Sep 30, 2010

Kitar semula, Guna semula

Kuota 15 minit untuk entri hari ini. Ayuh kita mulakan..


Apa anda buat dengan sampul duit raya terpakai? Mesti banyak terima sampul duit raya kan? Wangnya dah tentu la masuk tabung, bank atau dilaburkan. Sampulnya? Buang aje? iskisk.... J.A.N.G.A.N.

Apa kata, simpan elok-elok, masuk dalam kotak atau letakkan celah-celah buku tebal. Nanti, bila perlukan sampul duit lagi, tak perlu susah-susah beli, guna semula. Sangat praktikal dan menjimatkan. Syaratnya, jangan simpan yang dah koyak-koyak dan uzur sampulnya. Moralnya, kena sopan-santun masa buka sampul duit ye.

Oh ya, untuk ibu-ibu yang kreatif, boleh juga gunakan sebagai bahan untuk kraf bersama anak-anak. Oopps, jangan tanya saya. Tak sempat nak ber-kreatif lagi....

Dah bertahun-tahun saya buat, anda bila lagi?


Sep 28, 2010

Jom Jalan-jalan Raya!

Masih dalam mood Syawal, kami jalan-jalan berkunjung raya. Menziarah tuan rumah blog ini dan ini.

Setiap kali berjumpa, memang banyak cerita. Daripada isu autisme, anak-anak, lokasi percutian, pengalaman di luar negara dan macam-macam lagi. Memang kami ada chemistry...hehe.
Sakan kami bergambar di rumahnya. Jom tengok!

Bersama tuan rumah (yang di tengah)

Kepada Makcik Mina, terima kasih daun keladi!


Tentang otot-otot jari dan Motor Halus

dari google

Anda ada anak istimewa (autisme, sindrom down, slow learner, celebral palsy, dsb)?
atau
anak anda ada masalah pada pergerakan motor halusnya?
atau
anak anda ada masalah otot-otot jari yang lemah?
atau
anak anda tiada masalah, tapi anda ingin menambah info?
Jom baca sini.(mStar Online, 21 September 2010)

Aktiviti untuk anak-anak menguatkan otot-otot jari (dari rencana);

  • main tanah liat, pasir, air dan cat air
  • meniru cara haiwan 4 kaki bergerak (merangkak)
  • menolak kereta sorong
  • memicit tiub atau botol
  • mengangkat beg, bakul atau kotak (dengan beban yang sesuai)
  • bermain tarik tali
  • memasang dan mencabut sepit pakaian
  • menggunakan sudu, penceduk, senduk untuk memindahkan bahan
  • menyanyi dengan gerak tangan
  • membuka/menutup botol
  • menjahit kadbod atau membuat rantaian manik
  • bermain lego/blocks
  • mengutip duit syiling, butang, kad
  • menguis tutup botol
Kenapa nak kuatkan otot jari?
Ia adalah asas kemahiran menulis, menyuap makanan dan memakai pakaian.

Selamat membaca.



Sep 27, 2010

When Abil meets uRobic

Pics from google

This is my boy on uRobic


Abil got his first taste of uRobic at my cousin's house. He sat on it for about 15-20 minutes and he enjoyed it very much. I think it is a great machine for a special kid like him (aged 5 and above).

uRobic is intended to burn fat around your waistline, butt, thigh and also improves cardiovascular fitness. To me, it is a simple machine that simulates horse riding movement. The best thing is, you can ride this 'horse' indoor.

Horse riding has been known to benefit special children. A real horse riding is a therapy which promotes responses, communication and social skills. It also improves motor and sensory skills.

A horse riding works every muscle on your body, which explains why it do wonders to people, especially the 'special ones'. Nonetheless, one (with health problems) needs to seek expert's advice before starting a riding program.

As for uRobic, I think it is a good exercise tool and shares at least 50% of the health benefits of a real horse riding. This gadget is definitely on my wish list.

I have my eyes on this too, iGallop
(picture from google)


These products costs around RM1000-2000.Must start saving now. A regular horseback riding therapy for my children is on my wishlist too.

