Sep 24, 2010

Bila Abil berhari raya

Raya Oh! raya. Abil sudah banyak berubah berbanding dulu.

Anak saya ni sudah bertambah 'matang' tahun ni. Lebih mendengar kata, mood yang agak baik, tiada adegan protes di rumah saudara mara walaupun masih lebih banyak menyendiri.

Bila dihulur duit raya, pada awalnya, dia tak pandai menghargai. Kemudian, saya tunjukkan poket dan ajarnya masukkan sendiri duit ke poket baju. Selepas 5-6 kali dilatih, akhirnya saya lihat dia masukkan sampul duit ke poketnya dengan inisiatif sendiri. Ia tidak berlaku setiap kali. Mungkin ada masanya dia terlupa. Masih belum 'lekat' di kepalanya.


Hari-hari awal di kampung, rutin tandasnya sedikit terganggu. Mungkin kerana suasana dan tempat baru. Mujur ia kembali normal dalam masa 2 hari.
Main bunga api? Sekarang sudah pandai. Dah masuk tahun kedua Abil kenal bunga api. Tahun ni, tak perlu lagi kami pegang tangannya. Dia juga dah faham bahaya api. Abil nampak lebih berhati-hati. Sekali sekala ada juga dia menghalakan bunga apinya pada orang lain. Bila orang lain mengelak dan terjerit-jerit, dia ketawa suka hati. Alamak, dia nak bergurau la pulak. Tapi, 5-6 kali ditegur, akhirnya dia faham dan tak buat lagi.


gambar google


Seperti biasa, kuih raya kegemaran Abil, London Almond. Mesti anda tahu kenapa? Ya, sebab ia bersalut coklat. Abil hanya akan makan lapisan coklat di luar biskut, kacang almond akan dibiarkan saja atau dimasukkan balik dalam bekas kuih. Aiyo..malu mak eh! Bila nampak balang biskut London Almond, rasa macam nak tolong sorokkan je.Dia memang suka sebarang biskut yang ada lapisan coklat, chocolate rice dan yang sewaktu dengannya.

Oh ya, Abil dah boleh pakai songkok. Tapi, tiada gambar Abil bersongkok di sini. Memang sengaja saya tak belikan songkok. Dulu, langsung tak boleh pakaikan topi/kopiah/songkok di atas kepalanya. Bahagian kepalanya SANGAT sensitif dan tak boleh diusik langsung. Sekarang tidak lagi. Yeay!! Kadang-kadang, bila dipakaikan, automatik dia mencari cermin untuk tengok dirinya.


Satu lagi, sampingnya juga sudah 'lekat' di pinggang. Abil hensem sepanjang berkunjung raya hinggalah balik ke rumah atuk.
Bab bersosial pula, Abil dah pandai mengikut rentak kawan-kawan yang lain. Dia sentiasa cuba berada dalam kelompok rakan-rakan sebaya. Saya nampak dia 'mencuba' dan saya tersenyum lega. Abil dah pandai 'berusaha' untuk bergaul. Masih jauh, tapi dia sudah memulakan langkahnya.

Selebihnya, Abil dan kak Dina serta adik Zarif bahagia di kampung. Tanpa air-cond, tanpa water heater, tanpa tilam empuk tapi tak pernah mereka merungut. Bebas bermain sana sini. Jauh dari pencemaran. Jauh dari hutan bangunan. Yang ada, sawah padi dan lauk pauk kampung yang fresh. Bahagianya!!


Pengalaman raya bersama Abil tahun ini lebih manis daripada tahun sebelumnya. Feeling2 'jutawan' sekejap.hehe

6 comments:

keen said...

yay...hrpnyer nxt week tu turn mokde lak jdk 'jutawan' ye abil :D

Syahida said...

mokde, jangan takut...Abil tak makan orang.hehehehehe

Azma said...

banyak perkembangan yg +ve pada abil. mesti syida gembira. smg terus2an jd jutawan ye..

Syahida said...

Azma, perubahan yang sedikit tapi BESAR nilainya. memang seronok jadi 'jutawan'..hehe

iCaLoVeZiE said...

tema warna merah, sama dengan keluarga kami this year. :D

Syahida said...

ica, ye ker? kebetulan pulak ek...hehe