Aug 13, 2010

Oh! crazy straw

gambar Google

Saya sedang baca buku ini sekarang.Tulisan seorang individu autisme, Judith Bluestone. Seorang kawan lama yang recommend buku ni. Saya beli, saya baca dan saya sedang berusaha untuk faham isi kandungannya.

Terlalu banyak untuk dikongsi tentang buku ini sebenarnya. Paling istimewa, penulisnya sendiri adalah seorang autisme.A living proof. Saya baca untuk saya lebih faham keadaan anak saya.

Saya akan cuba berkongsi info dalam buku ini sedikit demi sedikit. Hari ni, saya cuma nak tulis tentang crazy straw. Lihat gambar-gambar dari google.




Menurut buku Fabric of Autism, crazy straw sangat bagus untuk anak autisme (juga anak istimewa lain). Ia boleh memperbaiki fungsi otak (diterangkan secara specifik di dalam buku), meningkatkan keupayaan untuk fokus, memberi keseimbangan pada pengeluaran hormon badan dan paling penting, menguatkan kawalan lidah dan bibir (boleh merangsang keupayaan bercakap).

Katanya lagi, kesan menyedut dengan straw ni akan lebih efektif jika dilakukan dengan menutup mata. Oh ya, ibu mengandung TAK digalakkan melakukan aktiviti ini sebab ia boleh merangsang kontraksi (contractions).

Saya rasa ini salah satu kaedah yang menyeronokkan tapi sangat bermanfaat untuk Abil. Saya mahu dia cepat-cepat bercakap dengan lebih lancar. Saya mahu cari crazy straw ini. Segera!

12 comments:

keen said...

haha..kena g cari kat kedai mkn yg fancy2..klu terjmpe, aku cilok kan ek ;)

Syahida said...

oh please..please...kalau dapat jumpa jual banyak2 lagi bagus, tanya la waiter kedai makan tu, mana nak beli...hehehe

iCaLoVeZiE said...

saya nak juga!

Azma said...

saya memang ada membaca salah satu rwtn utk anak cepat bercakap ialah xcercise mulut dengan minum guna straw. x tau plak ada 'straw gila' nih! haha.. kalau syahida dapat, saya nak jugak ye..

Syahida said...

ica/azma, kalau tak dapat crazy straw ni, straw biasa pun ok. sesetengah anak istimewa mmg agak susah menyedut dengan straw. macam Abil, Alhamdulillah takde masalah, so kalau dapat straw 'gila' ni...mencabar la sket sbb 'tekanan'nya lebih kuat dan insyAllah lebih efektif. kalau saya jumpa supplier, sy bagitau ye..

maya amir said...

cool laa straw gitu.. betul aa syida,let's just try kan? mane tau, it works for abil:)

Syahida said...

tu la pasal maya, geramm tengok straw tu...chomel2 & unik. bebudak2 confirm suka punyer...nak carik yang payah...huhu

Anonymous said...

esok syida ambil "ole-ole idaman" tu dalam dalam beg skolah abil ya.

Syahida said...

ok, insyAllah. terima kasih :-))

ieda said...

buat hiasan pun cantik ni..hehe
kalau bg nabila mesti dia takmau minum...dia buat main ja.

Syahida said...

ieda, abil pun mula2 gitu. dia amik, dia bengkokkan kat tengah2, pastu dia pusing2. tapi lama2 bila asyik kna tegur, dia pun paham and dah boleh minum dengan penuh berdisiplin..cewah! :-)

Cik Puan Besar said...

saya ada jual, RM1/pc

https://www.facebook.com/pages/Cute-Kitchen-Collection