A special thank you to my cousin(the host) for the food, the hospitality and the short session on uRobic. Too bad Kak Dina missed her chance and she is really looking forward for our next visit so that she can try it too! :-)


Sep 26, 2010

Spektrum Abil

Gambar google
Tahun 2006
umur 3 tahun


Simptom:

hiper (tapi tidak agresif)
tidak respon pada panggilan nama
tiada eye contact
lambat bercakap (speech delay)
suka memusingkan objek
tidak suka rutinnya ditukar (sangat rigid)
sangat berminat pada kipas dan sebarang objek yang berpusing
bahagian telinga/kepala dan abdomennya sangat sensitif
bahagian tapak kaki pula tak sensitif langsung (hypo)
suka menyendiri

Tahun 2010
umur 7 tahun
Simptom:

masih hiper (kurang ligat tapi sukar fokus)
mula bercakap(1-3 patah perkataan) tapi sangat kurang berkomunikasi
eye contact
masih minima
masih suka memusingkan objek
mempunyai obsesi tertentu (tapi bermusim)tantrum (menangis/marah) yang keterlaluan
mencederakan diri sendiri bila marah
(menghantuk kepala pada dinding, menggigit jari-jarinya, mengetuk kepala sendiri)
mood yang tidak menentu, juga bermusim
agak fleksibel, kadangkala masih rigid


Perkembangan dulu hingga kini:
(secara ringkas)

bercakap perkataan pertama pada umur 4 tahun
Kenal huruf, kenal sukukata, kenal sehingga 50 ejaan perkataan
kenal nombor 1-30
boleh berbasikal, skuter
boleh ke tandas sendiri
(dilatih pada umur 4 tahun, stabil pada umur 6 tahun)
boleh dengar arahan dengan baik
respon pada panggilan nama
(memberi eye contact, menghampiri pemanggil tapi tidak menyahut)
boleh menggunting, menulis dan mewarna dengan baik
(walaupun tidak kemas)
boleh makan sendiri
boleh membantu kerja-kerja rumah
boleh duduk membuat aktiviti
(dengan syarat; sesi yang singkat dan aktiviti dipelbagaikan)
lebih peka pada persekitaran
faham perbualan dan berminat menonton rancangan TV
boleh bermain computer game
(menggunakan mouse)
boleh menendang, membaling dan menangkap bola dengan baik
boleh berada dalam kelompok rakan sebaya
(walaupun masih tidak berkomunikasi)


Apapun label atau diagnosisnya tidak penting. Diagnosis membantu kita bertindak dan membuat keputusan. Diagnosis memberi kita panduan. Diagnosis juga adalah satu petunjuk. Yang paling penting, terus hantar anak untuk latihan intervensi awal (early intervention). Lebih awal, lebih bagus. Jangan buang masa. Jangan tunggu-tunggu. Penantian adalah satu kerugian.

Ibubapa harus tambah ilmu. Di Malaysia, tempat-tempat latihan anak istimewa, khidmat terapi dan rawatan seumpamanya agak terhad kecuali untuk mereka yang berada di Lembah Klang. Sedangkan bandaraya sebesar JB pun, kemudahan untuk anak-anak sebegini masih sangat menyedihkan. Kos latihan dan rawatan juga agak tinggi. Jadi, ibubapa harus belajar untuk melatih sendiri anak-anak di rumah. Kalau betul caranya, ia lebih jimat dan lebih efektif.

Tadika biasa/prasekolah khas/montessori/kelas pendidikan khas/kelas biasa/homeschool? Mana satu nak pilih? Tepuk dada, tanya hati. Asalkan serasi dengan anak anda, asalkan anda dan guru-gurunya komited dan memahami, asalkan anda sentiasa memantau dan melibatkan diri dalam perkembangan anak anda, mereka akan menunjukkan perubahan positif, insyAllah. Buang sikap malas dan lepas tangan, tanamkan semangat berkorban dan JANGAN pandang belakang. Terus pandang ke depan dan sentiasa berusaha.

Oh ya, perbaiki juga hubungan anda dengan Tuhan kerana segalanya di tangan-Nya.

Sekian :)

Sep 24, 2010

Bila Abil berhari raya

Raya Oh! raya. Abil sudah banyak berubah berbanding dulu.

Anak saya ni sudah bertambah 'matang' tahun ni. Lebih mendengar kata, mood yang agak baik, tiada adegan protes di rumah saudara mara walaupun masih lebih banyak menyendiri.

Bila dihulur duit raya, pada awalnya, dia tak pandai menghargai. Kemudian, saya tunjukkan poket dan ajarnya masukkan sendiri duit ke poket baju. Selepas 5-6 kali dilatih, akhirnya saya lihat dia masukkan sampul duit ke poketnya dengan inisiatif sendiri. Ia tidak berlaku setiap kali. Mungkin ada masanya dia terlupa. Masih belum 'lekat' di kepalanya.


Hari-hari awal di kampung, rutin tandasnya sedikit terganggu. Mungkin kerana suasana dan tempat baru. Mujur ia kembali normal dalam masa 2 hari.
Main bunga api? Sekarang sudah pandai. Dah masuk tahun kedua Abil kenal bunga api. Tahun ni, tak perlu lagi kami pegang tangannya. Dia juga dah faham bahaya api. Abil nampak lebih berhati-hati. Sekali sekala ada juga dia menghalakan bunga apinya pada orang lain. Bila orang lain mengelak dan terjerit-jerit, dia ketawa suka hati. Alamak, dia nak bergurau la pulak. Tapi, 5-6 kali ditegur, akhirnya dia faham dan tak buat lagi.


gambar google


Seperti biasa, kuih raya kegemaran Abil, London Almond. Mesti anda tahu kenapa? Ya, sebab ia bersalut coklat. Abil hanya akan makan lapisan coklat di luar biskut, kacang almond akan dibiarkan saja atau dimasukkan balik dalam bekas kuih. Aiyo..malu mak eh! Bila nampak balang biskut London Almond, rasa macam nak tolong sorokkan je.Dia memang suka sebarang biskut yang ada lapisan coklat, chocolate rice dan yang sewaktu dengannya.

Oh ya, Abil dah boleh pakai songkok. Tapi, tiada gambar Abil bersongkok di sini. Memang sengaja saya tak belikan songkok. Dulu, langsung tak boleh pakaikan topi/kopiah/songkok di atas kepalanya. Bahagian kepalanya SANGAT sensitif dan tak boleh diusik langsung. Sekarang tidak lagi. Yeay!! Kadang-kadang, bila dipakaikan, automatik dia mencari cermin untuk tengok dirinya.


Satu lagi, sampingnya juga sudah 'lekat' di pinggang. Abil hensem sepanjang berkunjung raya hinggalah balik ke rumah atuk.
Bab bersosial pula, Abil dah pandai mengikut rentak kawan-kawan yang lain. Dia sentiasa cuba berada dalam kelompok rakan-rakan sebaya. Saya nampak dia 'mencuba' dan saya tersenyum lega. Abil dah pandai 'berusaha' untuk bergaul. Masih jauh, tapi dia sudah memulakan langkahnya.

Selebihnya, Abil dan kak Dina serta adik Zarif bahagia di kampung. Tanpa air-cond, tanpa water heater, tanpa tilam empuk tapi tak pernah mereka merungut. Bebas bermain sana sini. Jauh dari pencemaran. Jauh dari hutan bangunan. Yang ada, sawah padi dan lauk pauk kampung yang fresh. Bahagianya!!


Pengalaman raya bersama Abil tahun ini lebih manis daripada tahun sebelumnya. Feeling2 'jutawan' sekejap.hehe

Developing Brains

google image
An excerpt from The Star, 5 September 2010, by Dr.Khoo Boo Aik


It's a LONG article. I list out the main points for your reference. Must read!! :D


A human brain is as big as a chimpanzee's brain at birth. However, a chimpanzee's brain expands only by 28% by adulthood. A human's brain expands by almost 300%.

