Jul 29, 2010

Tenggelam dalam buku

Saya sudah seperti kapal TITANIC yang tenggelam.
Tolong!!


Buku-buku saya

Lagi buku-buku dan kertas-kertas kelas tuisyen saya

Ini sebahagian buku anak-anak saya

.....dan ini pulak, buku kegemaran Abil atas meja solek.
Tiada kosmetik. Cuma buku, buku dan....buku!

Harus spring cleaning segera!


A book is like a garden carried in the pocket.~Chinese Proverb


Jul 28, 2010

Speech delay, Echolalia, Autism

imej google
Sudah agak lama tak menulis tentang autisme.
Kali ni, berkisar speech delay dan echolalia.
Speech delay = perkembangan pertuturan yang terbantut
Echolalia = pengulangan perkataan atau frasa ( diambil dari perkataan 'echo' = gema)

Bermasalah pertuturan tidak semestinya autisme.

Carta perkembangan setiap anak berbeza.
Jika anak terlalu lambat bercakap dan disertai ciri-ciri autisme lain, segera berjumpa pakar untuk pemeriksaan lanjut.
Jika anak agak lambat bercakap tetapi boleh berkomunikasi (dengan mata, perbuatan) dengan baik, mungkin ia hanya speech delay.
Jika anak lewat bercakap dan langsung tiada respons pada bunyi dan suara tetapi tiada ciri-ciri autisme, segeralah juga berjumpa doktor untuk pemeriksaan pendengaran.

Bukan semua anak autisme lambat bercakap.
Ada yang bercakap selari dengan aras perkembangan kanak-kanak normal.
Ada juga yang tidak.
Ada yang langsung tidak bercakap (non verbal) sepanjang hayat mereka (biasanya yang jatuh dalam kategori severe, autisme kronik).

Ada anak autisme yang bercakap seawal 3-4 tahun jika didedahkan dengan terapi pertuturan (speech therapy) secara intensif dari awal.
Yang lebih bernasib baik, masih mampu bercakap macam kanak-kanak normal walaupun tanpa terapi dan latihan.

Ada yang hanya mula bercakap dengan jelas (bermula dengan sepatah dua) , bila dah mencecah 7-8 tahun. Malah, ada yang non-verbal sehingga umur 11 tahun.

Memang tiada satu aras yang standard untuk anak-anak autisme ni.

Teori mungkin menetapkan bahawa peluang anak autisme belajar bercakap SANGAT cerah sekitar umur pra sekolah sehingga umur mereka 6-7 tahun. 


Ada juga teori yang kata, semakin lanjut usia anak, semakin 'malap ' peluang untuk melihat anak-anak ini bercakap.

Tapi harus diingat, ini HANYA teori, semuanya di tangan Tuhan.
Yang penting kena usaha dan tawakal.
Ibubapa/penjaga/cikgu-cikgu, kena buat yang terbaik dan sehabis mampu.

Echolalia? ok, cara percakapan yang berulang-ulang.
Bila soalan ditanya, bukan jawapan yang diberikan, tapi anak autisme akan mengulang semua soalan.

Ada masanya, anak autisme mengulang semula perkataan atau frasa yang pernah didengar (samada melalui TV, radio atau perbualan orang lain) pada bila-bila masa.

Saya juga lihat simptom ini pada anak normal (yang BUKAN autisme).
Echolalia boleh juga berlaku dalam frasa anak belajar bercakap.
Biasanya ia bersifat sementara.

Mengulang semula soalan bila tidak tahu nak jawab apa.
Mengulang soalan untuk memproses maklumat yang diberi/ditanya oleh penyoal.

Macam burung kakaktua, belajar bercakap dengan cara mengulang-ulang ayat/frasa yang didengar.

Bila echolalia berlaku, ia petanda yang anak autisme boleh bercakap.
Tapi, perlu dilatih untuk bercakap/berkomunikasi dengan cara yang betul.


Speech therapy atau latihan berterusan boleh membantu.

Echolalia juga mungkin petunjuk kepada perasaan anak autisme tersebut.

Anak itu mungkin sedang merasa 'teruja' dan cuba untuk bertenang.
Ada kemungkinan anak autisme itu sedang stres. Mungkin juga terlalu gembira.

Segalanya mungkin. Sebab itu, ibubapa/penjaga anak autisme kena mahir 'membaca' dan menterjemah ekspresi muka dan perlakuan anak-anak ini.
Saya sendiri pun masih terkial-kial lagi.

Sekian untuk topik Autisme hari ni.

Syabas untuk anda yang tak bosan membaca sampai habis :)

Jumpa lagi!

