Jun 5, 2010

Diagnosis Oh Diagnosis!

imej google
Mendapatkan diagnosis autisme dikalangan kanak-kanak, bukan senang. Hampir kesemua anak autisme dilahirkan normal dan tampak 'normal' sehinggalah usia mereka mencecah sekitar umur 2 tahun dan ke atas.


Biasanya, apabila anak-anak ini dilihat mempunyai perkembangan bercakap yang agak lambat (berbanding anak normal) dan juga tidak memberi respons dari segi komunikasi (eye contact), barulah ibubapa merasakan perlu untuk membawa anak mereka berjumpa pakar. Kadang-kadang, simptom-simptom autisme hanya akan kelihatan semakin ketara apabila anak-anak meningkat umur pra-sekolah.
Berdasarkan pengalaman, langkah pertama yang akan dicadangkan oleh doktor ialah ujian audio (untuk mengesahkan tahap pendengaran, normal ataupun tidak). Lambat bercakap mungkin disebabkan masalah pendengaran. Abil menjalani ujian audio sebanyak dua kali. Kedua-duanya normal.
Selepas ujian audio, anak saya dirujuk kepada pakar pksikologi kanak-kanak. Di peringkat ini, ibubapa/penjaga akan di-soal jawab berkenaan perkembangan anak mereka untuk mengenalpasti sebarang aktiviti/simptom 'luar biasa'. Diagnosis akan dibuat berdasarkan sesi soaljawab tersebut (mungkin juga dilakukan lebih daripada 1 temujanji).
Di Malaysia, proses mendapatkan diagnosis (khususnya di hospital kerajaan) mungkin mengambil masa yang panjang. Masa yang habis kerana menunggu diagnosis sebenarnya sangat berharga. Ini kerana diagnosis penting untuk membantu ibubapa/penjaga segera mendapatkan saluran pendidikan yang sesuai untuk anak (khususnya program intervensi awal).
Abil menerima diagnosisnya pada umur tiga tahun (kami melalui proses rujukan ke pakar, ujian audio dan pelbagai temujanji selama lebih kurang setahun setengah).
Selepas diagnosis, ibubapa sangat dinasihatkan untuk mendaftarkan anak-anak istimewa mereka di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Sesetengah ibubapa merasakan tidak wajar melabel anak mereka dan mungkin tidak mahu mendaftarkan anak mereka sebagai OKU.
Secara peribadi, ini bukan soal melabel anak-anak. Apa yang penting ialah anak-anak menerima kemudahan yang disediakan kerajaan kepada golongan ini. Membesarkan anak-anak istimewa bukan mudah. Kemudah-kemudahan dan keistimewaan yang diberikan(walaupun sedikit) pastinya dapat membantu meringankan beban.
Untuk panduan am tentang cara-cara mendapatkan diagnosis, boleh baca di sini.
Juga mengenai perkembangan terbaru tentang diagnosis autisme (kajian tentang samada autisme boleh diuji melalui ujian air kencing), boleh baca di sini.



7 comments:

keen said...

kak, bc x kat page fb carly..even can trace thru their urine..hmmm, bile la kat msia pn leh camtu gak???

apparently those with autism even their urine pattern pn different from normal people...

maya amir said...

hi syida..lame tak jenguk sini... hg sihat? tk care yeah..

Syahida said...

keen->aku link ke page yang sama (highlighted by Carly).
the result on whether or not the urine test is valid is yet to be confirmed...so, tunggu & lihat jelah..

maya-> salammmm....haiiiii..... sehat2 belaka...lama tak singgah simplyMoi juga...nanti aku mai jenguk eh..have a great weekend!

ZULTIE said...

Memang betul, hanya ibubapa yg pernah mengalaminya yg tahu mcmmna sukarnya nk berulangalik ke hospital untk diagnos sesuatu penyakit tu. Tp stlh didiagnos, memang berpuas hati dan kita pn mudah untk merancang apa yg terbaik utk kita lakukan seterusnya, kan..Sebenarnya anak-anak OKU tu, bkn 'kurang upaya', tapi adalah 'kelainan upaya'..

ieda said...

salam..first time kat sini.mmg betul..nak diagnose autisme mmg ambil masa.kawan saya pun ada anak autisme..diagnosed masa umur 3 thn jg.tu pun puas bawa jumpa pakar.

ieda said...

baru baca entry di bawah...pemilik avanza jg rupanya..geng avanza sedang berkonvoi di Johor..hari ni last day..

Syahida said...

Tie-> betul la tu...OKU bukan untuk kurang upaya TAPI kelainan upaya :-)

Ieda-> ahli kelab avanza ke? hehehe
proses mendapatkan diagnosis hanyalah 'ujian' kecil, yang lebih penting ialah bagaimana memastikan anak2 istimewa dididik dan dibesarkan dengan sempurna walau apa jua diagnosis-nya :-)