Nutrition and environment play a vital role in brain growth. A child's brain grows to almost 90% of its adult size before the age of four.

Learning is a lifelong process. The process peaked between the age of three and 10. Brains "sharpens" the most in the first 10 years of life.

Good brain development happens with warm encouragement and positive words from parents.

Severe stress can affect brain growth, especially if it continues for many months or years in early childhood.

Children learn with their five basic senses; SIGHT, SOUND, TOUCH, TASTE, SMELL.

75-90% of what your child learn is through what they SEE.
Younger children learn by putting things in their mouth to feel with their most SENSITIVE organ-the tongue.

Until a child is 6 months old, breast milk provides ALL important nutrients for OPTIMAL brain growth. A healthy and balanced diet ensures an ongoing future brain development.

Brain development can further be enhanced through interactions between parent and child, through touch, play and sound.

Hold and touch your child as much as possible.

Based on research, a child gains weight easily, cry less, more alert when gently massaged 3 times a day for 15 minutes.

Develop your child's hearing and language skills through repetition. Talk to them, name items, point to things and show expressions on faces.

Teach your child whenever and wherever possible, while dressing up, fixing dinner or even while driving.


THE END


A picture speaks a thousand words



The apples of my Heart.
There is NO life without them,
not even MONEY can buy.

Thank you Allah, for a life full of people I love. Amin.

Sep 23, 2010

Jom ke Bukit Cherakah!

dari google

Anak autisme. Anak hiper. Mereka perlu pengawasan rapi. Mereka perlu perhatian setiap masa. Anda perlu SANGAT kreatif dan sabar semasa mengendalikan mereka.

Mencabar tapi ia BUKAN misi mustahil. Anda biasanya memerlukan pembantu untuk mengendalikan mereka. Lebih ramai pembantu, lebih baik.

7 tahun bersama Abil, saya dan ahli keluarga yang lain 'sudah masak' dengan karenah dan ragamnya. Kami sudah boleh melihat dan menjangkakan setiap rentaknya. Kami juga tahu bagaimana untuk tackle perhatiannya. Kami juga seolah-olah sudah faham dan tahu caranya berfikir.

Kemahiran-kemahiran ini SANGAT penting dalam mengendalikan anak hiper. Ini kerana mereka selalu bertindak di luar jangkaan. Bagaimanapun, kemahiran-kemahiran ini tidak datang sendiri. Biasanya, anda belajar melalui pemerhatian dan pengalaman bersama mereka.

Jangan 'simpan' anak-anak anda di rumah (walau apa pun alasannya). Jika ini berlaku, simpati saya pada anak terbabit. Beri mereka peluang. Jangan jadikan 'kemalasan' anda untuk menidakkan hak mereka untuk melihat dunia luar dan belajar (peringatan untuk diri sendiri juga).



Jom ke Bukit Cherakah!



Sep 22, 2010

Si Comel 61

Sudah 61 tahun hari ini.
Syukur, masih comel seperti dulu.
Sihatkah? Syukur juga, masih sihat walaupun sihat 61.

Kenapa saya panggil dia si comel?
Tingginya tak sampai 5 kaki, TAPI enam nyawa dilahirkannya.
Kalau tidak 3 kali keguguran, jumlah kelahiran sepatutnya 9.

Dia tak perlu pewangi mahal Giorgio Armani, Issey Miyake atau Kenzo.
Tapi dia sentiasa wangi. Betul, saya tak tipu.
Dia tak perlu kosmetik berjenama Mac, Estee Lauder, Revlon, Maybelline mahupun SimplySiti. Tapi dia sentiasa berseri.

Rahsianya? Kena tanya tuan punya diri.
Bukan susuk, tapi wudhu.
Bukan botox, tapi solat fardhu berjemaah dan solat sunat setiap hari.