Jul 27, 2010

Kisah Abil dan TukAyah

TukAyah antara insan yang PALING sayang Abil. Sangat jelas. Sangat nyata. Cucu kesayangan TukAyah.

Sebenarnya, nak cerita kisah TukAyah yang baru saja sambut hari jadinya yang ke 60 beberapa hari yang lepas. Seperti biasa, sambutan secara 'mini' dan penuh privasi. Bacaan doa selamat bersama-sama.Potong kek dan makan-makan bersama.

Ya, tidak ada hadiah besar dan mahal untuk TukAyah daripada kami. Sejujurnya, saya dan encik suami belum mampu untuk menghadiahkan yang MAHAL dan GRAND (bak kata orang putih). Tapi, saya yakin hadiah kasih sayang dan perhatian kami jauh LEBIH mahal dan bermakna. Hadiah gelak tawa anak cucu depan matanya tak boleh dijual-beli.


Alhamdulillah, TukAyah masih sihat dan bertenaga. Masih kuat dan rajin bekerja, masih boleh lari kejar cucu. Semuanya masih boleh, insyAllah.



There are fathers who do not love their children
BUT there is NO grandfather who does not adore their grandson.
~Victor Hugo

Jul 26, 2010

One Day at a Time


From the notice board of Happyland Special Edu. Centre. 


Something nice to share. Here goes...



Take each day, One at a time.

One day at a time- this is enough

Do not look back & grieve over the past,
for it is gone.

Do not be troubled about the future,
for it has yet to come.

Live in the PRESENT
and make it so beautiful that it will be worth remembering

~Unknown Author


Otak kiri, Otak kanan

OK. Jom buat senaman otak.

Caranya:-
Baca semua perkataan satu persatu dari kiri ke kanan.
Sebut WARNA perkataan dan BUKAN membaca perkataan yang tertulis.

Kesannya:
Konflik antara otak kiri dan kanan akan berlaku.
Otak KANAN akan cuba menterjemah WARNA, manakala otak KIRI akan cuba menterjemah PERKATAAN.

Apalagi, Cubalah!

Oh ya, saya dapat dari rakan Facebook saya, Sri Latha.




Jul 22, 2010

Kisah Abil, rumput dan Kangkung

Hari ini, kisah Abil si pemotong rumput. Sebetulnya, ngeri juga bila tengok Abil pegang gunting rumput tu. Terus teringat Edward Scissorhand (tak kenal siapa ni? boleh klik sini.) Tapi, saya bagi peluang padanya. Saya tahu dia suka gunting. Jadi, ini salah satu strategi produktif untuk memanipulasi minatnya. Jom tengok gambar.


Ok. Hanya dua gambar saja kali ni.Saya terpaksa bagi perhatian penuh pada si pemotong rumput ni. Bahaya! Saya takut kalau-kalau ada yang tercedera. Paling tidak pun, habis bunga-bunga pada pokok mangga di-zassss-nya (pernah berlaku sebelum ini ).

Oh ya! selingan sikit. Nak tayang pokok kangkung saya. Ya, dalam kisah si petani moden, Abil tolong gembur-gemburkan tanah untuk saya semaikan batang-batang pokok kangkung. Alhamdulillah, selepas lebih kurang beberapa minggu, dengan kerjasama Maktuk dan famili di USJ yang tolong siram, pokok kangkung saya tumbuh subur.


Dah kena sekali petik oleh Maktuk, untuk dibuat lauk. Bangga. Walaupun sekangkang zarif je pokoknya.hehe


Anda bagaimana? Green finger juga ke?

Jul 21, 2010

Jom Origami! (episod 2)


Origami bersama Abil. Dia masih belum pandai melipat sendiri. Saya pegang tangannya dan tekankan pada jari jemarinya. Awalnya, seperti 'terpaksa'. Selepas 2-3 minit, Abil dah give up dan frust. Saya cuba pujuk dan pujuk. Akhirnya, berjaya juga buat sesi origami selama lebih kurang 15 minit.

Oh ya, saya sendiri terpaksa minta tolong encik suami ajarkan saya dulu.


Untuk permulaan, kami buat cup, dog face dan fish.

1,2,3 A.C.T.I.O.N !!

Bahan-bahannya;
Kertas berwarna (bentuk segiempat sama) dan Abil.
Disuruh lukis mata, mulut dan sisik ikan. Abil buat, smiling face ~erk.

Best!


Lepas ni kena belajar banyak lagi lipatan origami dan buat sesi lagi.
So, berapa markah nak bagi Abil ni?? 



Jul 20, 2010

Jom buat kraf!

