil memang ada kemahiran 'keras' tangan. hehe
Tak percaya? Cuba tengok visual di bawah.

Cuba teka, apakah objek ini?


Kalau nak tahu, Abil memang SANGAT suka dengan dawai-dawai, lidi atau batang-batang runcing. Memang pantang kalau jumpa tangkai bunga plastik, penyapu lidi, dawai halus dan yang seumpama dengannya. Kalau Abil dapat, memang dia akan patah-patahkan atau bentuk-bentukkan ia mengikut citarasa.


Ini adalah gambar 'sebelum'.


Pemukul telur a.k.a whisk


Harap maaf ye, wahai Mokde (tuan punya whisk). Walaupun kami cuba kembalikan bentuk asal whisk ini, tapi ia tak dapat diselamatkan lagi. Saya kagum la Abil boleh lentur-lenturkan dawai whisk yang keras ni, agak-agak bakat ni boleh jadi apa ye bila dah besar nanti?

Hmm..


Sharing Autism Info



How to Interact with Autistic Kids, shared by Kelab Anak Autisme. This simple guide should be taught and practiced as it will greatly help our special ones in communicating with us.

1: Discuss them when they are NOT present
Talking about these kids in front of them can be hurtful especially if the comments given are negative. I think this rule is not only relevant to the autistic children but also to the typical child. It can be pretty damaging to their self esteem when you talked about them as if they do not exist (when they are actually there with you).

These children may have verbal difficulties or even non-verbal but that does not give you the license to mistreat them. Remember, they UNDERSTAND and are fully AWARE of what's happening around them. So, if u have to talk about them, do it when they are NOT around. Otherwise, say only positive things and encouragement, also, acknowledge them in your conversation.

2: Don't ask, tell
Avoid questions, give out statements. Simple, precise and EASY to understand sentences are what these children need. If you give questions, not only they have problems answering, they will normally repeat your questions back at you. If you give statements, your statements will give them options and prompt them to respond. Demonstrate if you have to. Remember, actions speak LOUDER than words.

You can try teaching them to answer simple questions but you will have to script out the answers for them i.e. it will be like programming a 'robot' to answer a question. Personally, I think autistic children needs to learn how to answer basic questions like, What is your name? or How old are you? and Where do you live? The answers to these are very important especially during emergency cases.

3: Wait
When you communicate with an autistic, please wait for a few seconds or even minutes before they respond to your questions. They need time to think before they react, respond or reply.

4: One voice at a time
One person talks at a time. No interruptions from third party. Give them space to digest whatever input that is given to them. Too many voices/command will only confuse them and delay their understanding.


Jun 21, 2010

Kisah MakTuk dan kuncu-kuncunya III

Cuti sekolah dah pun berakhirnya secara rasminya semalam...secara tak rasminya, Jumaat lepas selepas kami bertolak balik ke JB. Fatin, Adieb dan Umar ('askar-askar' PakLong) pun balik ke rumah mereka selepas 1 malam 'ber-orientasi' dengan hobbit-hobbit mama.

Bagaimanapun, kisah MakTuk dan kuncu-kuncunya bersambung lagi.....adegan 'bersama chef MakTuk' di dapur. ok, layan gambar dulu.....


Tukang potong kacang buncis
Asisstant chef yang sorang ni dah boleh pegang pisau..hehe

Jangan risau ye! bukan tumbuk sambal....
Si kenit ni tengah lumatkan nasi dengan baki sambal yang tertinggal dalam lesung

Abil sebenarnya tengah capai sudip untuk kacau lauk

Kak Dina tolong lumur ikan dengan garam kunyit


Kak Dina, Abil dan Zarif memang seronok sangat dapat tolong di dapur, walaupun setakat untuk 5-10 minit. Kalau kat rumah, jarang dapat peluang macam ni sebab mama-nya jarang ke dapur...hehehe *kantoi*. Latihan yang bagus, terutamanya untuk Abil. Sekarang ni, bila masuk ke dapur je, terus Abil menuju ke periuk/kuali yang tengah dimasak untuk tolong pegang senduk (isk..isk...bahaya la pulak). Memang kena letak under supervision setiap saat. Tak pun, dia menuju ke sink, tolong bilas pinggan mangkuk sambil-sambil main air (tujuan utama).

