Jun 7, 2010

Mainan Oh! Mainan

imej google
Menarik sungguh promosi barang-barang permainan di sini. Dah agak lama juga saya tak shopping toys untuk anak-anak.

Permainan yang menjadi pilihan saya biasanya dari kelompok harga patut. Faktor-faktor lain; kesesuaian dengan usia anak, minat dan kecenderungan mereka, faktor keselamatan serta yang berasaskan pendidikan (educational toys).

Permainan yang bagus dan berkualiti mestilah yang diperbuat daripada bahan-bahan yang selamat (tiada kandungan bahan kimia/toksin berbahaya) dan juga mampu memberi rangsangan yang diperlukan kepada kanak-kanak (khususnya kemahiran motor, kemahiran berkomunikasi dan pergerakan sensori).

Sesetengah ibubapa memilih alatan permainan berdasarkan citarasa mereka (untuk menghidupkan kembali fantasi zaman kanak-kanak). Memberi kebebasan memilih kepada anak-anak adalah sangat digalakkan, bagaimanapun 'kebebasan' yang diberikan adalah tertakluk kepada terma dan syarat.hehe

Pemilihan permainan juga harus melihat kepada keperluan khas anak-anak istimewa. Anak-anak hiperaktif contohnya, lebih sesuai dan lebih berminat bermain dengan permainan yang berasaskan muzik dan arts and craft.

Ada pula yang mudah tertarik dengan permainan yang mempunyai 'butang-butang', suis atau lubang yang boleh ditekan, dipukul atau ditarik. Tekstur alat permainan juga memainkan peranan dalam merangsang sensori anak-anak ketika bermain.

Kesimpulannya, anak-anak perlukan permainan. Membeli permainan bukanlah pembaziran semata-mata, malah boleh memberi manfaat sekiranya ibubapa bijak memilih dan 'memanipulasi' permainan tersebut bersama anak-anak.





No comments: