Aug 26, 2010

Dia sudah 28 tahun!

Dia adalah 'kembar' saya.

Dia juga antara peminat no.1 saya.

Anak-anak saya anggap dia macam ibu 'tumpang' mereka. Kalau dia ada, mereka 'tolak' saya ke tepi. Sering saja anak saya tersalah ibu, terutamanya Abil. Masa saya menyusukan anak-anak saya, kadang-kadang dia juga di'himpit' untuk susu. Ya, sampai macam tu sekali.

Dia anggap zuriat saya seperti darah dagingnya. Anak-anaknya nanti, anak-anak saya juga.

Orang kata, dia yang paling 'serupa' dengan saya. Dia kata dia lebih cantik. Saya pulak rasa saya yang lebih manis.hehe

Dia selalu sokong saya. Saya pun selalu sokong dia.

Saya lihat kehidupannya sempurna. Perwatakan menarik macam saya juga, berpendidikan tinggi, ada suami yang soleh, kacak dan baik hati macam suami saya juga (hehe), punya kerjaya yang mantap serta disayangi semua.

Dia pula mahukan kehidupan seperti saya. Bekerja daripada rumah, bahagia dengan anak-anak di depan mata.

Semasa kecil, saya bonceng dia dengan basikal ke sekolah.

Bila dewasa, dia sentiasa cari saya bila dia ada masalah.

Ya, sayalah 'Cik Sri Siantan'nya. Dia pula adalah rakan lawak saya.

Hari ini genap 28 tahun umurnya. Sudah 'tua' tapi sayang saya padanya masih sama.

Mimot, May Allah bless you every minute, every step and every way.

Happy 28th Birthday!
xoxo



7 comments:

Zuraini bt Zainal said...

penuh dengan kasih sayang korang nie..sangat suke!

Syahida said...

hehehe...tau takpe :D

iCaLoVeZiE said...

adik eh? bestnya.. adik ica ada satu je kat jb :(

Syahida said...

ica, akak ada 6 orang adik beradik. Yang sorang ni no.4, akak no.2. 1001 kisah dan karenah. memang seronok tak terkata...

encik suami akak lone ranger.ye, anak tunggal.jadi jangan sedih2, adik awak yang sorang tu se-darah se-daging dengan awak...love each other endlessly...blood is definitely thicker than water :-)

iCaLoVeZiE said...

ye la.. kalau nak diikutkan, adik beradik saya ada 4. 2 perempuan, 2 lelaki. yang perempuan, fadilla syuhada meninggal 7 hari lepas lahir sebab tak cukup bulan. yang lelaki, amirul meninggal masa kita accident di simpang renggam tahun 1990 bersama ibu dan 5 lagi family yg lain. Jadi ayah dan ibu dah ada yang tunggu di syurga. insyallah :D

Syahida said...

ica, terharu dengar kisah family ica. Mudahan roh mereka yang tersayang mendapat keampunan dan diberi balasan syurga. Amin.

iCaLoVeZiE said...

Hidup saya memang penuh dengan kisah sedih. Dan saya mungkin dah lali dengan cerita-cerita sedih. :D