Jun 14, 2010

Tuisyen Cuti!

Minggu kedua cuti sekolah. Kelas tuisyen saya bercuti selepas bertungkus lumus belajar sepanjang cuti minggu lepas. Semua kelas berehat seketika dan akan diganti kemudian. Saya sendiri pun lega dapat bercuti. Masa untuk menyelesaikan tugasan-tugasan lain dan bersantai dengan anak-anak.


Sekarang adalah masanya untuk memastikan anak-anak menghabiskan saki baki percutian secara produktif. Kak Dina akan menghadiri kelas Bijak Sifir selama 2 hari anjuran UmmikuSayang. Nampaknya saya kena cari idea untuk aktiviti Abil dan Zarif. Seronok juga mencari bahan di blog ini dan juga sini.


Selamat bercuti semua! ~weee


No comments: