Aug 3, 2010

Ujian Oh! Ujian

dari google
Saya bekerja dari rumah. Lebih spesifik lagi, saya mengajar tuisyen di rumah.

Setiap malam, saya dan suami sama-sama mengajar. Jadi,waktu malam, anak-anak saya akan 'bebas' tanpa pengawas, tanpa penjaga. Waktu-waktu sebegini, 'ujian' biasanya datang. Malam tadi, ujiannya lebih 'hangat' daripada biasa.

Saya dan suami sama-sama mengajar pada waktu yang sama. Suami saya mengajar di kelas belakang. Saya pula mengajar di kelas ruang tamu.

Insiden 1
Murid-murid saya, tahun 1, tahun 2 dan tahun 3 sudah datang tepat jam 8 malam. Saya masih sibuk bersolat. Saya pesan pada kak Dina, supaya anak-anak ini (baru 3 orang yang sampai) masuk ke kelas belakang dulu sementara saya bersiap. Saya dengar suara hilai ketawa di luar rumah. Sebaik saja saya bersedia untuk memulakan kelas, suara-suara bising tadi dah senyap. Saya berjalan keliling rumah. Kelibat anak-anak bertiga tadi termasuk kak Dina dan Zarif sudah tiada.

Darah sejuk terus naik ke kepala. "Anak-anak dah hilang" saya bagitau encik suami. Abil selamat di dalam rumah. Dia mengekor saya ke sana ke mari sambil saya dengan kalutnya berjalan mundar mandir. "Agaknya ke kedai runcit di bawah." jawab encik suami.

Berjalan ke kedai bawah memang dilarang untuk anak-anak saya. Ya, kedainya dekat saja. Tapi, zaman sekarang ni, tiada tempat yang 'selamat' dan boleh dipercayai. Bagi anak-anak kampung, setakat berjalan beramai-ramai mahupun seorang diri ke kedai memang perkara biasa. Tapi tidak untuk anak-anak saya. Larangan tetap larangan. Dina tahu dan sedar tapi dia masih TAK faham kenapa saya tak benarkan walau berbuih mulut saya menerangkan.

Tak sampai 5 minit kemudian, suara-suara bising tadi 'timbul' semula. Lima orang manusia kenit berlari berderet-deret balik ke rumah sambil bergelak ketawa. Kalaulah mereka tahu betapa risaunya saya. Keselamatan anak saya dah 1 cerita, anak orang yang bertiga ni lagi besar tanggungjawabnya.

"Ingat ye, lepas ni kalau nak singgah kedai, ajak mak ayah awak sebelum sampai ke kelas tuisyen. Kalau nak pergi dari rumah cikgu, kena bagitau dulu. Jangan main lari saja! " Saya menahan sabar dan geram.

Sebagai denda, kak Dina dan adik Zarif dikunci di luar rumah selama 20 minit. Kesalahan pertama: keluar rumah tanpa kebenaran, waktu MALAM pulak tu.Mujur tak apa-apa. Kesannya: Dua-dua muka muncung. Setiap 2-3 minit adik Zarif merengek minta nak masuk rumah, kak Dina pulak muka selamba mengunyah 'jajan' (junk food) yang dibeli di kedai tadi. Hah! kesalahan kedua: beli 'jajan' (memang saya TAK berkenan...Grrrrr).

Insiden 2
Di pertengahan kelas, saya sedang mengajar. Tiba-tiba Dina memanggi saya dari dalam bilik. Adik Zarif buang air besar dan perlu dicuci. Saya biarkan dulu dan tunggu adik Zarif panggil saya bila dah 'selesai'. Tak sampai 5 minit, adik Zarif menjerit-jerit panggil saya "Ma, abang campak mainan dalam bilik air!". Bila saya jenguk, memang betul mainan bersepah-sepah dalam lantai bilik air. Abil sedang 'emosi'. Saya pandang mukanya dengan 'tajam'. Dia 'takut' kena marah. Saya diam saja dan terus bersihkan adik. Kemudian, saya panggil Abil kutip mainan yang dah disepahkannya. Dia buat tanpa membantah.

Sementara saya dalam tandas, anak-anak tuisyen saya dah macam 'lalat' di luar. Aduhhh..'kusut'.

Insiden 3
Diam tak diam, waktu kelas dah hampir tamat. Anak-anak tuisyen mula balik seorang demi seorang. Kali ni, kak Dina pulak menjerit "Maaaa...Abil tuang air atas lantai!" Argggghhhh! saya menjerit dalam hati.

Saya jenguk ke bilik. Ya, dia dah tuang 2 botol air ECPI (mahal air ni...) ke tilam dan lantai. Saya speechless. Saya ambil langkah selamat. Apalagi, berleter! haha padan muka saya! Rasa nak menangis pun ada, sambil saya angkat semua yang dah basah dan lap apa yang patut. Encik suami pun tolong saya mengemas sambil dengar saya berleter. Ampun ye suamiku.

Moralnya,
Kadang-kadang kita di atas, kadang-kadang kita di bawah.


Oh ya, tadi anak tuisyen saya panggil saya BIG MOMMA sebab first time, mereka tengok saya jadik 'garang'. aiyo!

