Oct 30, 2010

On Parenting

Google pics

Feel free to click and read below;


How do you teach your child to share?
Building self-esteem in children
Will spanking make a child violent?
Allowing the kids to do things themselves



Being a parent is NEVER easy. Today, children are more intelligent, more exposed, more adventurous and more challenging. Hence, reading helps you to 'build strategies' on the best way to tackle them and 'mould' them. It may just be a list of theories. At the end of the day, you need to use your creativity and leniency to handle your own kids or the kids around you.
Personally, all the tips given in the articles are relevant to ALL children. I believe that all children should be treated fairly.

Children with autism can sometimes be 'difficult'. As much as we should understand their neural and sensory deficiencies, we must also try our best to teach them how to BEHAVE appropriately. Just like other children, they MUST learn how to share, take turns and wait.

You need to be extra patient and more forgiving. It is hard, especially when what you are teaching are 'values' not something that u can show on pictures or books. They may take some time to understand but eventually they will.

While they are learning, you may need to go through the tantrum phase. Be stern but loving. With perseverance, I am sure you will be the proudest parent when you see them queuing peacefully, sitting patiently and sharing toys happily with their siblings and friends.



Enjoy your children!

Have a great day.


Oct 27, 2010

Bila Abil bermain (episod 3)

Tinggal lebih kurang seminggu lagi sebelum sesi Home Visit saya yang pertama. Masih ingat lagi kisah saya pergi belajar? Al kisahnya, episod teori sudah tamat. Sejak dua minggu lepas, episod aplikasi bermula. Untuk anda yang baru mengikuti, boleh tengok episod-episod awal kisah Abil bermain di sini dan sini.

Minggu depan, saya dan Abil akan 'bermain' di depan mentor saya. Ya, mentor saya akan melihat secara live dan memberi sebarang komen berkenaan sesi kami. Tiba-tiba rasa panik. Kenapa? Minggu lepas, saya rehatkan Abil daripada sebarang aktiviti selama beberapa hari sebab dia demam. Jadi, bila nak start enjin semula minggu ni, terasa liat pula. Tiba-tiba saya jadi 'kehilangan'. Virus malas pun macam dah menyerap ke dada dah ni...hehe.

Tapi, presentation punya pasal..saya gagahkan jugak melawan virus m.a.l.a.s tu. Bila demam Abil dah mula kebah Ahad lepas, saya mula semula sesi dengan hanya 15-20 minit. Semalam dan hari ni, enjin dah mula suam-suam. Jadi saya pun teruskan dengan sesi 30 minit seperti biasa.
Cuma, cabarannya minggu ini, saya kena cari reward baru untuk Abil sebab dia dah mula bosan. Kemudian, kena brainstorming untuk ubahsuai fungsi mainan (cara main yang berbeza menggunakan permainan yang sama) supaya Abil terus berminat untuk main. Tak larat la mak nak beli mainan baru...huhu.


Sebelum ni, bola berbulu tu saya jadikan reward. Kali ni, terpaksa modify menjadi bahan mainan pulak. Saya beli lagi 4 ketul (menjadikan jumlah semuanya 6 ketul) daripada kedai RM2. Kemudian, main baling-baling ke dalam bakul. Cantik bola tu! bila ditekan, digoncang dan dibaling, ada lampu lip-lap-lip-lap...hehe. Hadiah untuk Abil, cermin ajaib...haha. Ajaib la sangat...oh ya, Abil sangat suka cermin. Tapi kali ni, dia tak berapa nak berkenan cermin tu..rasanya sebab tak ada tangkai untuk dipegang...haihhh...

Ya ampunnn..kualiti gambar tak seberapa. Mainan ni saya suka-suka hati ubah fungsinya. Ambil beberapa helai tali (saya guna tali daripada tangkai beg kertas). Lepas tu, ambil mainan kayu (macam dalam gambar). masukkan tali ke dalam ring kayu tu dan pusing-pusing sambil pegang di kedua-dua hujung tali. Gambar terakhir, lepas main sila kemas...hehe

Selain daripada main di lantai, ada juga sesi aktiviti meja (tabletime). Mengikut teori, tabletime ialah sesi untuk belajar memadankan (matching) dan juga meniru pergerakan (imitating). Bagaimanapun, oleh kerana Abil dah agak pakar bab matching dan imitating, saya bagi dia bersantai-santai dengan puzzle. Puzzle di dalam gambar tu 40 keping. Dia mahir buat yang 12 keping. Yang ini, saya cuma keluarkan dalam 10-12 kepingan kecil untuk dia letakkan semula di tempat yang betul. kalau nak suruh dia buat kesemua 40 keping, saya takut dia hilang fokus dan minat. Bak kata mentor, kuncinya ialah 'short & success'. Orang melayu kata, sesi yang ringkas/pendek dan berjaya...ececeh!

Dah lama saya jeling-jeling mainan Speller Jr. ni. Harganya RM12, beli di Giant je. Sangat sesuai untuk Abil sebab dia 'gila abjad'. Seronok la dia layan susun-susun huruf pada dadu tu.Tengok la tu, siap sengih sampai ke telinga.hehe

Blok kayu Jenga yang dijadikan pagar kandang haiwan-haiwan Abil...hehe. Dia sangat TAK suka main permainan sebegini. Bila saya nyanyikan lagu Old Mcdonalds sambil dia menyusun pagar-pagar kayu tu, dia tepuk mulut saya secara tiba-tiba...haihh..nak suruh mak diam la tu...sabar je la. Tak habis pun kepungan kayu tu disusunnya. Baru separuh jalan menyusun, dia dah sibuk nak simpan lembu, kambing, kuda tu dan pagar-pagarnya sekali ~erkSaya harap anda dapat lihat gambar yang terakhir ni dengan jelas (walaupun sebenarnya gambar tu berjerebu..hehe). Aktiviti stamping memang sangat Abil suka. Dia leka dan tak reti nak berhenti buat stamping. Saya beli cop comel-comel daripada kedai buku dan alatulis. Satu set (6-10 ketul) harganya dalam lingkungan RM5-RM12. Berbaloi!

Dan bersambung lagi di episod akan datang :)



Mesti Tonton

Jika anda tak pernah bertemu dengan mana-mana individu autisme, klip ini wajib ditonton. Anda akan dapat melihat dengan lebih jelas, gambaran sebenar seorang anak autisme dan kehidupan bersama mereka. Jom tengok!



I may have been born different and misunderstood from birth,
but i know there is a place for me, somewhere in this universe.

~Alyson Bradley
(a child with autism)

Seasons of Life


Life at any time can become difficult.
Life at any time can become easy.
Good or Bad, they are seasons of Life.
It all depends upon how you take on life and adjust to these seasons.

~Ali Raza


Oct 26, 2010

Tentang Umar Hasfizal

Siapa Umar Hasfizal?

Kalau belum kenal, sila klik sini.


Umar adalah sumber inspirasi.

Umar baru 12 tahun. Masih muda. Setakat ini, dia telah berjaya membuktikan bahawa autisme bukan penghalang. Dia berbakat besar, bukan saja dalam nyanyian tapi juga juara hafazan dan bacaan Al-Quran. Bertuah ibu yang mengandungkan. Melalui facebook, saya berkesempatan mengenali kak Marina Ariff, ibunya.

Umar bertuah. Mempunyai ibubapa yang gigih dan prihatin. Dikelilingi prasarana pembelajaran yang kondusif. Ya, dia hanya bersekolah kerajaan. Tapi, sudah rezekinya, dia berpeluang belajar dalam program inklusif (ditempatkan bersama-sama anak normal dalam kelas mainstream, ditemani jurulatih NASOM).Peluang ini tidak ada di JB (setakat ini).


Jom tengok video!




Sesi terapi Ku

gambar google

Harry Porter. 
Masa untuk cinematherapy hampir tiba. Cepat! tak sabar nak de-stress.


Oct 25, 2010

Marilah bersangka baik

Gambar google


Mengenali anak autisme. Susah, tapi boleh. Tidak ada dua individu autisme yang serupa walaupun nampak sama. 'Sama', mungkin dari aspek suka menyendiri dan tidak gemar bersosial. Tapi, setiap inividu autisme mempunyai ciri-ciri autisme yang agak berlainan di antara satu sama lain.

