Aug 20, 2010

Perihal Urut

gambar dari google

Tentang urut. Saya pasti hampir semua orang suka diurut. Kalau yang tak suka, kurang selesa atau 'bermasalah' bila diurut, mungkin ia petanda ketidakseimbangan sensori atau masalah saraf (neurologi).

Urut sesuai untuk semua golongan. Bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa, orang tua. Saya pernah terbaca ibu hamil (3 bulan pertama) tidak dibolehkan berurut. Yang menghidap sakit jantung juga khabarnya tidak digalakkan berurut. Ini kena tanya pakar.

Banyak kebaikan urut. Mengeratkan hubungan (bonding), jika dilakukan oleh ibu/bapa kepada si anak atau, si anak mengurut orang tuanya. Bila hubungan positif, anak-anak lebih mendengar kata, lebih tenang dan lebih ceria. Faedah kesihatan juga banyak; melancarkan peredaran darah, merangsang pertumbuhan, menggalakkan peredaran oksigen ke otak, menggalakkan pengeluaran toksin dari badan, mengurangkan stres dan banyak lagi.

Masa yang sesuai untuk berurut? Pada saya, bila-bila masa. Saya pernah terbaca, tidak sesuai dilakukan selepas makan (ketika terlalu kenyang). Saya sendiri mengurut bila saja ada peluang. Semasa memandikan anak, sebelum mereka tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi atau di dalam kereta. Yang penting, urut semasa mood santai dan tenang.

Perlu ada kemahiran mengurut ke? Kalau ada, baguslah. Kalau takde, boleh tambah ilmu melalui pembacaan dan bertanya pada yang pakar. Saya diberitahu , kita tak perlu menjadi seorang pakar urut untuk melakukannya. Yang penting, lakukan dengan penuh kasih sayang dan perhatian.

Dengan anak kecil, digalakkan mengurut sambil bercerita atau berbual-bual. Berzikir atau menyanyi boleh dilakukan seiring dengan pergerakan tangan dan jari. Anak-anak confirm suka. Kadang-kadang, saya gunakan berus-berus/span halus/sikat/ sarung tangan yang berbulu untuk menggosok bahagian-bahagian pada tubuh Abil yang agak sensitif(hiper) atau tak sensitif langsung(hypo). Juga urut di bahagian sendi-sendi sebab toksin selalu berkumpul di sini.

Mula-mula, memang dia tak suka/geli dan cuba mengelak. Lama-lama dia akan 'lali' dan secara tak langsung, keupayaan sensori-nya akan meningkat. Oh ya! jangan memaksa ye, cuba distract mereka. Bila mereka leka, lebih mudah mengurut di bahagian-bahagian yang sukar.

Kalau ada pengetahuan tentang refleksologi dan lain-lain berkaitan urut, memang sangat berguna. Ini kerana anda boleh tumpukan bahagian bahagian-bahagian yang berkait secara langsung dengan otak.

Harus diingat, buat secara konsisten bukan bermusim. Seeloknya untuk jangkamasa yang singkat saja, dalam 15-20 minit. Untuk anak-anak yang hiper/singkat daya tumpuan, urut melebihi jangkamasa ini akan menyebabkan mereka terlebih rangsangan.

Urut mengambil sedikit masa untuk menunjukkan kesan positif. Tapi, kesannya berpanjangan. Saya suka urut-mengurut ni. Mudah, ringkas dan murah (kalau buat sendiri la, kalau panggil tukang urut selalu, memang kempis poket..hehe).


Ok bai :p

2 comments:

Azma said...

good article..byk maklumat saya dpt.thanx..

Syahida said...

terima kasih kembali :-))