12 comments:

Mahani Muhammad said...

salam syida,
nak membesarkan anak2 ni mmg byk cabarannya. berat mata yg memandang...berat lagi bahu yg memikul. Anyway, kagum sgt dgn kesabaran awak melayan anak2 tu.

shogun_na said...

adulai...kak syida sgt dikenali dgn sikap yg tegas dgn anak2....which is anak2 patuh dan baik....respect....kami seme respect...mak2 menakan puji...

betul ckp pn mahani...nk membesarkan anak2 mmg BESARdan BYK cabarannyer.... Ina tak tahap begitu....tangan begitu cepat naik.... ;( kelemahan yg harus dielak.... :(

Seharusnya Ina perlu lebih belajar dgn kak syida....teknik2 menangani anak2...

Syahida said...

Mahani, kadang2 rasa TAK terpikul. Tapi saya takde pilihan kan? nak tak nak kena belajar SABAR. terima kasih atas sokongan moral :-)

Syahida said...

Ina, 2-3 tahun dulu akak TAK sesabar sekarang. Dulu, pantang anak buat hal, tangan mesti naik dulu. La ni dah banyak kurang, tapi SUARA tetap high volume..huhuhu

Akak pun MAK budak yang BARU belajar ina ooiiii...BELUM bagus lagi. ada masa terlepas juga jadik SINGA LAPAR...sigh..

Anonymous said...

...persepsi orang selalunya akan mempertikaikan cara didikan seorang yang bernama ibu...seorang yang bernama bapa...apabila berlaku insiden 'tidak sepatutnya' di hadapan 'mereka' (sedangkan jika tidak berlaku di hadapan 'mereka' pun...'mereka' akan 'mengolah'...bercerita seperti 'mereka' ada di situ...hebatnya pada 'mereka' yang memerhati dan mendengar dengan hati yang hasad) apatah lagi apabila tindakan oleh insan seistimewa Abil berlaku...pernah mereka bersangka baik?...pernah mereka bertanya dengan niat mendapat kebenaran?...lebih2 lagi pernah mereka mendengar keluh kesah seorang yang bernama ibu...seorang yang bernama bapa...dengan tanpa ada niat untuk menjatuhkan hukum?...atau sekadar mencari sumber yang boleh 'ditambahnilai' buat cerita..buat kesimpulan...ada yang membaca nukilan ibu Abil..menggambarkan situasi berkenaan dengan niat memahami betapa ujian besar dan getir menjadi seorang ibu...seorang bapa...membesar dan mendidik semampu mungkin...berkorban perasaan..masa...belajar menangani emosi dengan pelbagai cara...merasionalkan setiap mungkin ujian itu sebenarnya tanda kasih sayang Allah pada hamba2 Nya yang terpilih..bersabarlah wahai ibu Abil...tabahkan ati...semoga sentiasa akan istiqamah dalam keimanan..Wallahu'alam..

Syahida said...

saya tak risaukan persepsi orang terhadap saya. TAPI saya SANGAT risau persepsi orang terhadap anak-anak saya. Perjalanan mereka masih jauh...semoga mereka sentiasa berada dalam lindungan Allah.Amin.

Anonymous said...

..bukan begitu maksud yang menulis...kerana yang menulis kisah kan insan seistimewa ini..tetapi tidak mengapa kerana yang menulis sedar kdg2 kata2 boleh disalahtafsirkan..mungkin kumpulan sokongan puan Syahida kukuh..sekukuh kata2 pendirian puan...sehingga mungkin apa yang berlaku di luar boleh di'rasionalkan' hingga kesannya menjadi baik di dalam rumah...alhamdullillah jika begitu yang diusahakan...kerana kita semua belajar..belajar menangani emosi..belajar menyayangi n mengasihi atas dasar iman..n semoga ujian2 mendatang membuatkan puan sentiasa ingat akan pendirian itu...mohon maaf andai ada silap di mana2...Wallahu'alam...

Syahida said...

kata2 anda terlalu puitis sehingga saya tersalah faham :)
rasanya saya dah dapat 'tangkap' mesej yang cuba disampaikan.

oh ya, syukur saya ada kelompok yang menyokong tp masih ramai lagi yang masih belum masuk dalam kategori 'menyokong' atau paling tidak pun, 'memahami'. saya masih berusaha keras untuk meningkatkan kesedaran sekeliling tntg insan istimewa ni..teruskan memberi pandangan dan respon :-)

Anonymous said...

+ Banyak insiden tuh Sheeda... Banyak2 bersabar yer... X dapat aku bayangkan muka SINGA LAPAR ko tuh... + Along +

Syahida said...

toksah bayangkan Long..nanti ko takleh tido malam...hahahaha

hunny ida said...

as salam kak...ida memang melalui semua situasi cm akak tu..tgh sibuk tengok Aiman (anak sulung) bt homework..yg Airiel tantrum x tau mengapa..ringan je tangan nie..selalunya tumpahkan air..baling2 barang..

Syahida said...

salam ida. bila anak2 tantrum yang buat perangai, memang SABAR ajelah, kan?