Rupa paras mereka sangat normal. Mungkin ada segelintir yang kelihatan agak unik dan berbeza (terutamanya yang mempunyai ciri autisme kronik-severe) tapi ramai orang hanya sedar dan tahu apabila diberitahu. Sesetengahnya mungkin akan perasan apabila memerhatikan gelagat anak ini untuk satu jangkamasa tertentu.

Yang anda perlu tahu, walaupun keupayaan lisan mereka agak terhad. Mereka faham hampir 100% apa yang anda perkatakan. Kalaupun mereka tak dapat 'menangkap' percakapan anda, mereka boleh 'membaca' aura anda terhadap mereka. Kalau anda 'takut-takut' atau mempunyai rasa negatif tatkala berdepan dengan mereka, biasanya mereka akan 'merasainya' juga dan akan menunjukkan tindakbalas yang seiring dengan persepsi anda.

Kebanyakan mereka mungkin tidak menyahut panggilan anda atau tidak melihat wajah anda ketika anda bercakap dengan mereka. Mereka boleh mendengar dan mereka bukan sombong.Walaupun tidak menyahut, mereka tetap akan respon dengan menghampiri anda jika dipanggil dengan baik. Juga, bila berbual, elakkan bertanya soalan, mereka sukar menjawab. Bercakaplah dengan jelas dan terang. Ayat yang ringkas dan tidak meleret. Nada yang perlahan tapi jelas.

Oh ya, bila melihat mereka melepaskan perasaan (tantrum), mungkin ada sesuatu yang 'mengganggu' anak ini tetapi mereka sukar menyampaikan mesej kepada orang di sekeliling. Jangan cepat melabel yang bukan-bukan kepada anak ini atau kedua ibubapanya. Kalau dilihat anak itu mula mencederakan diri, asingkan mereka dari khalayak dan pegang anggota badan yang terlibat supaya mereka tidak terus-terusan menyakitkan diri mereka. Ganas dan agresif tidak ada dalam kamus hidup mereka, yang ada mungkin ketidakseimbangan sensori dan masalah komunikasi.

Perbuatan mencederakan diri sendiri BUKAN kesukaan mereka. Cuma, sistem saraf mereka yang berlainan daripada kita menyebabkan mereka mungkin berasa 'sakit' atau kurang selesa dan ini merangsang mereka untuk melakukan sesuatu yang nampak kasar/keterlaluan(di mata kita) tetapi sebenarnya, untuk melegakan diri mereka.

Anda confused?

Anak-anak ini lebih confused daripada anda. Kita melihat mereka sebagai 'pelik'. Mereka tengok kita pun, 2 x 5. Bukan senang memahami individu autisme, saya sendiri mengambil masa bertahun-tahun dan menganggap diri saya masih seorang 'amatur' dalam bab autisme ini.

Apapun, yang penting, selalulah bersangka baik. Mereka juga macam kita; mahu diterima, mahu disayangi, mahu dihormati. Alihkan pandangan tajam dan sinis anda. Pandanglah mereka dengan empati.Cuba letakkan diri anda dalam posisi mereka. Tidak boleh mengekspresi diri serta tidak mampu mengawal sesetengah organ sensori....cukup-cukuplah dengan kesulitan yang ada, jangan ditambah lagi beban di bahu mereka.

Sekadar panduan untuk diri sendiri dan kawan-kawan di luar sana...

Oct 21, 2010

Bila Abil bermain (episod 2)

Sesi bermain diteruskan. 15 minit pada minggu pertama, 30 minit pada minggu kedua. Minggu ni sudah masuk minggu ketiga. Kononnya nak tambah sesi ke 45 minit. Bagaimanapun, disebabkan kesihatan Abil yang tak berapa baik minggu ni, saya tangguhkan rancangan. Yang penting kualiti, bukan kuantiti.

Semalam, tiada sesi bermain. Abil demam. Saya biarkan dia rehat. Kalau dipaksa pun tak ada manfaatnya.

Oleh kerana sesi bermain berlangsung hampir setiap hari, kalut juga saya memerah otak memikirkan apa nak main.

