Oct 15, 2010

Ada apa dengan OT

OT adalah singkatan kepada Occupational Therapy. 'terapi carakerja'. OT ialah salah satu jenis terapi yang penting untuk anak-anak istimewa dan golongan OKU (secara amnya).


Apa OT ni sebenarnya? Terapi apa?

Dalam sesi OT, individu yang berkenaan dilatih tentang pelbagai aktiviti kehidupan sehari-hari. Daripada aktiviti bermain (untuk kanak-kanak), kraf, aktiviti mengurus diri (makan, pakai baju) dan macam-macam lagi. Oh ya, OT juga terbuka untuk golongan dewasa dan warga tua.

Diam tak diam, dah hampir 5 tahun Abil menjalani OT secara konsisten.
Sedar tak sedar, dah hampir 5 tahun kami berulang alik ke hospital.
Pejam celik pejam celik, sudah 5 orang pakar terapi yang berbeza melatih Abil.


Masih saya ingat sesi-sesi awalnya, dia akan menangis setiap kali menjalani OT. Menangis kerana ditinggalkan tanpa saya. Menangis juga kerana tidak mahu 'bekerjasama'. Menangis kerana tidak suka apabila dia terpaksa menggunakan anggota-anggota tubuhnya untuk membuat aktiviti.

Itulah antara objektif OT. Melatih individu memperbaiki fungsi motor pada tubuh. Untuk kanak-kanak, belajar memasang butang, memegang sudu/garpu/cawan, bermain tanah liat, bermain puzzle, merangkak, melompat, berurut serta bermain dengan alat permainan adalah aktiviti yang biasa dilihat dalam sesi OT.

Sekarang, fasa moody, menangis dan tidak mendengar arahan hampir tiada. Abil memberi reaksi positif hampir setiap sesi. Dia juga sangat enjoy dengan setiap kunjungan ke sesi OT.

Memang seronok OT ni sebenarnya. Saya sendiri cukup teruja setiap kali melihat peralatan-peralatan dan kemudahan dalam bilik terapi OT.

Bukan senang untuk menjadi seorang pakar terapi OT. Selain pengetahuan dalam bidang sains tulen, seorang therapist perlu ada minat dan kesabaran yang tinggi. Bukan senang mengendalikan golongan istimewa (baik kanak-kanak, apatah lagi golongan dewasa/tua).



Terima kasih kepada semua therapist yang pernah bersama Abil.
Semoga anda diberkati Allah selalu. Amiin :)


2 comments:

Nurhazuani Ismail said...

Slm sy nk tnya ni ot kt mana dan anak kakak umur berapa skrg

Nurhazuani Ismail said...

Slm sy nk tnya ni ot kt mana dan anak kakak umur berapa skrg