Aug 31, 2010

Kisah dapur Majidi

Antara juadah kami di bulan Ramadhan

Apam -air tangan Chef Romli

Roti Naik - air tangan Chef Nas


Sosej roll - Chef Nas lagi


Homemade Roti john - oleh Chef Nas


Agar-agar laici oleh saya (hihi)

Banana Milkshake - oleh kak Dina

Aug 30, 2010

Onde-onde kasih sayang

Onde-onde kasih sayang.

Kenapa onde-onde kasih sayang? sebab banyak benar 'tangan' yang menyediakan onde-onde ni. Riuh sekampung. Dah tentu Abil yang paling seronok. Tapi dia seronok menguli saja, disuruh makan dia tak mahu.


Menunggu giliran 'mencampak' onde-onde.


si kenit yang tak cukup tinggi

tukang angkat, kena hati-hati...panasssss!


ketua pengawas di dapur...hehe


Gentel, campak, rebus, angkat dan akhirnya.......golekkkkkk!!


Dah habis masak? Apalagi, kemas!
Terima kasih Abil.



Aug 29, 2010

Let's Paint!

Ok. It has been a while since we did our last arts & craft activity. Today, we had another half-an-hour painting session together.

Let's Get Messy!

Mission accomplished. Everybody had fun. Most importantly, Abil successfully focused painting for about 20 minutes. Yippie yeay!!

Happy Faces

While we try to teach our children about life,
our children teach us what life is all about.~Angela Schwindt



Aug 26, 2010

Dia sudah 28 tahun!

Dia adalah 'kembar' saya.

Dia juga antara peminat no.1 saya.

Anak-anak saya anggap dia macam ibu 'tumpang' mereka. Kalau dia ada, mereka 'tolak' saya ke tepi. Sering saja anak saya tersalah ibu, terutamanya Abil. Masa saya menyusukan anak-anak saya, kadang-kadang dia juga di'himpit' untuk susu. Ya, sampai macam tu sekali.

Dia anggap zuriat saya seperti darah dagingnya. Anak-anaknya nanti, anak-anak saya juga.

Orang kata, dia yang paling 'serupa' dengan saya. Dia kata dia lebih cantik. Saya pulak rasa saya yang lebih manis.hehe

Dia selalu sokong saya. Saya pun selalu sokong dia.

Saya lihat kehidupannya sempurna. Perwatakan menarik macam saya juga, berpendidikan tinggi, ada suami yang soleh, kacak dan baik hati macam suami saya juga (hehe), punya kerjaya yang mantap serta disayangi semua.

Dia pula mahukan kehidupan seperti saya. Bekerja daripada rumah, bahagia dengan anak-anak di depan mata.

Semasa kecil, saya bonceng dia dengan basikal ke sekolah.

Bila dewasa, dia sentiasa cari saya bila dia ada masalah.

Ya, sayalah 'Cik Sri Siantan'nya. Dia pula adalah rakan lawak saya.

Hari ini genap 28 tahun umurnya. Sudah 'tua' tapi sayang saya padanya masih sama.

Mimot, May Allah bless you every minute, every step and every way.

Happy 28th Birthday!
xoxo



Aug 23, 2010

Jom main bunga api!

Sudah 13 hari berpuasa.Tak lama lagi Ramadhan akan berakhir.Belum puas rasanya.

Semalam, anak-anak saya main bunga api untuk kali pertama tahun ni.Paling mereka seronok main sebenarnya ialah mercun pop-pop.Sebesar biji kacang je. Main baling-baling dan kemudian meletup. Berebut-rebut masing-masing nak baling. Tak sampai seminit, habis 3 kotak mercun pop-pop.

Tahun ni, Abil dan adik Zarif nampaknya dah semakin pandai main bunga api.

Ok.masa untuk layan gambar!
Seronok!

Aug 20, 2010

Progress!


Antara kemajuan Abil tahun ini,' m.a.k.a.n s.e.n.d.i.r.i. '

10 markah untuk Abil kerana semangat dan keyakinannya untuk mencuba. Saya tahu dia berusaha keras, walaupun makan sendiri adalah satu kemahiran yang mungkin datang automatik pada anak-anak normal. Keep it up Abil!


Perihal Urut

gambar dari google

Tentang urut. Saya pasti hampir semua orang suka diurut. Kalau yang tak suka, kurang selesa atau 'bermasalah' bila diurut, mungkin ia petanda ketidakseimbangan sensori atau masalah saraf (neurologi).

Urut sesuai untuk semua golongan. Bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa, orang tua. Saya pernah terbaca ibu hamil (3 bulan pertama) tidak dibolehkan berurut. Yang menghidap sakit jantung juga khabarnya tidak digalakkan berurut. Ini kena tanya pakar.