Semua orang sukakan personalitinya.
Periang, peramah, pemurah. Semua kena pada tempatnya.
Bertuah yang jadi suami. Bertuah yang jadi menantu. Bertuah yang jadi cucu.
Cahayamatanya? PALING bertuah.

Sewaktu saya kecil, dialah tukang jahit saya.
Baju raya saya dan adik-adik tak pernah dibeli siap.
Saya? Nak guna mesin jahit pun tak reti.

Sewaktu saya kecil, saya tak pernah tengok dan dengar dia 'menyinga' (naik suara).
Kalau dimarahi ayah, saya berlari dalam pelukannya.
Saya? Selalu saja bersuara macam raja dalam hutan, sampai anak-anak naik takut dan lari lintang pukang. Haihhh...

Masakannya mungkin tak sehebat Jamie Oliver atau Chef Wan.
Tapi saya sentiasa berselera dan tak sabar-sabar menjamu air tangannya.

Dulu, dia wanita berkerjaya.
Bersara daripada kedudukan yang baik dalam agensi kerajaan.
Tapi dia tak pernah prejudis pada saya yang sekadar work-from-home.
Malah, sentiasa memberi sokongan moral dan menyokong.

Berjauhan dengannya waktu di sekolah asrama dan luar negara, saya terlalu RINDU padanya.
Saya sangkakan ini fenomena biasa, akan sedikit reda setelah saya sendiri menjadi seorang IBU.
Tapi, saya salah. Rindu saya padanya masih segar macam dulu.

Tengku Ratu Recycle, itulah gelaran yang sesuai untuknya.
Anda patut lihat bagaimana gigihnya dia mengumpul bahan-bahan terbuang dan membuat baja kompos sendiri.
Inilah contoh khalifah yang baik. Tak lupa tanggungjawab memelihara bumi.

Di usia emas 61, rutinnya melihat Bursa Malaysia setiap hari.
Dua orang lagi adik yang masih belajar, memerlukannya terus mencari rezeki.
Terima kasih ya Tuhan, akalnya masih cerdas.
Sekadar duduk di rumah, tapi mampu menjana pendapatan.
Saya teringat pada pesannya, mak tak mampu bagi anak-anak RM beribu.
Tapi, mak hanya mampu taja anak-anak tuntut ilmu.
Ilmu akan bantu kita di mana sahaja.
Hatta di hujung dunia, mahupun sekadar di dalam rumahtangga.


"Mak, Selamat ulangtahun 61.
Rumah USJ Heights/Subang Heights masih tinggal angan-angan.
MPV idaman mak pun masih hanya pada gambar.
Tapi, mak jangan risau. Mak sentiasa dalam ingatan dan doa akak.
Mudah-mudahan mak sentiasa di bawah lindungan Tuhan.
Amin"

Sep 21, 2010

Amalan biasa yang membahayakan kesihatan

Pakcik google pinjamkan gambar ni

Setiap hari, saya melihat perkara-perkara dibawah, dibuat samada oleh ahli keluarga yang lain mahupun diri sendiri. Saya rasa kebanyakan kita tahu bahawa amalan-amalan ini sangat TIDAK sihat dan memBAHAYAkan kesihatan. Mungkin juga ramai masih melakukannya kerana 'tak tahu' atau 'buat-buat tak tahu'.Justify Full
1: Menggunakan suratkhabar dalam penyediaan makanan

Selalunya suratkhabar digunakan untuk membungkus sayur-sayuran atau buah-buahan sebelum menyimpannya di dalam peti sejuk. Lebih teruk lagi, ada yang menggunakan suratkhabar sebagai 'alas' selepas menggoreng keropok, ayam, cucur dan sebagainya.

Tahukah anda? Jabatan Kesihatan pun tak membenarkan premis-premis menjual makanan membalut sebarang makanan dengan suratkhabar, inikan pula menggunakan suratkhabar sebagai pelapik selepas makanan digoreng.

