Sep 22, 2010

Si Comel 61

Sudah 61 tahun hari ini.
Syukur, masih comel seperti dulu.
Sihatkah? Syukur juga, masih sihat walaupun sihat 61.

Kenapa saya panggil dia si comel?
Tingginya tak sampai 5 kaki, TAPI enam nyawa dilahirkannya.
Kalau tidak 3 kali keguguran, jumlah kelahiran sepatutnya 9.

Dia tak perlu pewangi mahal Giorgio Armani, Issey Miyake atau Kenzo.
Tapi dia sentiasa wangi. Betul, saya tak tipu.
Dia tak perlu kosmetik berjenama Mac, Estee Lauder, Revlon, Maybelline mahupun SimplySiti. Tapi dia sentiasa berseri.

Rahsianya? Kena tanya tuan punya diri.
Bukan susuk, tapi wudhu.
Bukan botox, tapi solat fardhu berjemaah dan solat sunat setiap hari.

Semua orang sukakan personalitinya.
Periang, peramah, pemurah. Semua kena pada tempatnya.
Bertuah yang jadi suami. Bertuah yang jadi menantu. Bertuah yang jadi cucu.
Cahayamatanya? PALING bertuah.

Sewaktu saya kecil, dialah tukang jahit saya.
Baju raya saya dan adik-adik tak pernah dibeli siap.
Saya? Nak guna mesin jahit pun tak reti.

Sewaktu saya kecil, saya tak pernah tengok dan dengar dia 'menyinga' (naik suara).
Kalau dimarahi ayah, saya berlari dalam pelukannya.
Saya? Selalu saja bersuara macam raja dalam hutan, sampai anak-anak naik takut dan lari lintang pukang. Haihhh...

Masakannya mungkin tak sehebat Jamie Oliver atau Chef Wan.
Tapi saya sentiasa berselera dan tak sabar-sabar menjamu air tangannya.

Dulu, dia wanita berkerjaya.
Bersara daripada kedudukan yang baik dalam agensi kerajaan.
Tapi dia tak pernah prejudis pada saya yang sekadar work-from-home.
Malah, sentiasa memberi sokongan moral dan menyokong.

Berjauhan dengannya waktu di sekolah asrama dan luar negara, saya terlalu RINDU padanya.
Saya sangkakan ini fenomena biasa, akan sedikit reda setelah saya sendiri menjadi seorang IBU.
Tapi, saya salah. Rindu saya padanya masih segar macam dulu.

Tengku Ratu Recycle, itulah gelaran yang sesuai untuknya.
Anda patut lihat bagaimana gigihnya dia mengumpul bahan-bahan terbuang dan membuat baja kompos sendiri.
Inilah contoh khalifah yang baik. Tak lupa tanggungjawab memelihara bumi.

Di usia emas 61, rutinnya melihat Bursa Malaysia setiap hari.
Dua orang lagi adik yang masih belajar, memerlukannya terus mencari rezeki.
Terima kasih ya Tuhan, akalnya masih cerdas.
Sekadar duduk di rumah, tapi mampu menjana pendapatan.
Saya teringat pada pesannya, mak tak mampu bagi anak-anak RM beribu.
Tapi, mak hanya mampu taja anak-anak tuntut ilmu.
Ilmu akan bantu kita di mana sahaja.
Hatta di hujung dunia, mahupun sekadar di dalam rumahtangga.


"Mak, Selamat ulangtahun 61.
Rumah USJ Heights/Subang Heights masih tinggal angan-angan.
MPV idaman mak pun masih hanya pada gambar.
Tapi, mak jangan risau. Mak sentiasa dalam ingatan dan doa akak.
Mudah-mudahan mak sentiasa di bawah lindungan Tuhan.
Amin"

7 comments:

keen said...

terbaik kak!!! aku pn berair mata baca..wuhooo

ja amran said...

aku suka entry ni!

Anonymous said...

Happy birthday Mak Cik...
Semoga makcik bertambah berkat..
Disamping suami, anak-anak & cucu-cucu tersayang.... Amin... + Along +

YatieJay said...

So sweeettt..I'm touched!

Yatie doakan mak Syahida sentiasa sihat, dimurahkan rezeki dan bahagia selamanya. Amin!

fazilzura said...

Salam kak .. nk nyelit jgk

HAPPY BESDAY UNTIE, semoga pjg umur, murah rezeki

-zura ..kwn keen-

Syahida said...

keen/Ja/Along/Yatie/Zura,
inilah hasilnya lepas tak lena tidur 2-3 malam sebelum 22 Sept. haha penangan si comel 61. terima kasih semua atas komen dan doa. Moga dimakbulkan. :-)

Anonymous said...

Salam.Walau pun seminggu,bila baca hati masih syahdu dan tersentuh.Agaknya semakin tu asemakin sensitif.Duduk sorang-sorang air mata,baca iar mata tetap bergenang.
Terima kasih sekali lagi kepada semua yang memberikan ucapan.Moga kita semua sentiasa berada dibawah lindunganNYA,diberi Rahmar dan Keberkatan,insAllah