Banyak kebaikan urut. Mengeratkan hubungan (bonding), jika dilakukan oleh ibu/bapa kepada si anak atau, si anak mengurut orang tuanya. Bila hubungan positif, anak-anak lebih mendengar kata, lebih tenang dan lebih ceria. Faedah kesihatan juga banyak; melancarkan peredaran darah, merangsang pertumbuhan, menggalakkan peredaran oksigen ke otak, menggalakkan pengeluaran toksin dari badan, mengurangkan stres dan banyak lagi.

Masa yang sesuai untuk berurut? Pada saya, bila-bila masa. Saya pernah terbaca, tidak sesuai dilakukan selepas makan (ketika terlalu kenyang). Saya sendiri mengurut bila saja ada peluang. Semasa memandikan anak, sebelum mereka tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi atau di dalam kereta. Yang penting, urut semasa mood santai dan tenang.

Perlu ada kemahiran mengurut ke? Kalau ada, baguslah. Kalau takde, boleh tambah ilmu melalui pembacaan dan bertanya pada yang pakar. Saya diberitahu , kita tak perlu menjadi seorang pakar urut untuk melakukannya. Yang penting, lakukan dengan penuh kasih sayang dan perhatian.

Dengan anak kecil, digalakkan mengurut sambil bercerita atau berbual-bual. Berzikir atau menyanyi boleh dilakukan seiring dengan pergerakan tangan dan jari. Anak-anak confirm suka. Kadang-kadang, saya gunakan berus-berus/span halus/sikat/ sarung tangan yang berbulu untuk menggosok bahagian-bahagian pada tubuh Abil yang agak sensitif(hiper) atau tak sensitif langsung(hypo). Juga urut di bahagian sendi-sendi sebab toksin selalu berkumpul di sini.

Mula-mula, memang dia tak suka/geli dan cuba mengelak. Lama-lama dia akan 'lali' dan secara tak langsung, keupayaan sensori-nya akan meningkat. Oh ya! jangan memaksa ye, cuba distract mereka. Bila mereka leka, lebih mudah mengurut di bahagian-bahagian yang sukar.

Kalau ada pengetahuan tentang refleksologi dan lain-lain berkaitan urut, memang sangat berguna. Ini kerana anda boleh tumpukan bahagian bahagian-bahagian yang berkait secara langsung dengan otak.

Harus diingat, buat secara konsisten bukan bermusim. Seeloknya untuk jangkamasa yang singkat saja, dalam 15-20 minit. Untuk anak-anak yang hiper/singkat daya tumpuan, urut melebihi jangkamasa ini akan menyebabkan mereka terlebih rangsangan.

Urut mengambil sedikit masa untuk menunjukkan kesan positif. Tapi, kesannya berpanjangan. Saya suka urut-mengurut ni. Mudah, ringkas dan murah (kalau buat sendiri la, kalau panggil tukang urut selalu, memang kempis poket..hehe).


Ok bai :p

Aug 13, 2010

Oh! crazy straw

gambar Google

Saya sedang baca buku ini sekarang.Tulisan seorang individu autisme, Judith Bluestone. Seorang kawan lama yang recommend buku ni. Saya beli, saya baca dan saya sedang berusaha untuk faham isi kandungannya.

Terlalu banyak untuk dikongsi tentang buku ini sebenarnya. Paling istimewa, penulisnya sendiri adalah seorang autisme.A living proof. Saya baca untuk saya lebih faham keadaan anak saya.

Saya akan cuba berkongsi info dalam buku ini sedikit demi sedikit. Hari ni, saya cuma nak tulis tentang crazy straw. Lihat gambar-gambar dari google.




Menurut buku Fabric of Autism, crazy straw sangat bagus untuk anak autisme (juga anak istimewa lain). Ia boleh memperbaiki fungsi otak (diterangkan secara specifik di dalam buku), meningkatkan keupayaan untuk fokus, memberi keseimbangan pada pengeluaran hormon badan dan paling penting, menguatkan kawalan lidah dan bibir (boleh merangsang keupayaan bercakap).

Katanya lagi, kesan menyedut dengan straw ni akan lebih efektif jika dilakukan dengan menutup mata. Oh ya, ibu mengandung TAK digalakkan melakukan aktiviti ini sebab ia boleh merangsang kontraksi (contractions).

Saya rasa ini salah satu kaedah yang menyeronokkan tapi sangat bermanfaat untuk Abil. Saya mahu dia cepat-cepat bercakap dengan lebih lancar. Saya mahu cari crazy straw ini. Segera!