Tuan-tuan dan puan-puan, sesi bermain ni BUKAN sekadar berseronok semata-mata. Sambil berseronok, Abil belajar meminta(request), meniru(imitate), mengambil giliran dan menunggu(take turns) dan mengenal perkataan baru.

Abil suka guli. Abil juga sangat suka permainan hammer + bola. Untuk kelainan, saya gunakan bekas permainan tersebut untuk bermain dengan guli, ala-ala macam main congkak pulak (versi mini). Bagus untuk kemahiran motor halus juga. Abil berlatih menggenggam guli-guli itu dan memasukkannya ke dalam lubang-lubang kecil.


Mainan ni dah lama ada dalam simpanan saya. Ada 3 ketul semuanya; Mr Potato,Mr Carrot dan Mr Corn. Kegemaran Zarif tapi bukan kesukaan Abil. Bagus untuk koordinasi tangan dan mata. Dulu, bila diberi tangan Mr Potato, yang dia buat, gentel-gentel dan pusing-pusing. Sekarang, dia dah tahu cara yang betul untuk bermain.


Abil suka main puzzle. Setakat 4-6 keping, insyAllah tiada masalah. Lagipun dah berkali-kali dia main puzzle ni sebenarnya. Banyak lagi dalam simpanan. Cuma, untuk menarik perhatian Abil, saya pilih yang dia berkenan. Untuk sedikit cabaran, saya campur adukkan semua kepingan untuk 3 gambar yang berlainan. Dia khusyuk dan berjaya buat semuanya.


Sekali lagi, menggunakan guli. Peralatan tambahan, mangkuk dan senduk. Masukkan saja guli ke dalam bekas. Kemudian, ceduk dan ceduk. Seronok, sambil membaiki kemahiran motor halusnya. Abil dah pandai pegang sudu atau senduk. Tapi masih belum sempurna. Latihan yang bagus untuknya.


Ini permainan baru, hanya RM15, Monkey Around. Saya pilih sebab ia simple, hanya gantung-gantung monyet dan pisang pada pokok pisang. Bagus untuk koordinasi tangan dan mata. Menarik juga, pokok kelapa boleh dipusing-pusing sehingga monyet terjatuh. Juga satu simulasi pada alam sebenar. Monyet, pisang dan pokok pisang, sangat sinonim.


Kalau boleh setiap sesi Abil nak main playdoh. Kadang-kadang saya ikutkan, kadang-kadang saya sorokkan. Untuk mengelak kebosanan, saya belikan roller pin baru dan juga acuan karipap. Tengok tu, dua ketul karipap oren...haha. Oh ya, saya juga sediakan playdoh dalam warna-warna yang berlainan. Hanya satu warna pada setiap sesi. Kalau rajin, boleh buat playdoh sendiri, macam di sini.


Ini set kayu Jenga. Saya beli yang berwarna. Juga permainan lama dalam simpanan. Abil sangat TAK suka main blok kayu ni. Saya cuba tackle dia perlahan-lahan. Kami main dengan versi kami. Dia suka susun secara melintang. Saya cuba ajar dia buat lingkaran dan belok-belok.


Mainan-mainan lain, kipas berlampu untuk reward. Selain itu, bola ragbi mainan (lembut dan lebih kecil berbanding bola sebenar). Bosan juga asyik main bola biasa. Dia sangat suka. Juga, mainan doodle.


.....bersambung.

Oct 19, 2010

Sesi mencuci mata



Sesi mencuci mata di Toys R Us. Langkah pertama, anak-anak saya diminta berjanji. Tengok saja, bukan beli. Mereka tengok, pegang, tekan, rasa, tanya dan belek. Betul-betul berpegang pada janji. 30 minit di dalam kedai, hanya mata dan tangan main peranan.

Sambil cuci mata, sambil saya mencari idea baru untuk sesi playtime saya bersama Abil. Cari idea di Toys R Us, kemudian sesi cuci poket di kedai RM2, boleh? *hehe



Bola berbulu oren dan merah jambu serta guli untuk
reward Abil
dram mini dan
rattle untuk sesi meniru pergerakan (imitating)

Play is the beginning of knowledge.
~George Dorsey

Oct 18, 2010

Kisah Si Anak dara

Apa khabar kak Dina?


