Aug 1, 2010

Hari Sedih sedunia



Saya bukan pencinta haiwan. Tapi, bila kucing ini akhirnya mati meninggalkan adik saya, saya tumpang bersedih. Ya, saya menangis dari kejauhan. Macam tak percaya, tapi itulah yang saya rasa. Semasa hayat kucing ni, saya tak pernah bergolek-golek manja dengannya, sepak-sepak manja ada la..

Kenapa saya sedih? Saya sedih sebab adik saya, Keen Yep kehilangan 'orang' tersayangnya. Saya sedih sebab saya tau, adik saya jaga cik SeNap (orang lain panggilnya Snuff, tapi SeNap adalah panggilan manjanya untuk saya..hehe) macam anaknya sendiri. Macamana sayangnya saya pada hobbit-hobbit saya, macam tu lah juga sayangnya adik saya pada cik SeNap ni.


Adik saya memang pencinta kucing. Malangnya saya tidak. Kenapa? sebab saya ada masalah sinus. Saya 'lemas' dengan bulu-bulu kucing yang melekat pada perabot dan pakaian. Saya juga 'kusut' bila SeNap suka nak main-main dengan kaki saya. Itu pasal la saya selalu bagi hadiah 'tengking kasih sayang' dan 'sepakan manja'.


Lagipun, saya ni bukan jenis yang rajin nak bersih-bersihkan kucing dan tempat tinggalnya. Pada saya, kalau nak bela binatang, biar betul-betul. Alang-alang 'malas', baik tak payah bela.

Bab kebersihan memang saya SANGAT cerewet. Bukan sekali dua kak Dina merayu. Nak bela kucing lah, bela arnab lah. Hamster kami yang seekor ni pun, encik suami yang bertungkus lumus jaga. Saya jaga hobbit-hobbit saya jadiklah..Sebetulnya, saya kagum tengok adik saya uruskan cik SeNap macam baby. Rasa macam nak transform jadik kucing pun ada bila tengok adik saya dan SeNapnya happy.

Ok. Berbalik kisah SeNap. Kisah pemergiannya mungkin nampak kecil dan remeh bagi seorang BUKAN pencinta kucing macam saya. Tapi, kata orang, cubit paha kiri, paha kanan terasa juga. Adik saya sudah menangisi cik SeNap sejak sakitnya mula bertambah tenat 3-4 hari lepas. Akhirnya, semalam (31/7/10), cik SeNap telah 'pergi' buat selama-lamanya.


Di saat-saat begini, saya letakkan diri saya dalam kedudukan adik saya. Orang putih kata, empati. Ya, sedih yang bukan sedikit.. bila teman tidur, teman bermain dan teman segala-galanya sakit dan akhirnya mati.


Bila tengok gambar cik SeNap, bergenang juga airmata. Lepas ni, siapa lagi yang saya nak sepak-sepak manja? Lepas ni, takde lagi teman kejar-kejar Abil di rumah MakTuk. Lepas ni, takde lagi yang hobbit-hobbit saya nak usap. Lepas ni, takde lagi si comel yang akan cakar-cakar manja kaki saya di bawah meja.

Percaya atau tak, meleleh air mata saya menulis entri ni walaupun awalnya, saya beritahu encik suami, "susahnya saya nak buat entri sedih tentang cik SeNap, sebab bila teringat dia je, asyik nak tergelak!". Ya, lepas ni, saya TAK dapat tengok lagi gelagat anak-anak saya bermain dengan 'anak' Keen Yep yang satu ni, sambil bergelak ketawa.


"SeNap akan terus masuk syurga..." saya bagitau pada kak Dina. "Jadi, kalau nak jumpa SeNap lagi, kena jadi orang baik, supaya boleh masuk syurga sama-sama dengan dia" pesanan dari 'musuh ketat' cik SeNap kepada salah seorang peminat no.1-nya, Kak Dina.


Redha. Semoga adik saya diberkati atas segala kasih sayangnya pada SeNap. Amin.

8 comments:

keen said...

tq very very much for this special entry...again, it makes me cry!!!..

seriously, kna stop all this crying cepat2... :'(

Anonymous said...

Sabar yer Keen,
tu sebab kat rumah kita takde kucing..
Sbb kalau diorang "pergi", satu rumah berkabung.. Kesedihan....
Tak mau dah bela.... Tapi tu lah... Nanti akan ada jer "pendatang" yang comel kat muka pintu... Mintak simpati.. Tuh yang tak sanggup tuh... Agaknyer.. rumah pencinta kucing nie ada bau frieskies kot..?? Huhuhuu... + Along +

YatieJay said...

Family saya semua sukakan kucing. Kat rumah tu, sejak mula bela kucing masa mula2 pindah penang sekitar 1993 sampai la ni tak putus-putus kedatangan kucing baru. Siap beranak pinak lagi!

Yang bestnya kucing ni, kalau dia "purring" - betul ke perkataan ni? Rasa mendamaikan...hehee....

Saya dapat rasakan apa yg Keen rasa. "Kehilangan" kucing kesayangan perasaannya adalh mcm kehilangan a family member.

Semoga dia cepat recover...

Anonymous said...

sob sob.. sedih btl..
sbr byk2 k ekin..
snuff mesti tak nak k ekin nangis lame2..
moga Allah kuatkan ht k ekin..
kite relakan pemergian snuff daripada lg lame die terseksa..
sbr ye k ekin.. -dekda-

Syahida said...

salam semua, terima kasih banyak2 atas sokongan moral yang diberikan untuk cik keen.
bak kata dekda, SeNap dah tak terseksa lagi. Setiap yang hidup pasti akan mati.
untuk keen, take care and jangan menangis banyak sangat...

keen said...

skrg da x nangis..tp bergenang tu da few times ar...agak2 nk banjer tu cpt2 tarik napas n cube kuatkan semangat..tp time nk g keje pg td, mmg teringat sgt2 kat die...no more her that wake me up each morning..no more her for me to kiss gudbye b4 g keje.. :{

fazilzura said...

SALAM KENALAN KAK .

zura ni kawan KEEN .. mmg tau jgk psl dak Snuff ni .. dulu keen xde le sgt ambik tau psl kucing.. but bile dia adopt Snuff ni , abis kuor segala kasih syg dia..

zura baru tau psl snuff ni .. huhuhuuhuh menitik air mato ku bile baca entry akak ni .. huhuhuhuhu sedih nyeeeeeeeeee..

* nmpak sgt beza nye gambo 1st dgn 2nd tu .. semoga keen akan dpt penganti yg comel ..

g SPCA ada banyak haiwan yg perlukan kasih syg dr kite...

Syahida said...

fazilzura,

salam kenal....kalau tak kerana SeNap, mesti awak tak kenal warkah ni kan?

sememangnya SeNap kucing bertuah! hehe