Aug 12, 2010

Kisah Abil dan Skuter

Abil dapat skuter baru. Skuter lamanya ada 2 roda di belakang.
Macam yang ini.
dari google
Skuter barunya cuma ada 1 roda kat belakang.Macam yang ini.
dari google
Seronok betul Abil 'mengayuh' skuter baru nya. Lebih mencabar daripada skuter lama. Mulanya, Abil masih belum pandai mengimbangkan badannya. Perlahan-lahan dia cuba mengayuh. Practise Make Perfect. Selang beberapa jam, lepas 'main' dengan skuter tanpa henti, di dalam dan di luar rumah. Abil dah boleh bergerak lebih laju daripada sebelumnya. Siap main kejar-kejar dengan skuter.



Aug 9, 2010

Brain Exercise

Google picture

FIVE WAYS TO EXERCISE YOUR BRAIN
(An excerpt from The Star, 27 June 2010)
  1. Start walking. Based on research, a regular walk for six months can improve your brain function by 15%.
  2. Do opposites. Stimulate your brain and freshen your mind by doing things with the opposite hand you normally use, i.e. if you are right-handed, try doing things with your left hands once in a while and vice versa. It will 'challenge' your brain.
  3. Play games. This help to stimulate your brain. Computer games, board games, whatever...you will be exercising your mind the whole play.
  4. Get mental. Do things that challenge your thinking. Read, learn new language/skills, do something new and 'strange' to you.
  5. Travel. New images, new sites, sounds and smells will get your synapses firing. Get out of your regular routine!

These tips are for all ages, you are never too young -or too old- to begin with the brain exercise. For more useful tips, look here.

Aug 8, 2010

I love Sunday!!


The kids call this, Pokok malu-malu.
Google
pics

At Taman bunga Istana.
We see, we hear, we say, we touch; pokok malu-malu. :D



The love of a family is life's greatest blessing.
~Unknown

Sihat itu Nikmat

Gambar ihsan encik google

Awal minggu ni, adik Zarif demam. Lepas 3 hari, Alhamdulillah dah ok. Disambut pula oleh si abang. Abil nampak ok hari ni selepas 2 hari demam. Demam kali ni, tak ada batuk atau selsema. Selera makan pun ok.Cergas macam biasa. Cuma, nampak lemah sikit bila panas badan kembali setiap 4-5 jam.

Stok ubat demam (paracetamol kanak-kanak) memang sentiasa dalam simpanan. Saya biasanya 'tunggu dan lihat' setiap kali anak-anak demam. Tapi awas, jangan tunggu melebihi 2-3 hari kalau demam berlanjutan. Demam yang melebihi 3 hari biasanya adalah demam 'luar biasa'. Juga JANGAN tunggu jika anak kelihatan lemah, tak berselera makan, panas yang keterlaluan (lepas makan ubat pun, tak kebah atau suhu naik dengan begitu cepat, kurang 4 jam).


Tiga jenis demam yang ditakuti dan merisaukan saya,
No.1 Demam Denggi
No.2 Demam H1N1
No.3 Demam Leptospirosis (a.k.a kencing Tikus)

Nak cegah H1N1, kerap basuh tangan dengan bersih macam ni.


Nak tau lebih lanjut tentang H1N1, klik dan baca sini.

Demam denggi? lihat poster ini.
Sumber: Utusan Malaysia

Oh ya, katanya, sup ketam boleh bantu pesakit demam denggi pulih.
Nak resepi, klik sini.

Leptospirosis?
Ini tanda-tandanya; demam, sakit kepala, cirit birit, muntah, sakit perut, sakit otot, ruam, demam kuning, mata merah, batuk, air kencing kehitaman (macam teh pekat).

Info lanjut tentang penyakit ini, boleh tengok sini.
Yang penting, JAGA KEBERSIHAN, terutamanya kawasan penyediaan makanan (dapur).
Basuh(dengan teliti) semua peralatan memasak;
pisau, senduk, sudu garpu, papan pemotong, kawasan penyediaan
SEBELUM dan SELEPAS digunakan.
Masak dan panaskan makanan dengan sempurna.
Cuci buah-buahan dan sayur-sayuran dengan betul-betul bersih.
Jangan minum terus menerus daripada minuman dalam tin/botol, gunakan straw.

Time and Health are two precious assets that we don't recognise and appreciate until they have been depleted.
~ Denis Wetley

Aug 7, 2010

Jom Bersyukur! (episod 2)

Handsome


Dalam hati ada taman bila tengok wajah-wajah ini.


Saya memang bertuah! Alhamdulillah :)

Baca tentang Kesihatan dan Buku di sini: Resepi Sihat dan Galeria Buku