Musim periksa dah tiba lagi. Ujian akhir tahun.
Mak yang terlebih risau. Kak Dina rilek saja.


Good luck k.Dina....make us proud!

Tiga tahun dulu

Sekarang

A mother's treasure is her daughter.~Catherine Pulsifer


When Abil goes to hypermarket

He used to sit inside the trolley. Yes, ALL the time. It makes everyone stress-free. Nowadays I started to feel that he has outgrown the trolley. I think I can 'trust' him enough to let him walk on his own now. He can walk, he can see, touch and feel things more closely to learn new things.

There are still times when he would want to play the chasing games while we are pushing the cart. Oh yes, he thinks it's a game. The more you run and scream 'Stop!', the further he gets away.Grrr...

So, here goes. My hero in action when he goes to hypermarket.


ok. Time's up. Back in the 'cage'. haha

Oct 15, 2010

Sesi bersama Abil (di sebalik tabir)

Sehingga ke hari ini, dah hampir 4 kali saya bersesi 30 minit bersama Abil (tak termasuk sesi percubaan minggu sebelumnya). Alhamdulillah,nampaknya Abil dan saya sendiri sudah semakin biasa dengan rutin baru kami.


Ada banyak perkara menarik yang berlaku hampir setiap sesi i.e. 'di belakang tabir'..jeng jeng jeng
  • Walaupun Abil nampak seronok untuk masuk ke bilik tuisyen playroom kami apabila dipanggil, dia sebenarnya seringkali cuba untuk bangun dan tak mahu bermain dengan sesetengah permainan. Paling dia tak suka, main blocks dan playdoh. Sekarang, dia masih kurang gemar pada blocks, tapi sudah agak berminat dengan playdoh.
  • Adik Zarif selalu tension menjadi penonton. Buat masa ini, saya dinasihatkan untuk membuat sesi dengan Abil seorang. Bila sudah mahir, barulah boleh melibatkan kakak dan adik. Untuk berlaku adil, terpaksa pula saya buat sesi berasingan dengan adik setiap kali selepas sesi dengan Abil *Fuhhh...
  • Misi saya supaya adik Zarif sekadar menjadi penonton selalunya hanya tinggal 'misi'. Jadi, sebagai langkah alternatif, saya 'lantik' dia jadi assistant saya. Setiap kali diminta, dia akan serahkan kotak reward Abil kepada saya. Dia juga akan tolong alihkan kotak-kotak permainan yang dah digunakan ke tepi. Kadang-kadang dia pulak ambil giliran bermain di sebelah (dengan senyap). Pada kebanyakan masa, saya suruh dia jadi cheerleader. Bila abang Abil main dengan elok, saya suruh dia ikut saya bersorak dan tepuk tangan...haha * sangat comel.
  • Masa Abil leka bermain, biasanya saya akan mengulas setiap perbuatannya ataupun sekadar menyanyi-nyanyi kecil. Tujuannya, untuk merangsang kemahiran bercakap dan menambah kosa katanya (sambil mendengar). Yang lucunya, ada masanya Abil akan tepuk pipi atau mulut saya secara tiba-tiba bila saya agak 'over' bercakap atau menyanyi..haha. Nak suruh saya DIAM la tu..huhu. Sabar mak, sabar.Biasanya saya geletek dia supaya dia ketawa.
Ok.cukuplah tu.Bersambung.

Nak tengok gambar assistant comel saya, sila lihat di bawah.



Ada apa dengan OT

OT adalah singkatan kepada Occupational Therapy. 'terapi carakerja'. OT ialah salah satu jenis terapi yang penting untuk anak-anak istimewa dan golongan OKU (secara amnya).


Apa OT ni sebenarnya? Terapi apa?

Dalam sesi OT, individu yang berkenaan dilatih tentang pelbagai aktiviti kehidupan sehari-hari. Daripada aktiviti bermain (untuk kanak-kanak), kraf, aktiviti mengurus diri (makan, pakai baju) dan macam-macam lagi. Oh ya, OT juga terbuka untuk golongan dewasa dan warga tua.