Menjengah ke blog Mamayeen tadi, saya tumpang seronok dengan 'Projek petang hari'-nya bersama anak-anak.


Malam Ahad yang lepas, saya cuba luangkan masa untuk beraktiviti dengan anak-anak.
Ok. Sekali lagi menggunakan idea instant macam aktiviti pagi Ahad satu ketika dulu. Tak sempat nak merancang dengan teliti. Pengisian yang simple tapi bermanfaat, insyAllah.


Kertas warna, pensil, pembaris panjang, gunting, gam.
oh ya! magic colour juga.
Kami nak buat caterpillar craft.
Saya dapat idea dari sini.

Belajar melukis garisan dengan pembaris

Abil sangat SUKA menggunting.

Masih kurang kemas. Takpe, yang penting, Abil gunting sendiri.

Sapu gam dan gulung.

Caterpillar craft ni boleh digayakan macam-macam cara.Boleh gantung di dinding.
Kami gantung di leher.hehe

Siap kraf yang satu ni, saya tengok Abil masih duduk di meja.
Wahhh! peluang baik, terus saya suruh buat crown
pula.

A happy 'king'

.......and the 'Queen'

10 markah untuk Abil dan kak Dina.


Jul 17, 2010

A.U.T.I.S.M.E

imej google
Autistik.
Istilah untuk individu yang ada ciri-ciri autisme.
Istilah yang lebih beretika ialah 'a person/child with autism'.
Lebih sopan. Lebih berhemah.

Apa itu Autisme?
Secara ringkasnya, gangguan pada perkembangan dan fungsi otak.
BUKAN terencat akal.
Biasa dikesan sekitar umur 2-3 tahun.
Sekarang, sudah boleh dikesan seawal usia setahun-2 tahun.
Kebanyakan hanya mula 'nampak' simptom autisme pada anak-anak sekitar umur 4-6 tahun (bila anak mula masuk sekolah).

Ciri-ciri Autisme?
(pada bayi dan kanak-kanak)
Tak respon bila dipanggil nama. Tidak menoleh.
Tiada eye contact (tidak pandang ke mata bila berkomunikasi).
Sangat obses atau terlalu attach pada sesuatu (biasanya objek).
Lambat bercakap (speech delay).
Suka atur objek/mainan secara selari (horizontal).
Suka/selesa dengan rutin/perkara yang sama.
Kurang selesa/rasa tak selamat dengan sebarang perubahan.
(terutama yang mengejut/mendadak)
Tak suka bersosial, lebih suka menyendiri, seperti dalam dunia sendiri.

Insan Autisme ada masalah sensori.
Sensori? Apa tu?
Contoh, masalah dengan imbangan (balance),
sentuhan, bunyi, cahaya, ataupun bau.
Organ sensori (mata, telinga, kulit, hidung, lidah) terlalu sensitif (hiper)
atau TAK sensitif langsung (hipo).
Mood yang tak menentu.
Kadang-kadang menangis atau ketawa tanpa sebab yang jelas.
Mood juga boleh bertukar sekelip mata.
Skizofrenia? Gila? Sakit mental? BUKAN.

Autisme = Tantrum
Masalah mengawal emosi.
Bila 'marah', ekspresinya kadangkala 'melampau'.

Autisme ada spektrum.
Apa tu?
Aras yang menunjukkan samada ianya autisme 'kronik' (severe autism)
atau
autisme 'ringan' (mild autism).
Apa beza mild dan severe?
Individu yang punya bilangan ciri-ciri minima dikatakan sebagai mild autistic.
Individu yang ada banyak atau hampir kesemua ciri-ciri autisme adalah severe autistic.

Yang disebut di atas, adalah ciri-ciri AM seorang autistik.
Setiap individu autisme berbeza-beza.
Ada yang bercakap seperti individu normal
TAPI
sangat sensitif pada cahaya atau bunyi yang kuat.
Ada yang bercakap hanya sepatah dua,
ada yang tak bercakap langsung (tapi bukan bisu).
Ada yang lincah (hiper), ada yang senyap dan pasif.
Ada yang agak emosi, ada yang sentiasa happy.
Ada yang suka dan berbakat melukis, ada yang tidak.
Ada yang sering diserang sawan (fit), ada yang tidak.

Kebanyakan mereka nampak 'blur' tapi bukan bermakna tiada perasaan.
Mereka umpamanya berada dalam 'bilik kaca'.
Mereka 'feel' macam kita tapi mereka tidak tahu dan tidak boleh meluahkan/menyampaikan.


