Sep 21, 2010

Amalan biasa yang membahayakan kesihatan

Pakcik google pinjamkan gambar ni

Setiap hari, saya melihat perkara-perkara dibawah, dibuat samada oleh ahli keluarga yang lain mahupun diri sendiri. Saya rasa kebanyakan kita tahu bahawa amalan-amalan ini sangat TIDAK sihat dan memBAHAYAkan kesihatan. Mungkin juga ramai masih melakukannya kerana 'tak tahu' atau 'buat-buat tak tahu'.Justify Full
1: Menggunakan suratkhabar dalam penyediaan makanan

Selalunya suratkhabar digunakan untuk membungkus sayur-sayuran atau buah-buahan sebelum menyimpannya di dalam peti sejuk. Lebih teruk lagi, ada yang menggunakan suratkhabar sebagai 'alas' selepas menggoreng keropok, ayam, cucur dan sebagainya.

Tahukah anda? Jabatan Kesihatan pun tak membenarkan premis-premis menjual makanan membalut sebarang makanan dengan suratkhabar, inikan pula menggunakan suratkhabar sebagai pelapik selepas makanan digoreng.

Sesetengah orang akan memberikan alasan suratkhabar sangat mudah menyerap minyak selepas makanan digoreng. Masalahnya, bukan saja minyak yang diserap oleh suratkhabar, makanan itu akan menyerap karbon daripada suratkhabar. Kita pulak akan makan makanan itu bersama karbon. Ooooohh, ini sangat TAK bagusss..

Nak tahu kenapa semakin ramai orang diserang kanser? Inilah salah satu puncanya..

Banyak lagi alternatif lain. Gunakanlah kertas tisu (
kitchen roll). Tak menyerap sebagus suratkhabar? Nak jugak guna kertas, cari kertas putih (tanpa karbon). Kalau saya, tak perlu alas. Cukup sekadar menggunakan tapis besi. Tak percaya cuba sendiri. Tapis besi ye, BUKAN plastik. Kalau tapis plastik, 2 x 5 je bahayanya dengan pelapik suratkhabar.

2: Menggunakan bekas plastik untuk menyimpan air/makanan panas

Biasanya keluarga yang ada anak kecil mesti akan ada stok cawan atau pinggan plastik. Bahaya plastik memang sudah selalu diuar-uarkan, cuma kita yang selalu 'tutup mata dan telinga'. Yang saya selalu nampak ialah orang minum air panas atau menyimpan air panas dalam cawan atau jag plastik. Adoiiii...takut saya. Jawabnya, kita minum air yang bercampur bahan-bahan dalam plastik sebab ia telah diurai dan diserap oleh air panas itu.

Anda biasa baca/dengar tentang kontroversi pengggunaan botol susu plastik di kalangan bayi dan kanak-kanak? Ya, kontroversi ini bersebab. Plastik dihasilkan daripada pelbagai bahan kimia. Menyimpan air/makanan sejuk pun tidak begitu digalakkan, apatah lagi menggunakannya untuk menyimpan air/makanan panas.

Tentu anda juga pernah dinasihatkan supaya TIDAK minum air mineral yang telah ditinggalkan berjemur di dalam kereta bukan? Jangan ambil ringan. Semuanya kerana bahaya plastik.


3: Menyembur racun serangga berhampiran makanan/manusia

Ini biasa berlaku di dapur atau berhampiran meja makan. Nampak semut atau lipas berkeliaran. Pantas saja tangan mencapai botol
spray dan menyemburnya pada serangga. Masalahnya, gas racun tadi akan terawang-awang di udara dan juga diserap pada makanan yang ada berdekatan. Jalan terbaik ialah, pastikan semua bekas makanan ditutup sebelum anda menyembur racun serangga. Lebih elok lagi, alihkan semua makanan ke tempat lain dulu, kemudian sembur dan biarkan beberapa minit (sehingga bau racun hilang) sebelum meletakkan semula makanan di tempat asal.

Satu lagi senario, menyembur
spray nyamuk di dalam bilik/rumah. Jangan biarkan sesiapa(terutamanya anak-anak) berada di dalam bilik atau kawasan tersebut sehinggalah bau spray sudah betul-betul hilang. Jangkamasa panjang, bukan saja nyamuk yang akan mati, kesihatan dan nyawa anda juga turut terancam kesan racun serangga tersebut.

4: Menggunakan minyak masak secara kitar semula

Alasannya, nak berjimat. Harga minyak mahal. Lebih mahalkah daripada harga kesihatan anda? Fikir-fikirkan. Kadang-kadang saya tengok, minyak bekas gorengan ikan/ayam sudah hitam warnanya tapi masih mahu disimpan dan diguna semula.

Ini adalah salah guna konsep kitar semula. Kitar semula barangan plastik, kertas dan kaca masih liat di kalangan orang kita. Tapi, bab kitar semula minyak masak memang kitalah juaranya. Tahukah anda bahawa setiap kali minyak masak dipanaskan pada suhu yang tinggi, tindakbalas kimia berlaku. Maaf, saya tak sempat mencari link untuk info ini. Apa kata anda google sendiri :)

Berdasarkan pembacaan, menggunakan minyak masak yang sama berkali-kali sangat TIDAK sihat dan boleh menyebabkan kanser.

Ok. Cukuplah dulu membincangkan 4 amalan biasa tapi BAHAYA dalam rutin harian kita. Saya tak pandai nak cerita secara
detail tentang bahaya kandungan plastik dan karbon dalam suratkhabar mahupun tindakbalas kimia pada minyak masak dan bahan dalam racun serangga . Yang pasti, bahan-bahan ini mengancam kesihatan dan tak boleh dipandang ringan.

Kalau anda ada info berkaitan, sudi-sudilah berkongsi...

6 comments:

Non said...

Very good info kak..
Memang selalu berlaku hari2..

iCaLoVeZiE said...

Bab minyak tu, dulu selalu buat. Tapi takle sampai hitam. Sekarang sekali pakai, selamat tinggal. hehehehe.

Kalau guna minyak jagung plak, sikit je ok. sebab nak jimat. hehe

Syahida said...

Non, memang susah nak buang tabiat lama. Tapi kalau nak sihat, kena kikis juga sikit-sikit sampai hilang, kan?

Syahida said...

ica, saya pun ada gak recycle minyak dolu2.sekarang tidak lagi...oh, minyak jagung memang MAHAL. tak kisah la pakai sikit pun janji jangan diguna semula :)

ja amran said...

aku pun dah lama x wat benda2 tu. if botol2 or bekas2 plastik semua cap tupperware ke or yg BPA free. kena jaga2 sebab benda camni kita tak nampak effect dia bukan esok lusa...effect dia makan dalam.

good sharing.

Syahida said...

betul tu Ja. bagus la beringat2 dari sekarang. esok lusa menyesal pun tak berguna.