Terima Kasih MakTuk, sudi layan hobbit-hobbit di dapur.*clap clap clap*

Jun 19, 2010

"Mama, saya lapar..."


Masih ingat lagi entri ini? Ya, akhirnya saya berjaya beli dan baca buku ni.  

Bercakap tentang buku "Mama, saya lapar...", 10 markah untuk kulit bukunya yang sangat cantik dan menarik, juga helaian-helaian mukasuratnya yang penuh berwarna 100%. Bak kata ayah saya, 'orang kita sangat suka bahan bacaan yang santai, orang kita sukakan gambar'. Apa pun alasannya, sekali imbas buku ini memang sangat menarik untuk dibaca.


Selepas diimbas berkali-kali, saya rasa buku ini berjaya mengupas isu anak-anak dan masalah pemakanan. Kenapa mereka susah nak makan? dan apa yang mereka suka makan?...Paling saya suka ialah fokus tentang makanan ringan(junk food) dan juga penyusuan susu ibu.

Rasanya semua tahu tentang bahaya dan keburukan junk food, tapi masih ramai ibubapa yang masih membenarkan anak-anak mengambil makanan-makanan sebegini. Saya sendiri masih belum berjaya membanteras pemakanan junk food 100%. Setakat ni, hanya berjaya mengurangkan kekerapan dan kuantiti pengambilannya. Harap-harap tulisan Wardina akan berjaya meningkatkan kesedaran kepada setiap pembaca tentang kepentingan menjauhi makanan-makanan sebegini.

Rasa insaf pula menyelinap dalam diri bila membaca tentang khasiat susu ibu. Kebaikan dan keajaiban susu ibu memang tidak boleh dipertikaikan lagi. Menariknya, Wardina mengupas tentang alasan-alasan yang biasa diberikan oleh ibu-ibu, fakta-fakta tentang perut bayi serta penyusuan ibu yang jarang diketengahkan dan masih ramai yang belum tahu.

Juga diselitkan sedikit himpunan resepi untuk anak-anak, panduan ringkas kesihatan anak-anak, jadual dan cara-cara membuat perancangan pemakanan.

Buku 'Siapa Alien?' pula sangat sesuai untuk bacaan anak-anak peringkat umur 6-10 tahun. Untuk anak-anak yang belum mencecah umur 6 tahun dan masih belum pandai membaca, jangan risau! Buku ini boleh dijadikan bahan penceritaan semasa sesi membaca bersama anak-anak atau bedtime story. Illustrasi yang simple tapi cantik dan jalan cerita yang ringkas dan mudah difahami. Tak rugi beli. GOod choice untuk koleksi perpustakaan mini di rumah anda. *eh iklan ;p


Jun 18, 2010

Kisah MakTuk dan kuncu-kuncunya II

Mengikut teori, individu autisme lebih suka menyendiri, sering tenggelam dalam dunianya sendiri, tak pandai bermain, tak pandai bersosial. Sebenarnya, mereka BOLEH berkomunikasi. Tetapi, dengan cara mereka yang tersendiri.


Abil tak pernah main nyorok-nyorok. Bersembunyi dan kemudian, dijumpai. Memang Abil tak pernah cuba. Kanak-kanak memang suka main nyorok-nyorok. Bila anak-anak main sembunyi-sembunyi, saya yang seronok. Siap bagi idea tempat menyorok pada mereka. Kadang-kadang, saya jadi tukang kira. Semalam, saya jadi jurukamera merangkap reporter. hehe


1,2,3,4,5................18,19,20! Dah ke Belum??

Bawah selimut, celah bantal, bawah kerusi, bawah kusyen, dalam almari, dalam stor.....
semua mereka dah sembunyi.
Oooppps! Mana Abil??