Autistik kah anda?
Nak tahu, boleh cuba buat test sini.
Keputusan saya, 10% Autistik.
Keputusan anda?


Jom Bersyukur!

imej google
Be thankful for what you have,you'll end up having more. If you concentrate on what you don't have, you will never, ever have enough.
-- Oprah Winfrey


Bersyukur.

Perkataan yang sangat mudah disebut, tapi BUKAN mudah untuk dipraktikkan dan disemai dalam diri.

Kenapa tiba-tiba saya sebut pasal 'bersyukur' ni?
Semuanya impak selepas lawatan ke hospital untuk appointment Abil tempohari. Dulu, setiap kali kena hadir untuk temujanji doktor bersama Abil, saya mengeluh. Menunggu berjam-jam. Terpaksa pula melayan karenah anak-anak yang 1001 ragam.

Tapi, itu dulu. Sekarang, saya sudah insaf. Setiap kali ke hospital, saya dapat sesi 'muhasabah' percuma. Pandang saja kiri kanan, depan dan belakang. Mesti anda akan rasa betapa BERSYUKURnya menjadi diri anda.

Di hospital juga saya rasa 'lega' sebab dikelilingi kawan-kawan yang sama-sama 'sekapal'. Ibu-ibu dan bapa-bapa (sesetengahnya, atuk-atuk dan nenek-nenek) kepada anak-anak autisme juga, anak-anak down syndrome, anak-anak ADHD/ADD (hiper), anak-anak dyslexia dan ramai lagi. Bila bertemu dengan kawan-kawan 'sekapal', saya rasa LEBIH selesa kerana saya tahu, mereka faham dan tahu apa yang saya rasa. Mereka juga mengalami apa yang saya alami. Ya, saya bukan seorang diri.

Moralnya, kalau anda rasa seperti sudah 'terkeluar dari landasan' dan ingin kembali memijak bumi, intai-intailah mereka yang bernasib malang dan kurang berkemampuan. Kalau anda selalu murung dan bersedih serta menganggap takdir 'memusuhi' anda, renung-renunglah mereka yang lebih susah dari anda dan belajarlah bersyukur mulai sekarang.

Saya sendiri sentiasa ternanti-nanti dengan kunjungan ke hospital yang seterusnya. Tak macam dulu lagi. Setiap kali pulang dari temujanji hospital, saya seperti dapat booster! Sayalah antara yang PALING bertuah dalam dunia!


Alhamdulillah :)



Jul 12, 2010

Si Duta Kecil

Comel


Ini anak bongsu saya, Zarif. Si comel yang sedang dalam belajar untuk faham karenah abangnya yang istimewa. Ya, baru mencecah 4 tahun, tapi dia seolah-olah nya faham tentang cabaran yang sedang Abil hadapi.

Bagaimanapun, umur 4 tahun masih belum cukup matang untuk adik Zarif faham kenapa abangnya perlukan lebih perhatian.

Sepertimana kak Dina men'dewasa'kan dirinya secara semulajadi (tanpa paksaan). Saya percaya adik Zarif juga akan melalui proses yang sama. Sebetulnya, mempunyai adik beradik autisme bukan isu remeh. Sebanyak mana saya dan suami 'berkorban' untuk Abil, sebanyak itu jugalah yang kakak dan adik terpaksa 'berkorban' untuk Abil. Kadangkala, ia-nya berlaku secara sukarela dan tanpa disedari. Ada masanya, 'perngorbanan' yang perlu dilakukan dibuat dengan muka yang muncung dan separuh hati. Apapun situasinya, saya tak pernah jemu menerangkan dan cuba berdiplomasi. Rasanya, bila besar nanti, anak-anak saya pun layak menjadi duta kecil autisme (InsyAllah).

Oh ya! Sabtu lepas, kami ke Hutan Bandar Mutiara Rini, Skudai (Earth Day 2010, anjuran SR). Yang best, kami masuk Walk Hunt dan jadi pemenang 20 Tempat Pertama (tempat ke 13). Alhamdulillah, dapat bawak balik hamper dan goodie bag, selain puas bermandi peluh dan 'membakar diri' bawah cahaya matahari terik jam 10-12tengahari. Tema pakaian, putih dan hijau sebab nak meraikan hari Bumi. Memang enjoy la walaupun kami sampai lewat.


Sepanjang hari, Adik Zarif tak lekang dengan medal yang kami dapat. Yang sedihnya, Abil tak dapat ikut kerana terpaksa hadir sesi terapi sensori mingguannya. Tak apa Abil, ada rezeki, tahun depan kita pergi sama-sama.



Autisme dan spektrumnya.
Sila jenguk sini."