Oct 6, 2010

Bila saya belajar...

Saya suka belajar. Kalau boleh, nak belajar sampai mati sepanjang hayat. Tapi, belajar bukannya free. Jadi, bila ada peluang belajar, kena betul-betul 'gali' dan jangan lupa bab aplikasi. Kalau tak diamalkan, alamatnya ilmu yang digali akan jadi nasi lemak basi.

Seharian belajar bersama Andi Initiative. Fuhhh best! Cikgu baru. Kawan baru. Tempat baru. Ilmu baru. Rasa macam dapat kereta baru. Yurannya pun macam bayar downpayment kereta baru.....hehe

Seronok. Semua hadir tanpa anak masing-masing. Pada saya, selain belajar, ia sebenarnya peluang untuk ibubapa menghabiskan masa bersama-sama secara produktif. Sambil dating, sambil belajar...haha

Badan yang letih kerana perjalanan ke KL hanya selesai hampir jam 4 pagi hampir tak terasa. Mata yang mengantuk sebab tak cukup tidur pun boleh bertahan sepanjang lebih kurang 7 jam berkursus. Persekitaran belajar dan cara belajar yang tidak formal, cikgu yang happening dan pengisian yang bernas memang sangat menarik dan mengujakan.

Sepanjang 7 jam, kami ada role play, demo dan banyak lagi sesi interaktif. Saya paling seronok bila 'berlakon' dengan encik suami. Seorang jadi 'Abil', seorang lagi main watak sendiri. Kami bertukar-tukar watak untuk sesi role play yang berlainan.

Sebahagian ilmu yang disampaikan, saya sudah tahu. Tapi, tidak dipraktikkan.Sebahagian ilmu yang diajar, saya sudah tahu. Tapi, selama ini tak begitu jelas dan agak kabur.Sebahagian ilmu yang diberi, saya sudah tahu, Tapi, hanya belajar dari buku. Saya jadi lebih faham bila belajar daripada seorang guru. Sebahagian ilmu yang ditunjukkan, saya pernah lihat. Tapi, saya lupa. Saya seperti melihat ulang tayang sesi-sesi terapi Abil selama ini.

Banyak yang saya tahu, LEBIH banyak lagi yang saya tak tahu. Syukur dimurahkan rezeki untuk mengikuti sesi sebegini. Ilmu yang saya dapat bukan untuk anak istimewa saja, sangat berguna juga untuk anak-anak yang lain InsyAllah.

Ada beberapa lagi sesi belajar yang kami perlu hadir. Tugasan untuk sesi akan datang juga sedang dalam proses disempurnakan.

Ya, pada sesi pertama, kami diajar cara-cara yang betul bermain bersama anak. 'No demands' dan 'Have Fun' adalah kata kuncinya. Tiada permintaan/arahan/soalan sepanjang sesi bermain. Sebaliknya, hanya komen dan pujian yang harus diperdengarkan. Juga, senyuman dan gelak tawa yang patut berlaku. Tiada tangisan, apatah lagi tantrum yang patut timbul sepanjang bermain.

Kemahiran bermain untuk anak autisme khususnya, tidak datang sendiri. Teorinya cukup mudah. Mungkin SANGAT mudah untuk anak-anak yang normal. Tapi, mengaplikasikannya dengan anak autisme, agak mencabar dan bukan senang.

Ok kawan-kawan, bersambung lagi di episod akan datang....


Alat bantu mengajar


Tempat duduk peserta

8 comments:

Naimatul Hafizah Nor Rodin said...

tahniah krn berpeluang menghadiri kursus sebegini. alangkah seronoknya andai saya juga berpeluang ikuti kursus seperti ini. ini semua perlukan pengorbanan yg amat besar.
semoga apa yg dipelajari itu akan dpt manfaatnya utk anak awak.
kalau sudi, share le sikit ilmu kat laman ni... :-)

Syahida said...

NHNR->InsyAllah, saya akan cuba berkongsi...bila2 ada kesempatan, saya akan selit2kan dalam entri blog. terima kasih atas komen dan sokongan moral ;)

YatieJay said...

Yuran kursus ni mcm downpymnt keta? Mahal ek? Tapi ilmu yg kita akan dapat tu tak terbayar sebenarnya....

Harap2 syahida boleh share ilmu tu kat blog ni. Sama2 kita leh dapat manfaat darinya.

mina said...

Sebenarnya bukan setakat ibubapa yg mempunyai anak2 autisme saja yang perlukan kelas2 pembelajaran seperti ini, ibubapa lain yg kononnya mempunyai anak2 normal juga perlu mempelajari ilmu2 keibubapaan agar tidak timbul masalah sosial dikalangan remaja seperti yg berlaku akhir2 ini. Takkan asyik nak sediakan kelas atau sekolah hanya kpd remaja2 yg sudah terlanjur saja. Betul tak Syida??...Syabas ya Syida sbb berjaya menghadirkan diri di kelas2 seperti ini, semoga anak2 Syida lebih menghargai pengorbanan Syida sbg Ibu yg mithali...:)

Syahida said...

Yatie, memang kos membesarkan anak istimewa ni takde yang murah. semuanya RM besar-besar belaka...perit. tapi kena anggap sebagai satu pelaburan :-)

Syahida said...

Makcik, betul tu. saya setuju. memang ibubapa zaman sekarang yang serba mencabar ni kena sentiasa mencari ilmu.

Saya pun tak faham kenapa mesti wujudkan sekolah untuk anak2 terlanjur sedangkan masih banyak lagi aspek2 kemudahan pendidikan yang perlukan pembaharuan dan bantuan.

ibu mithali? Amin. Saya doakan makcik juga. :)

Mahani Muhammad said...

seronoknya kalau saya pun dpt pegi kursus mcm ni. Harap2 dpt kongsi ilmu dgn syida ;)

Syahida said...

Mahani, belajar memang best..apalagi bila belajar perihal kanak-kanak. teruskan bersama warkah ye. insyAllah, saya akan terus menulis entri sambil diselitkan ilmu yang saya dapat :)