Jul 17, 2010

Jom Bersyukur!

imej google
Be thankful for what you have,you'll end up having more. If you concentrate on what you don't have, you will never, ever have enough.
-- Oprah Winfrey


Bersyukur.

Perkataan yang sangat mudah disebut, tapi BUKAN mudah untuk dipraktikkan dan disemai dalam diri.

Kenapa tiba-tiba saya sebut pasal 'bersyukur' ni?
Semuanya impak selepas lawatan ke hospital untuk appointment Abil tempohari. Dulu, setiap kali kena hadir untuk temujanji doktor bersama Abil, saya mengeluh. Menunggu berjam-jam. Terpaksa pula melayan karenah anak-anak yang 1001 ragam.

Tapi, itu dulu. Sekarang, saya sudah insaf. Setiap kali ke hospital, saya dapat sesi 'muhasabah' percuma. Pandang saja kiri kanan, depan dan belakang. Mesti anda akan rasa betapa BERSYUKURnya menjadi diri anda.

Di hospital juga saya rasa 'lega' sebab dikelilingi kawan-kawan yang sama-sama 'sekapal'. Ibu-ibu dan bapa-bapa (sesetengahnya, atuk-atuk dan nenek-nenek) kepada anak-anak autisme juga, anak-anak down syndrome, anak-anak ADHD/ADD (hiper), anak-anak dyslexia dan ramai lagi. Bila bertemu dengan kawan-kawan 'sekapal', saya rasa LEBIH selesa kerana saya tahu, mereka faham dan tahu apa yang saya rasa. Mereka juga mengalami apa yang saya alami. Ya, saya bukan seorang diri.

Moralnya, kalau anda rasa seperti sudah 'terkeluar dari landasan' dan ingin kembali memijak bumi, intai-intailah mereka yang bernasib malang dan kurang berkemampuan. Kalau anda selalu murung dan bersedih serta menganggap takdir 'memusuhi' anda, renung-renunglah mereka yang lebih susah dari anda dan belajarlah bersyukur mulai sekarang.

Saya sendiri sentiasa ternanti-nanti dengan kunjungan ke hospital yang seterusnya. Tak macam dulu lagi. Setiap kali pulang dari temujanji hospital, saya seperti dapat booster! Sayalah antara yang PALING bertuah dalam dunia!


Alhamdulillah :)



2 comments:

YatieJay said...

Betul tu...kekadang kita mudah sangat mengeluh tanpa sedar yg keadaan kita ni sebenarnya lebih baik dari org lain. Normal kan tu? Tapi yatie pun nak cuba utk belajar lebih bersyukur....dengan cara tengok org lain yg lebih 'kurang' dari kita...

Syahida said...

yatie, lama tak baca komen awak :-)
betul la tu, manusia ni senang lalai dan lupa...sebab tu kena selalu muhasabah diri. semoga kita termasuk dalam golongan manusia yang SELALU bersyukur..Amin!