Sesetengah orang akan memberikan alasan suratkhabar sangat mudah menyerap minyak selepas makanan digoreng. Masalahnya, bukan saja minyak yang diserap oleh suratkhabar, makanan itu akan menyerap karbon daripada suratkhabar. Kita pulak akan makan makanan itu bersama karbon. Ooooohh, ini sangat TAK bagusss..

Nak tahu kenapa semakin ramai orang diserang kanser? Inilah salah satu puncanya..

Banyak lagi alternatif lain. Gunakanlah kertas tisu (
kitchen roll). Tak menyerap sebagus suratkhabar? Nak jugak guna kertas, cari kertas putih (tanpa karbon). Kalau saya, tak perlu alas. Cukup sekadar menggunakan tapis besi. Tak percaya cuba sendiri. Tapis besi ye, BUKAN plastik. Kalau tapis plastik, 2 x 5 je bahayanya dengan pelapik suratkhabar.

2: Menggunakan bekas plastik untuk menyimpan air/makanan panas

Biasanya keluarga yang ada anak kecil mesti akan ada stok cawan atau pinggan plastik. Bahaya plastik memang sudah selalu diuar-uarkan, cuma kita yang selalu 'tutup mata dan telinga'. Yang saya selalu nampak ialah orang minum air panas atau menyimpan air panas dalam cawan atau jag plastik. Adoiiii...takut saya. Jawabnya, kita minum air yang bercampur bahan-bahan dalam plastik sebab ia telah diurai dan diserap oleh air panas itu.

Anda biasa baca/dengar tentang kontroversi pengggunaan botol susu plastik di kalangan bayi dan kanak-kanak? Ya, kontroversi ini bersebab. Plastik dihasilkan daripada pelbagai bahan kimia. Menyimpan air/makanan sejuk pun tidak begitu digalakkan, apatah lagi menggunakannya untuk menyimpan air/makanan panas.

Tentu anda juga pernah dinasihatkan supaya TIDAK minum air mineral yang telah ditinggalkan berjemur di dalam kereta bukan? Jangan ambil ringan. Semuanya kerana bahaya plastik.


3: Menyembur racun serangga berhampiran makanan/manusia

Ini biasa berlaku di dapur atau berhampiran meja makan. Nampak semut atau lipas berkeliaran. Pantas saja tangan mencapai botol
spray dan menyemburnya pada serangga. Masalahnya, gas racun tadi akan terawang-awang di udara dan juga diserap pada makanan yang ada berdekatan. Jalan terbaik ialah, pastikan semua bekas makanan ditutup sebelum anda menyembur racun serangga. Lebih elok lagi, alihkan semua makanan ke tempat lain dulu, kemudian sembur dan biarkan beberapa minit (sehingga bau racun hilang) sebelum meletakkan semula makanan di tempat asal.

Satu lagi senario, menyembur
spray nyamuk di dalam bilik/rumah. Jangan biarkan sesiapa(terutamanya anak-anak) berada di dalam bilik atau kawasan tersebut sehinggalah bau spray sudah betul-betul hilang. Jangkamasa panjang, bukan saja nyamuk yang akan mati, kesihatan dan nyawa anda juga turut terancam kesan racun serangga tersebut.

4: Menggunakan minyak masak secara kitar semula

Alasannya, nak berjimat. Harga minyak mahal. Lebih mahalkah daripada harga kesihatan anda? Fikir-fikirkan. Kadang-kadang saya tengok, minyak bekas gorengan ikan/ayam sudah hitam warnanya tapi masih mahu disimpan dan diguna semula.

Ini adalah salah guna konsep kitar semula. Kitar semula barangan plastik, kertas dan kaca masih liat di kalangan orang kita. Tapi, bab kitar semula minyak masak memang kitalah juaranya. Tahukah anda bahawa setiap kali minyak masak dipanaskan pada suhu yang tinggi, tindakbalas kimia berlaku. Maaf, saya tak sempat mencari link untuk info ini. Apa kata anda google sendiri :)

Berdasarkan pembacaan, menggunakan minyak masak yang sama berkali-kali sangat TIDAK sihat dan boleh menyebabkan kanser.

