Jun 19, 2010

"Mama, saya lapar..."


Masih ingat lagi entri ini? Ya, akhirnya saya berjaya beli dan baca buku ni.  

Bercakap tentang buku "Mama, saya lapar...", 10 markah untuk kulit bukunya yang sangat cantik dan menarik, juga helaian-helaian mukasuratnya yang penuh berwarna 100%. Bak kata ayah saya, 'orang kita sangat suka bahan bacaan yang santai, orang kita sukakan gambar'. Apa pun alasannya, sekali imbas buku ini memang sangat menarik untuk dibaca.


Selepas diimbas berkali-kali, saya rasa buku ini berjaya mengupas isu anak-anak dan masalah pemakanan. Kenapa mereka susah nak makan? dan apa yang mereka suka makan?...Paling saya suka ialah fokus tentang makanan ringan(junk food) dan juga penyusuan susu ibu.

Rasanya semua tahu tentang bahaya dan keburukan junk food, tapi masih ramai ibubapa yang masih membenarkan anak-anak mengambil makanan-makanan sebegini. Saya sendiri masih belum berjaya membanteras pemakanan junk food 100%. Setakat ni, hanya berjaya mengurangkan kekerapan dan kuantiti pengambilannya. Harap-harap tulisan Wardina akan berjaya meningkatkan kesedaran kepada setiap pembaca tentang kepentingan menjauhi makanan-makanan sebegini.

Rasa insaf pula menyelinap dalam diri bila membaca tentang khasiat susu ibu. Kebaikan dan keajaiban susu ibu memang tidak boleh dipertikaikan lagi. Menariknya, Wardina mengupas tentang alasan-alasan yang biasa diberikan oleh ibu-ibu, fakta-fakta tentang perut bayi serta penyusuan ibu yang jarang diketengahkan dan masih ramai yang belum tahu.

Juga diselitkan sedikit himpunan resepi untuk anak-anak, panduan ringkas kesihatan anak-anak, jadual dan cara-cara membuat perancangan pemakanan.

Buku 'Siapa Alien?' pula sangat sesuai untuk bacaan anak-anak peringkat umur 6-10 tahun. Untuk anak-anak yang belum mencecah umur 6 tahun dan masih belum pandai membaca, jangan risau! Buku ini boleh dijadikan bahan penceritaan semasa sesi membaca bersama anak-anak atau bedtime story. Illustrasi yang simple tapi cantik dan jalan cerita yang ringkas dan mudah difahami. Tak rugi beli. GOod choice untuk koleksi perpustakaan mini di rumah anda. *eh iklan ;p


2 comments:

Anonymous said...

+ Memang dah macam iklan.... Buat aku x sabar nak pi carik buku nie.. huuhu + Along +

Syahida said...

Along, pi carik cepat! :D