Hero sorang ni kena menyorok dengan saya sebab dia tak pandai sembunyi sendiri. Tengoklah tu, orang suruh duduk diam-diam tepi mesin basuh. Dengan selambanya dia 'menonjolkan' diri. Orang suruh diam waktu menyorok. Shhhh!! Lagi dia jerit sekuat-kuat hati bila saya tutup mulutnya.haha! Misi mengajar Abil main nyorok-nyorok berjaya! Seronok betul Abil gelak ketawa, walaupun dialah orang yang pertama sekali ditemui setiap kali kiraan berhenti. hehe



Oh ya! ini gambar laundry basket
yang patah kakinya sebab kuncu-kuncu MakTuk menyorok kat dalam ni....
erk~



Jun 17, 2010

Kisah MakTuk dan kuncu-kuncunya

Sempena cuti sekolah, kami 'berkampung' di rumah MakTuk, bersama anak-anak buah saya. Bukan selalu dapat peluang sebegini.Kali terakhir berkumpul ialah semasa cuti-cuti Utara yang lepas.

Suasana cukup gamat. Apa aktiviti anak-anak ini semasa sesi 'berkampung'?


Sesi belajar bersama.
Bagus!


Sesi makan bersama. Meriah!

Sesi merempuh dinding dengan kerusi tayar.
Oops terkedu!


Pendedahan dan pengalaman yang bagus untuk Abil; peluang bersosial (bermain, makan dan belajar beramai-ramai). Terbaik!



Jun 16, 2010

Buku sebagai Inspirasi

Atiq Wazif. Anak istimewa. Pengalaman saya bersama anak istimewa saya hanyalah 1% daripada cabaran yang dihadapi oleh Encik Hasan dan Puan Dora bersama Atiq Wazif. Membaca kisah Atiq Wazif, saya rasakan bahawa usaha saya untuk anak saya masih belum cukup. Usaha gigih dan kecekalan Encik Hasan dan Puan Dora SANGAT mengkagumkan dan WAJIB dicontohi oleh semua ibubapa di luar sana, khususnya yang mempunyai ANAK ISTIMEWA.

Syukur, saya diberi 'rezeki' untuk membaca buku ini. Proses mendapatkannya sahaja sudah cukup memberi 'hint' bahawa, BUKAN senang untuk memperolehi yang TERBAIK. Buku ini hanya berjaya saya miliki selepas kunjungan ke 5-6 buah kedai buku berhampiran JB dan juga Subang Jaya/Shah Alam. Buku yang sering disebut-sebut oleh kawan-kawan dan kenalan. Saya merasa cukup TERUJA untuk membacanya. Buku ini juga merupakan naskhah terakhir yang berada di atas rak pameran waktu saya membelinya.

Anda boleh beli di sini secara online. Membaca buku ini memang memberi satu kepuasan.

'Keistimewaan' Atiq Wazif masih belum dapat diklasifikasikan secara pasti oleh pakar dan doktor. Namun yang pasti, kesihatan beliau dan tumbesaran beliau sangat kritikal dan terjejas sejak dilahirkan. Penantian 4 tahun 6 bulan untuk melihat anak ini berdiri dan melangkah di atas kakinya sendiri bukan sahaja menitiskan air mata papanya, saya juga turut menangis membacanya.

Kemajuan-kemajuan kecil yang mungkin hanya dipandang sebelah mata bagi anak normal, membawa makna yang SANGAT besar bagi setiap anak istimewa. Itulah yang dirasai oleh Encik Hasan dan Puan Dora. Perasaan yang bukan asing bagi saya juga.

Kebolehan menghisap minumannya melalui straw, keupayaannya mengunyah makanan malahan bunyi-bunyian yang dikeluarkan dari mulutnya (walaupun bukan kata-kata) adalah HADIAH yang bernilai LEBIH dari jutaan ringgit daripada Atiq Wazif kepada papa dan mamanya. Hanya Tuhan yang tahu bagaimana GIGIHnya anak ini berusaha sebagaimana KUATnya juga Encik Hasan dan Puan Dora melalui kembara hidup bersama Atiq Wazif.

Terima kasih Encik Hasan atas perkongsian yang sangat  bermanfaat :)