Ok. Cukuplah dulu membincangkan 4 amalan biasa tapi BAHAYA dalam rutin harian kita. Saya tak pandai nak cerita secara
detail tentang bahaya kandungan plastik dan karbon dalam suratkhabar mahupun tindakbalas kimia pada minyak masak dan bahan dalam racun serangga . Yang pasti, bahan-bahan ini mengancam kesihatan dan tak boleh dipandang ringan.

Kalau anda ada info berkaitan, sudi-sudilah berkongsi...

Kisah Bukit Merah (episod 2)

imej google


Kali kedua ke Bukit Merah. Dalam episod 1, kami tak sempat khatam keseluruhan taman. Kali ini, anak-anak saya betul-betul melepas gian enjoy di Taman Tema Air, AgroPark dan Pulau Orang Utan.

Banyak betul 'drama' yang berlaku dalam episod 2. Dipendekkan cerita, babak pertama, perut kak Dina memulas semasa sesi mandi manda sehingga berlaku 'kemalangan ngeri'. Kemalangan yang 'kecil' tetapi cukup busuk baunya mengerikan..haha. Jangan risau, tiada yang 'terkorban' dalam insiden ini. Yang pasti, beberapa individu 'tercedera' hidungnya akibat 'letusan gunung berapi' di dalam perut kak Dina..hehe.
Babak kedua, Abil 'hilang' beberapa minit. Minit-minit yang cukup 'melemaskan' saya walaupun singkat tempohnya. Hanya kerana encik suami beredar sekejap, meninggalkan Abil di bawah pengawasan TukAyah, Abil ambil peluang untuk 'cabut lari' dari kawasan pengawasan kami.


Saya yang memerhati dari tepi (kawasan kolam) sempat melihat bagaimana Abil 'memecut' untuk pergi ke kawasan lain di dalam Taman Tema Air. Sementara TukAyah berjalan menuju ke arah Abil, saya masih tak lekang memerhatikannya. Saya tak mampu mengejar kerana Zarif bersama saya.

Akhirnya, saya tinggalkan Zarif bersama TukMi dan terus pergi mendapatkan Abil yang sudah semakin jauh berlari meninggalkan lokasi kami. Mujurlah saya berjaya mengesannya.

pinjam dari google


Babak ketiga, saya terpaksa naik chair lift. Saya gayat pada tempat tinggi. Cuba juga mencari alasan untuk mengelak daripada naik chair lift tapi akhirnya terpaksa mengalah dengan permintaan Zarif yang tak mahu naik dengan orang lain selain saya atau kakaknya. Takkan nak biarkan pula Zarif naik berdua dengan kak Dina (sangat tidak selamat untuk dua orang budak di bawah umur). Kesimpulannya, saya 'mati keras' atas chair lift sementara Zarif duduk dengan penuh rilek sekali.

Anak-anak saya sangat puas hati dengan lawatan episod 2 ni. Mereka sempat bagi makan haiwan di AgroPark dan seronok naik bot ke Pulau Orang Utan. Paling seronok bila naik bot, pakai safety vest! haha

Kak Dina tak sabar nak tunggu episod 3. Mungkin juga episod yang terakhir sebab selepas episod 3, segalanya akan jadi hambar (macam Akademi Fantasia...opps!). Kenapa kak Dina nak pergi lagi? Dia nak tengok anak rupa dan keadaan anak orang utan yang sebaya dengannya (9 tahun) beberapa bulan/tahun dari sekarang...hehe.






Sep 20, 2010

Drama di kedai Tayar

Beberapa hari sebelum raya, saya sefamili menemankan ibu saya ke kedai tayar. Musim perayaan, kedai tayar memang penuh. Kami masuk ke bilik menunggu. Di dalam bilik menunggu, rim tayar pelbagai jenis dan saiz dipamerkan. Seperti yang dijangka, 'drama' pun bermula....
Dengan anak-anak saya di sisi, hidup memang sentiasa happening.