Diam tak diam, dah hampir 5 tahun Abil menjalani OT secara konsisten.
Sedar tak sedar, dah hampir 5 tahun kami berulang alik ke hospital.
Pejam celik pejam celik, sudah 5 orang pakar terapi yang berbeza melatih Abil.


Masih saya ingat sesi-sesi awalnya, dia akan menangis setiap kali menjalani OT. Menangis kerana ditinggalkan tanpa saya. Menangis juga kerana tidak mahu 'bekerjasama'. Menangis kerana tidak suka apabila dia terpaksa menggunakan anggota-anggota tubuhnya untuk membuat aktiviti.

Itulah antara objektif OT. Melatih individu memperbaiki fungsi motor pada tubuh. Untuk kanak-kanak, belajar memasang butang, memegang sudu/garpu/cawan, bermain tanah liat, bermain puzzle, merangkak, melompat, berurut serta bermain dengan alat permainan adalah aktiviti yang biasa dilihat dalam sesi OT.

Sekarang, fasa moody, menangis dan tidak mendengar arahan hampir tiada. Abil memberi reaksi positif hampir setiap sesi. Dia juga sangat enjoy dengan setiap kunjungan ke sesi OT.

Memang seronok OT ni sebenarnya. Saya sendiri cukup teruja setiap kali melihat peralatan-peralatan dan kemudahan dalam bilik terapi OT.

Bukan senang untuk menjadi seorang pakar terapi OT. Selain pengetahuan dalam bidang sains tulen, seorang therapist perlu ada minat dan kesabaran yang tinggi. Bukan senang mengendalikan golongan istimewa (baik kanak-kanak, apatah lagi golongan dewasa/tua).



Terima kasih kepada semua therapist yang pernah bersama Abil.
Semoga anda diberkati Allah selalu. Amiin :)


Oct 13, 2010

Sesi bersama Abil

Secara teorinya, sesi belajar menjadi therapist sudah selesai minggu lepas. Ya, sesinya cuma 2 x sabtu. Selepas ini ada sesi Home Visit. Selain itu, sesi perjumpaan (Parent Meeting) juga akan menyusul sebulan sekali hingga Januari 2011. Itulah istimewanya program ini. Bukan setakat belajar teori. Perlaksanaan teori juga diteliti dan mesti dikuasai.

Sebelum ini, saya hanya buat sesi 15 minit untuk warm up dan praktis apa yang patut. Minggu ini, sasaran saya ialah 30 minit. Saya sediakan bahan-bahan yang sesuai.

Untuk permulaan, hanya sesi bermain. Orang putih kata, build rapport. Bila anak gembira bermain dengan ibubapa, mereka lebih mendengar kata. Mereka lebih mudah belajar. Mereka akan bersikap lebih positif dan terbuka.

Objektif kedua, melatih anak mendengar arahan. Setiap kali mereka ikut arahan, kita bagi reward. Ganjaran samada dalam bentuk makanan kesukaan (contoh; coklat yang dipotong kecil-kecil. Setiap kali hanya bahagian kecil diberikan) atau mainan kegemaran (diberi hanya pada sesi terapi, supaya peluang bermain ditunggu-tunggu dan dihargai).

Untuk Abil pula, sasaran saya ialah untuk meningkatkan daya fokusnya. Bermain memang nampak remeh dan mudah. Dia tidak akan bermain sendiri kecuali saya tarik dan ajak dia main bersama. Kemudian, untuk setiap jenis permainan, biasanya hanya 1-3 minit fokus diberikan.


Ini reward untuk Abil.
Dia sangat suka toy bola dan penukul tu.
Kamera digital pun dia SANGAT suka. Oh ya, itu buku kegemarannya.



Meja belajar yang sudah usang, beli dari IKEA. Yang termurah.hehe
Dah banyak berjasa. Nampaknya kena beli baru.hehe


Abil belajar menggunakan roller pin.
Saya tunjuk, dia ikut.



Yeay! dapat 'hadiah'. Sangat berkesan.


...dan sambung bermain hingga habis 30 minit. Fuhhh....berpeluh mak!